Ketika Pandemik, Eskayvie Terus Berkembang & Bantu Lebih Ramai Orang

Eskayvie terus berkembang

Perniagaan tidak selalunya indah, semestinya ada liku-liku turun naik tidak kira besar atau kecil akan menempuhi pelbagai cabaran.

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Eskayvie Sdn. Bhd., Kartika Wati Mohamed, beliau menubuhkan syarikat produk makanan kesihatan bersama suaminya yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri pada 2009.

Katanya, Eskayvie mula mendapat perhatian dari orang ramai yang tertarik dengan produknya yang memberikan manfaat kepada pengguna terutamanya produk kesihatan untuk penyakit kencing manis.   

“Bermulalah Eskayvie mula dikenali ramai hingga dapat mencapai jualan mencecah RM60 juta setahun dari tahun 2009 hingga 2013. 

“Namun saya hampir putus asa dan merancang untuk menutup perniagaan ini namun semuanya berubah selepas sertai program anjuran RichWorks bersama MenTor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman,” katanya ketika sesi Titan Summit 2021 yang diadakan secara virtual baru-baru ini.

Kartika Wati merupakan seorang peguam dan memiliki beberapa firma guaman yang berjaya tetapi ia tidak menjadi halangan untuk beliau mengejar minatnya untuk memulakan perniagaan produk kesihatan ketika itu.

Salah satu produk terlaris Eskayvie ialah Phytax yang merupakan suplemen kesihatan untuk penyakit 3 serangkai telah menjadi produk pilihan lebih 300,000 pengguna di Malaysia.

Tambahnya, pada mulanya beliau keberatan nak pergi program itu disebabkan ego dan rasa mustahil untuk dapat kembali bangkit.

“Hasil ilmu dan bimbingan yang diperolehi, Eskayvie mampu bertahan malah terus berkembang meskipun ketika krisis pandemik ini.

“Malah atas bimbingan Datuk Wira, Eskayvie menaikkan lebih kurang 130 ‘billboard’ di seluruh negara yang memberikan pulangan pelaburan yang baik,” jelasnya.

Menurutnya, siapa sangka ketika pergerakan yang terhad dan ramai orang duduk di rumah, penggunaan billboard masih mampu menarik orang ramai.

“Visi Eskayvie kini bagi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah menyasarkan untuk membantu lebih 20,000 wakil pengedar di seluruh Malaysia menjelang Disember 2021.

“Kami mahu pastikan mereka mencapai matlamat kewangan yang lebih baik sekali gus keluar daripada kemelut krisis ekonomi ini,” ujarnya.

Bagi bangsa usahawan yang juga mahukan perubahan dalam perniagaan, boleh layari laman web richworks.com atau hubungi RichWorks di talian 019 – 244 2244.

Artikel terbaru

Leave a Reply