Durian Oh Durian!

Durian Oh Durian!

Musim durian memang dinanti-nantikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang sememangnya menggemari ‘raja buah’ itu.

Dah rasa macam pesta makanan pula apabila ramai peniaga yang menjualnya secara terbuka dan menawarkannya secara buffet kepada pelanggan yang ingin menikmatinya sehingga puas.

Terkenal dengan aromanya yang kuat hingga menusuk hidung, berikut adalah beberapa fakta menarik tentang durian yang perlu anda ketahui.

Durian merupakan buah nasional negara Thailand dan salah satu buah yang paling popular dan dicintai di Asia Tenggara.

Sesetengah orang menggambarkan bahawa bau yang dimilikinya adalah busuk sementara yang lainnya menyukai aromanya yang unik dan menyelerakan. 

Aromanya begitu kuat sehinggakan durian dilarang dibawa ke hotel dan tempat umum tertentu .

Rasa yang dimiliki durian sangat kompleks. Isinya memiliki rasa manis umpama campuran karamel, dan krim. Namun, ada juga yang menggambarkan rasanya bak kombinasi antara ais krim dan bawang putih. Pelik sungguh!

Durian mengandungi banyak nutrisi seperti  vitamin C, serat, potassium, zat besi, dan antioksidan.

Namun, ia juga mengandungi kandungan kalori dan gula yang tinggi. Oleh itu, makanlah dengan berpada-pada dan jangan berlebihan.

Menariknya, ia mempunyai banyak variasi yang memberikan rasa berbeza kepada penggemarnya. Harganya pun berbezalah sekali.

Antara jenis durian yang popular adalah Musang King, D24, Udang Merah, Durian Kampung, IOI, Black Thorn dan lain-lain lagi. Kalau di negara jiran lain pula jenisnya yang terdapat di sana.

Selain dimakan begitu saja, ia juga boleh dinikmati dan diolah menjadi durian goreng, pengat durian, bubur durian, ais krim, tempoyak dan lain-lain lagi mengikut kesukaan anda. Memang terliur dibuatnya!

Pokok durian dapat tumbuh hingga mencapai ketinggian sehingga 25-50 meter dan buahnya boleh mencapai berat dalam lingkungan 2-7 kilogram.

Selain di Asia Tenggara, durian juga tumbuh di negara-negara seperti Sri Lanka, India Selatan, Filipina, Papua Nugini dan Australia Utara.

Begitulah kisah ringkas tentang durian yang perlu anda tahu. Usahawan yang bijak pasti akan mengambil peluang daripadanya. Macam-macam produk makanan yang boleh anda hasilkan seperti crepe, serawa dan pelbagai lagi jenis hidangan yang menggunakan durian sebagai bahan utamanya. Be creative!

Artikel terbaru

Leave a Reply