transaksi tanpa tunai, banyak syarikat menyediakan pengalaman beli-belah serba canggih yang menggunakan kaedah digital dan sesuai dengan keperluan pelanggan masa kini.
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia, melancarkan jalinan pembayaran QR rentas sempadan yang akan membolehkan pembayaran rentas sempadan yang pantas, selamat dan cekap antara Malaysia dan Indonesia.
AEON Co (M) Bhd (Aeon) bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk membolehkan penggunaan e-dompet GrabPay sebagai kaedah pembayaran.
McDonald’s Malaysia pula memberikan pengalaman pembelian tanpa sentuh dengan memperkenalkan ciri baharu Order & Collect melalui aplikasinya.
Malah, bagi perniagaan yang baru sahaja bertapak mereka juga membenarkan pelanggan melakukan transaksi pembayaran secara atas talian ‘Online Banking’ ke akaun mereka.
Tak perlu lagi kita bersusah payah membawa sejumlah wang tunai yang besar jumlahnya.
Apa kelebihan transaksi tanpa tunai atau cashless ini?
3 faedah transaksi tanpa tunai:
1. Kurang risiko kecurian
Peniaga yang menjalankan transaksi jual beli secara tunai perlu memastikan jumlah kutipan harian diurus dengan selamat.
Jumlah kutipan sama ada kecil atau besar mempunyai risiko keselamatan kepada peniaga. Memang tak senang hati kalau kena bawa beg berisi wang ratusan, ribuan atau puluhan ribu ringgit ke bank untuk dimasukkan ke dalam akaun.
Kaedah transaksi tunai juga meningkatkan risiko kecurian atau rompakan, pekerja tak jujur di samping mengurangkan ‘human error’ yang merugikan.
Kaedah ini juga membantu menjimatkan masa mengira kutipan perniagaan harian dengan tepat.
2. Mudah mengira, mudah rujuk
Maklumat pembelian dan harga ada dalam sistem. Tak timbul isu terlupa berapa item yang terjual setiap hari, berapa jumlah duit masuk dan keluar atau duit lesap entah ke mana.
Cuma periksa sahaja sistem yang ada. Mudah nak kenal pasti aliran wang keluar masuk.
Pelanggan juga mempunyai rekod transaksi pembelian yang boleh dirujuk untuk memastikan jumlah pembayaran yang dilakukan dan untuk mengawal bajet bulanan.
Begitu juga kepada pengguna, transaksi anda mudah dirujuk melalui online banking.
3. Jimat masa
Hari ini kalau boleh semua pun nak cepat. Mood nak membeli pun boleh hilang kalau kena beratur lama untuk membuat pembayaran.
Penggunaan transaksi tanpa tunai membolehkan pelanggan membuat tempahan serta bayaran awal dan datang ke premis hanya untuk mengambil barangan yang dibeli. Menerusi aplikasi mudah alih, bayaran pun boleh dibuat di mana-mana sahaja mengikut keselesaan dan kesesuaian pelanggan.
Jika bayaran di kaunter, dengan hanya menyentuh kad anda pada mesin, transaksi berjaya dilakukan.
Menurut perangkaan Bank Negara, 833.9 juta transaksi dibuat menerusi perbankan internet dari Januari ke November 2018, berbanding dengan 741.9 juta untuk keseluruhan 2017 dan 588.2 juta pada 2016.
Statistik menunjukkan penggunaan perbankan mudah alih juga meningkat dalam tempoh 11 bulan pertama 2018, dengan mencatatkan 1.92 bilion transaksi, berbanding dengan 1.05 bilion pada 2017 dan 526.6 juta pada 2016.
Tidak keterlaluan untuk diperkatakan bahawa anjakan perubahan kepada transaksi ‘tanpa tunai’ sebenarnya adalah baik untuk negara kita, apatah lagi dengan hasrat untuk membangunkan Malaysia sebagai negara berstatus pendapatan tinggi.
Adalah lebih efisien dan lebih kos efektif kerana kita tidak perlu lagi membawa wang tunai atau pergi ke bank untuk menyimpan atau mengeluarkan wang. Semua transaksi kini sudah boleh dibuat secara dalam talian.
Jadi, kepada peniaga yang masih menggunakan sistem tradisional, jangan tunggu lama-lama. Segera lakukan perubahan!
Jangan biarkan pelanggan anda diambil oleh pesaing disebabkan penggunaan teknologi digital seperti pembayaran tanpa tunai ini.