Ekonomi Makin Rancak, Bisnes Anda?

Ekonomi makin rancak

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ekonomi semakin bergerak dengan sektor-sektor bisnes dibuka secara berperingkat sehingga boleh beroperasi sepenuhnya pada Jun lalu.

Ekonomi Malaysia dijangka terus berada dalam trend pemulihan bagi tempoh beberapa bulan akan datang berdasarkan pertumbuhan yang dicatatkan Indeks Pelopor (IP) pada Ogos lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memberitahu, IP yang menjadi alat mengukur prospek kenaikan dan penurunan dalam ekonomi negara mengekalkan pertumbuhan tahunan 7.6% kepada 108.5 mata pada Ogos 2020 berbanding 100.8 mata pada Ogos tahun lalu.

Tambahnya, meskipun IP perlahan pada bulan dikaji, kadar pertumbuhan terlicinnya adalah konsisten di atas trend dan bergerak ke atas.

Apatah lagi, pengumuman yang dibuat Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 5 Disember lalu bahawa tiada lagi sekatan rentas daerah dan negeri antara kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)/ Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 7 Disember 2020.

Ia bermakna pergerakan dibolehkan tanpa perlu kebenaran polis kecuali di kawasan PKPD, dan tiada had jumlah individu dalam kenderaan.

Bisnes-bisnes pelancongan dan makanan dan lain-lain yang sebelum ini mempunyai banyak pelanggan dari luar kawasan pastinya gembira serta menantikan kehadiran mereka.

Tapi jangan pula abaikan soal prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan norma baharu dalam bisnes anda. Orang ramai pastinya lebih yakin dengan bisnes yang mengambil perhatian tentang soal keselamatan dan kesihatan ini selain penguatkuasaan pihak berkuasa.

Periksa Bisnes Anda

Justeru itu, ambil juga masa untuk periksa dan melihat semula situasi bisnes anda sekarang ini. Adakah sudah kembali meningkat ataupun masih tiada perubahan positif?

Jika jawapan anda masih tiada peningkatan perubahan positif, sesuatu perancangan dan tindakan perlu diambil untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

Bagaimanapun, sesetengah orang pula suka berikan alasan – susah, tak tahu nak buat apa, sudah takdir aku dan bermacam-macam lagi.

Alasan-alasan inilah sebenarnya yang mensabotaj diri malah bisnes mereka untuk dapat berkembang dan berjaya.

Kajian Kes

Pemilik kepada PTTI Group Sdn Bhd, Puan Siti Farhana Abu Osman yang berjaya meraih sales jualan lebih RM4 juta pada tahun ini saja.

Tapi kalau anda nak tahu sebelum ini, beliau seorang cikgu tuisyen sendiri susah nak percaya mempunyai kebolehan dalam bisnes.

Puan Siti Farhana hampir nak putus asa dengan bisnes pusat tuisyen yang diusahakan dan beralih menjadi ejen produk kecantikan. Hal ini kerana melihat pusat tuisyennya sepi saja, tidak mendapat sambutan orang ramai.

Bagaimanapun, semuanya berubah selepas beliau menyertai program RichWorks. Puan Siti Farhana sangat terkesan dengan kata MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dalam program berkenaan.

“Fokus buat apa yang anda tahu untuk bantu lebih ramai manusia selesaikan masalah mereka.”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Dari situ, beliau semakin nampak hala tuju pusat tuisyennya yang sudah hampir nak tutup.

Kemudian beliau ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan lebih jelas tentang cara pemasaran yang perlu dilakukan untuk memasarkan pusat tuisyennya.

Keputusan Anda

Bisnes anda sekarang mungkin mengalami keadaan sama seperti Puan Siti Farhana sebelum ini. Masih sepi dan tak lagi mendapat sambutan orang.

Adakah nak berserah saja kepada ‘takdir’, sedangkan anda belum lagi berusaha mencari jalan untuk mengatasinya. Tak tahu caranya, pergi belajar dapatkan ilmu, strategi bisnes berkaitan untuk atasinya.

Banyak saja ilmu-ilmu bisnes secara online namun kena tengok juga mana satu yang terbukti telah menghasilkan results. Seperti RichWorks dengan pengalaman lebih 12 tahun telah melahirkan ribuan usahawan yang bina bisnes yang berjaya. Lagi mudah, ada MenThor yang dapat bimbing anda.

Jangan lagi berikan alasan, cari jalan untuk mengubah bisnes anda. Ekonomi sudah semakin rancak, adakah bisnes anda nak terus ketinggalan?

Keputusan dan tindakan anda sekarang yang akan menentukan hasil bisnes nanti.

Artikel terbaru

Leave a Reply