Dmimi: Ilmu Selamatkan Perniagaan Daripada Tersungkur

Dmimi: Ilmu Selamatkan Perniagaan Daripada Tersungkur

Langit tak selalu cerah, tak siapa sangka kehadiran wabak tak di undang COVID-19 memberi kesan besar dalam perniagaan dan kehidupan seharian.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), di kawasan yang risiko lebih tinggi dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) sekaligus membataskan pergerakan.

Sebelum ini, pintu butik sentiasa terbuka menanti kehadiran pelanggan tetapi dek kerana PKP butik terpaksa ditutup.

Cabaran PKP

Lebih sukar apabila ada pekerja disahkan positif COVID-19 mengakibatkan kakitangan syarikat terpaksa menjalani kuarantin.

“Cabaran pada 2021 lebih hebat berbanding 2020 sewaktu PKP pertama. Masa itu emosi sangat down, kawasan pejabat dipagar kawad berduri, hampir tiga bulan tak dapat beroperasi penuh.

“Pekerja ada yang positif COVID-19, jadi kami diarahkan tutup pejabat dan butik selama 10 hari dan bersambung lagi 10 hari. Pekerja tak boleh datang, sekatan sangat ketat menyebabkan kami kekurangan pekerja,” kata Pengarah Urusan Dmimi Sdn. Bhd., Shaharil Shafie.

Selamatkan perniagaan lebih 13 tahun

Tidak mahu pernigaan yang dibina lebih 13 tahun terus terjejas, Shaharil bersama isterinya Nor Izha Mohamad Shah yang merupakan pengasas syarikat pakaian muslimah itu bangkit menyelamatkan perniagaan mereka.

Akhirnya, mereka mengambil keputusan mengikuti program Mentoring Titanium anjuran RichWorks yang bukan sahaja membantu dalam aspek pengurusan dan strategi perniagaan malah membangkitkan semula semangat.

Menurut Nor Izha, mereka melakukan perubahan drastik untuk menyelamatkan perniagaan yang selama ini dijalankan secara fizikal tanpa perniagaan secara atas talian.

“Kami kini tidak lagi hanya bersikap menunggu pelanggan datang berkunjung ke butik tetapi giat melakukan aktiviti pemasaran dan jualan secara atas talian hasil daripada ilmu yang diperoleh semasa mengikuti program-program RichWorks.

“Mula PKP butik semua kena tutup, jadi kami mula jualan secara atas talian. Bila kami lihat perniagaan secara atas talian cepat berkembang, kami terus fokus kepada digital berbanding fizikal,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pasangan ini berkata pengalaman menjalankan perniagaan lebih 13 tahun bukan jaminan perniagaan tersebut akan terus berkembang sebaliknya boleh tersekat di tengah jalan tanpa ilmu dan bimbingan yang betul.

Perniagaan seperti ahli sukan

Tambah Shaharil, perniagaan sama seperti ahli sukan yang memerlukan khidmat jurulatih kerana kelebihan mereka  boleh memberi latihan secara fokus dan dekat dengan anak murid.

“Ibarat jurulatih gimnasium yang mana orang pergi gym kita pun pergi tapi orang dapat badan sihat tetapi kita dapat penat sahaja sebab tak dibuat dengan betul.

“Begitu juga dengan perniagaan, walau perniagaan dah cecah jualan RM1 juta setahun tapi kami lakukan dalam keadaan cacamarba dan serabut,” katanya lagi.

Perubahan yang berlaku sejurus mengikuti program Mentoring Titan bukan sahaja dapat dilihat dalam diri, tetapi turut berlaku kepada kepada produktiviti keseluruhan Syarikat Dmimi Sdn. Bhd.

“Sebelum ini kami tak pandai untuk ambil pekerja, mereka keluar masuk malah, kami juga kurang bahagia kerana tidak ada masa bila sibuk menjalankan urusan perniagaan bersendirian. Kami tidak percaya kepada pekerja masa itu, kami hanya percaya antara satu sama lain.

“Setelah menggunakan ilmu dan tunjuk ajar daripada Azizan kami dah ada masa, lebih teratur, ada masa untuk ke masjid bahkan rasa lebih seronok dan tenang,” jelasnya.

Hasilnya, pada 2021 Dmimi meraih jualan RM7 juta dan mempunyai 11,000 dropship serta memiliki 9 lot kedai. Pada tahun 2022 mereka menyasarkan jualan sebanyak RM20 juta dan membantu 30,000 dropship.

“Sekarang kita fokus kepada dropship juga. Dulu tak ada langsung ilmu tentang dropship. Jadi macam mana orang buat dropship ini. Bila kita belajar dengan RichWorks dan ada circle yang buat dropship, kita belajar dan dropship kami semakin bertambah,” ujarnya.

Keistimewaan Dmimi

Sementara itu, ditanya apakah keistimewaan Dmimi berbanding pakaian Muslimah yang lain dan bagaimana berdepan dengan pesaingan? Nor Izah berkata produk keluaran Dmimi mempunyai keistimewan tersendiri seperti potongan dan kualiti jahitan.

“Design pun kita titik beratkan, bukan main buat sahaja. Design yang menepati citarasa dan menjadi kegemaran pelanggan. Kami akan buat sehabis baik. Saya juga selalu terapkan tambah baik nilai pada pakaian itu. Bukan sahaja esklusif, malah ditawarkan harga yang berpatutan.

“Kami juga mahu bantu lebih ramai lagi wanita yang mahu menambah pendapatan dan membuka peluang pekerjaan dengan melayari Facebook rasmi Dmimi,” jelasnya.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Nur Farah Hanim bt Raman

    8 Learning point:
    1.Ilmu
    2.Mentor
    3.Focus
    4.Komitmen (Konsisten)
    5.Energy
    6.Attention create economy
    7.Engagement
    8.Result

Leave a Reply