Elak Cukai – Ibarat Keluar Mulut Harimau Masuk Mulut Buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Negara mana yang anda tinggal pun, cukai akan dikenakan untuk membantu pendapatan kerajaan. Cukai pendapatan di Malaysia sebenarnya berstrukturkan sistem progresif. Ini bermakna, pendapatan yang melebihi angka tertentu dikenakan cukai pada kadar yang lebih tinggi.

Pernah kecoh jugak satu masa dengan kes di mana ramai selebriti tidak membayar cukai pendapatan mereka. Ya walaupun mereka memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit, tapi perkara ni masih terjadi, dan pihak berkuasa sedang menyiasat untuk mengambil tindakan selanjutnya. Ini selebriti, macam mana pula dengan anda yang menjalankan perniagaan?

Mungkin anda boleh jawab, “Alaaa…bisnes saya bukan besar mana pun…buat apa nak bayar cukai?” Tak kira bisnes anda besar ke…kecil ke…pihak lembaga sentiasa memerhati dan menyiasat. Perbuatan mengelak dari membayar cukai adalah masalah besar di banyak negara. Secara jujurnya, mengelak dari membayar cukai adalah perkara terakhir yang anda mahu buat sebab, jika anda tertangkap, denda yang dikenakan memang boleh buat anda pokai teruk!

Merujuk pada satu kenyataan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam petikan akhbar Sinar Harian pada 6 Februari 2018:

LHDN tumpu pada pengelak cukai tahun ini

SUBANG – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun ini akan mengambil langkah tegas dalam usaha membanteras pengelakan dan pelarian cukai dengan memberi tumpuan terhadap individu dan firma yang melakukan salah laku itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN Datuk Dr Sabin Samitah berkata, kesalahan itu termasuk mereka yang terbabit dalam perancangan cukai secara agresif, secara tidak beretika menyalahgunakan peraturan cukai yang ditetapkan dan memanipulasi akaun mereka untuk memindahkan keuntungan mereka kepada bidang kuasa cukai rendah.

“LHDN memandang serius taktik itu, kerana ia mengurangkan pendapatan cukai negara dan menghantar isyarat negatif kepada pelabur berpotensi ke negara ini,” katanya.

Jika anda mempunyai kesedaran tentang betapa tegasnya pihak LHDN dalam isu tidak bayar cukai ini, anda perlu faham dan tahu juga apa kesan buruknya dan bagaimana anda perlu patuhinya. Bayar cukai sebenarnya bukan bayar cukai dengan kadar yang banyak, tetapi adalah bayar cukai dengan cara yang betul. Ramai usahawan atau individu pilih untuk sorok pendapatan mereka, itu tidak bagus sebenarnya untuk perniagaan.

Ada 5 kesalahan cukai yang biasa berlaku di Malaysia. Adakah anda antara yang tergolong dalam melakukan kesalahan ini? Baca apa yang kami kongsikan.

  1. Memberi nasihat cukai (yang kurang tepat)

Kalau ada kawan atau ahli keluarga anda minta nasihat tentang cukai dan anda kurang pasti tentang perkara itu, adalah lebih baik jika anda minta mereka terus bertanyakan kepada LHDN ataupun sesiapa yang lebih arif dalam hal percukaian. Mengikut Seksyen 114(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967, adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang membantu/menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai. Jika disabitkan kesalahan, anda akan didenda RM2,000-RM20,000 atau hukuman penjara hingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.

  1. Tidak menghantar borang pulangan cukai

Anda mungkin sudah tahu bahawa anda perlu menghantar borang pulangan cukai kepada LHDN pada 30 April setiap tahun (30 Jun bagi mereka yang menjalankan perniagaan). Ini sudah ditulis dalam Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini untuk mengelakkan anda diletak dalam profil risiko tinggi untuk kes pengelakan pembayaran cukai yang mungkin menjadikan anda calon untuk pengaudit cukai untuk mengesahkan pulangan cukai anda. Menurut LHDN, anda boleh diaudit sehingga 5 tahun taksiran, dan tiada had masa untuk pengauditan jika terdapat sebarang penipuan atau cubaan pengelakan cukai. Jadi anda perlu memastikan akaun cukai anda teratur.

  1. Menipu tentang pendapatan anda

Ini adalah kesalahan cukai yang sangat jelas – Anda mengelakkan cukai dengan merendahkan jumlah pendapatan yang anda perolehi. Peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 di bawah Seksyen 113 (1) menyatakan bahawa:

Mana-mana pihak yang:

  1. Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan
  2. Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri/orang lain. Boleh dikenakan denda RM1,000 hingga RM10,000 ribu dan 200% peratus atas cukai terkurang lapor.
  3. Tidak membayar cukai

Satu kesalahan cukai yang CUKUP JELAS tetapi apa yang kami nak tekankan di sini adalah dengan melakukan kesalahan ini anda boleh dihalang daripada meninggalkan negara! Di bawah Seksyen 114 Akta Cukai Pendapatan 1967, sengaja mengelak cukai/membantu orang lain mengelak cukai adalah kesalahan yang boleh dihukum dengan denda sebanyak RM1,000 hingga RM20,000 ribu di atas tambahan 300% peratus kepada cukai yang anda cuba elakkan daripada membayar.

  1. Tidak menyimpan dokumen yang relevan untuk cukai pendapatan

Tahukah anda sebagai usahawan anda wajib menyimpan rekod serta dokumen-dokumen yang berkaitan dengan bisnes anda selama tujuh (7) tahun? Perkara ini dinyatakan di dalam Seksyen 82, Akta Cukai Pendapatan 1967 – Kewajipan Menyimpan Rekod dan Mengemukan Resit. Pihak LHDN mempunyai kuasa untuk meminta daripada anda penyediaan semua dokumen itu untuk tujuan audit. Kegagalan penyediaan rekod tersebut boleh mengakibatkan anda boleh didakwa di bawah Seksyen 119A, Akta Cukai Pendapatan 1967. Kegagalan Menyimpan Rekod boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM10,000 ribu ataupun hukuman penjara tidak melebihi tempoh satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.

Susah ke kita nak nak jadi seorang yang sentiasa bijak dan patuh bila berkaitan dengan cukai? Semestinya perlu ada ilmu, sikap dan kesedaran yang tinggi tentang percukaian. Tak semestinya anda perlu jadi seorang yang pakar, cukup hanya dengan faham dan patuh.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Etika dan Bisnes

Etika dan Bisnes

Apa pandangan anda bila anda lihat orang-orang tak beretika disekeliling anda? Mesti rasa macam nak bagi nasihat je kan? Sebelum anda bagi nasihat pada orang

PUNB - Apa Usahawan Boleh Perolehi?

PUNB – Apa Usahawan Boleh Perolehi?

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan kemudahan bagi usahawan bagi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan untuk bantu operasi dan pengurusan perniagaan. Jika anda dalam bidang

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita, malah di dunia pasti ada menggunakan aplikasi, WhatsApp bagi berhubung antara satu sama lain. Tahukah anda, jumlah pengguna WhatsApp aktif

Agresif – Fast Action, Fast Result

Agresif – Fast Action, Fast Result

‘Fast action, fast result’.Jika anda nak berjaya dengan cepat, itu yang patut anda buat, betul? Jika anda main-main, nanti-nantilah, dan ingat-ingat lupa je apa yang