Sektor berasaskan sekuriti makanan dan kesihatan antara yang mendapat tempat sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimana pula dengan perusahaan perabot? Lebih-lebih sewaktu PKP pula jualan perabotnya semakin laris dan membina jenama.
Nur Laila Alway, mampu membuktikan semangat juang yang tinggi dan kesabarannya mengendalikan perniagaan perusahaan perabot, kini berhasil apabila jenama Ella Furniture semakin dikenali ramai.
Memulakan perniagaan pada 2019 ketika negara mengalami kesuraman ekonomi akibat pandemik COVID-19, kerajaan juga mengumumkan PKP.
Dropship komestik perusahaan perabot
Menceritakan pembabitannya dalam perusahaan perabot, ibu dua anak ini berkata Ella Furniture lahir sewaktu beliau mahu membeli sofa.
“Saya jumpa orang boleh buat sofa, saya bekerjasama dengan tukang perabot itu. Saya beli peralatan dan buat marketing,” katanya yang bermodalkan RM30,000 hasil perniagaan kosmetik secara dalam talian pada 2018.
Hasil pendapatan menjual barang komestik dari Korea itu sekitar RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.
Pada peringkat awal, Nur Laila masih menjalankan dropship dan perniagaan perabot.
Ella Furniture jenama perabot anak Melayu
Namun, pada satu tahap, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan dropship dan fokus kepada sofa.
Hasil pemerhatian Nur Laila, permintaan perabot di kalangan orang Melayu adalah besar.
“Ada pelanggang tanya, betul-betul Melayu buat ke? Ok, saya beli dengan awak, nak support. Saya rasa belum ada lagi orang Melayu bangunkan jenama perabot.
“Sebab tu saya rasa kena buat sesuatu. Ada jenama daripada orang Melayu. Kenapa tak boleh buat? Saya nak cuba, boleh tak jenama perabot ini naik dan pergi jauh,” jelasnya.
Pada masa sama, Nur Laila juga mengkaji trend rakyat Malaysia yang membeli produk dari luar negara seperti dari China secara atas talian.
“Mula-mula saya skeptikal juga, boleh ke tak ada bilik pameran jual sofa premium. Nak suruh orang datang kilang saya yang kecil dulu memang tak padan. Ella Furniture beli online, jika ada sebarang kerosakan kita di Malaysia berbanding belian secara atas talian dari negara lain.
“Saya fikir balik, banyak pelanggan beli barang dari China. Beli sofa dari china, kenapa barang China orang boleh beli, barang tempatan orang tak beli. Banyak Instagram jual barang dari China kan. Daripada situ saya ambil peluang, jual barang Malaysia yang dari kilang saya sendiri.
“Sekarang 95 peratus tempahan dan jualan diterima menerusi dalam talian dan saya terharu kerana produk dihasilkan turut dibeli pelanggan di Australia, Brunei dan Singapura,” jelasnya lagi.
Ilmu perniagaan the real results
Sementara itu, berkelulusan dalam bidang Mekatronik dan memiliki sarjana perniagaan, Nur Laila memilih menambah ilmu perniagaan bersama RichWorks yang dibimbing oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
“Sarjana saya dalam bidang perniagaan, tetapi apa yang kita belajar dengan RichWorks adalah sesuatu yang berbeza. Di RichWorks adalah ilmu pernigaan the real results, orang yang mula berniaga daripada kosong.
“RichWorks bukan ajar perlu ada duit banyak dulu, RichWorks ajar bermula denga apa yang ada di tangan. Kita mula daripada kosong sehingga capai jualan lebih banyak,” jelasnya.
“Dengan tunjuk ajar Dr Azizan, saya buat live hari-hari di media sosial, supaya dapat menarik minat bakal pelanggan dan mereka ingat jenama Ella Furniture,” katanya.
Tambah Nur Laila, dalam era digitalisasi perniagaan berkembang dengan lebih cepat, tanpa ilmu bangsa usahawan akan ketinggalan dan sukar bersaing.
“Kita juga perlu belajar dengan orang yang dah buat bisnes. Ikut orang yang dah berjaya buat bisnes supaya tak langgar dinding. Kita kena belajar daripada kesalahan orang lain,” katanya lagi.
Menurut Nur Laila, belajar berniaga daripada bangsa usahawan yang telah berjaya dalam perniagaan adalah kunci kejayaan mengendalikan perniagaan perusahaan perabot jenama Ella Furniture.
Hasilnya, pada 2020 Nur Laila berjaya meraih jualan RM1.8 juta, meningkat kepada RM 9.1 juta pada tahun berikutnya, berbanding hanya RM300,000 sebulan ketika awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada 2022, Nur Laila mensasarkan jualan RM30 juta.
Dari bengkel ke kilang
Pada peringkat awal sofa premium dihasilkan di bengkel kecil berkeluasan 20 X 40 kaki dan dijual secara atas talian.
Kini Ella Furniture memiliki 5 kilang serta 5 gudang dengan 70 orang pekerja.
Lebih membanggakan, baru-baru ini Ella Furniture turut menerima anugerah Bumiputera Best Brand Award kategori perusahaan perabot.
Bagi yang mahu memiliki perabot menjadi pilihan artis popular tanah air seperti Datuk AC Mizal, Rozita Che Wan, Mawar Rashid, Hannah Delisha dan Fasha Sandha anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di Facebook Ella Furniture Malaysia.
3 Comments
Perabut jual di atas talian, sangat amazing.
Dari keluasan 20 x 40 menjadi beberapa gudang. Sangat memberi inspirasi.
Buat tindakan, yakin dan teruskan.
Sangat hebat, luar biasa. Bermula dengan apa yang ada di tangan sahaja.
Terima kasih atas comment anda! Jangan lupa kongsikan pada lebih ramai orang. Anda kaya & berjaya!