7 Perkara Dosa Diampunkan Tanpa Dipohon

7 Perkara Dosa Diampunkan Tanpa Dipohon

Allah SWT Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak dan sebesar manapun dosa yang kita lakukan, Dia mengampunkan kecuali syirik.

Malah kita disuruh memohon keampunan-Nya, beristighfar atau bertaubat dengan ikhlas seperti firman-Nya dalam surah Muhammad: 19, yang bermaksud “…Dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa orang-orang yang beriman (lelaki dan perempuan)… “Pasti Dia akan mengampuni segala dosa-dosa itu.

Sungguhpun begitu, ada ketikanya Allah SWT yang Maha Pengampun, mengampunkan dosa-dosa kita TANPA DIPOHON. Cukup dengan kita melakukan kebaikan, mengingati dan bersyukur kepada-Nya, serta bersabar atas ujian-Nya.  Antaranya:

1. Berwuduk dengan sempurna

Sabda Rasullullah SAW, “bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian melaksanakan solat lima kali sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur…”.

2. Solat

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda SAW bersapda, “apabila seseorang hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu diletakkan di atas kepalanya atau tengkuknya , maka setiap kali dia rukuk atau sujud, maka GUGURLAH DOSA itu daripadanya.”

3.  Berbuat baik

“Dirikanlah solat pada kedua tepi siang  (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk  (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.” (Hud:114)

4. Sedekah

Rasullullah SAW bersabda maksudnya: “Sedekah menghapuskan dosa seperti air memadamkan api.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan selainnya)

5. Menanggung penyakit dengan sabar

Baginda berkata, “setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain, maka Tuhan menggugurkan (mengampuni) kesalahannya sebagaimana pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Sahih Bukhari)

6. Menahan kesusahan dengan sabar

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW bersabda, “tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” (Sahih Bukhari)

7. Melahirkan anak

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud, “apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosanya sebagaimana ibunya melahirkannya.”

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply