DKS King Mee Kolok : Berusia Tak Halang Mula Bina Bisnes Berjaya. Capai RM1.2 juta tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
DKS King Mee Kolok : Berusia Tak Halang Mula Bina Bisnes Berjaya

Tidak kira berapa usia anda baru berusia 20an ataupun sudah berusia seperti 50an pun boleh membina bisnes berjaya.

Pemilik DKS (Dapur Kak Siti) King Mee Kolok, Puan Siti Rahmah Abdullah meskipun sudah berusia dalam 50an beliau mampu mula membina bisnes hingga peroleh beberapa pencapaian demi pencapaian.

Kejayaan yang dicapai selepas Kak Siti mula belajar bersama RichWorks dalam program Zero Kos Marketing pada hujung 2018 dan seterusnya mengikuti Program Mentoring Spire dan kini sudah menjadi ahli circle Titanium dengan mendapatkan bimbingan secara dekat bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Pencapaian Kak Siti dan DKS King Mee Kolok

Terdahulu, beliau yang merupakan seorang suri rumah telah berpuluh tahun berniaga namun tidak nampak hasilnya. Pelbagai bisnes pernah dijalankan seperti butik kecantikan, jualan produk orang lain dan sebagainya.

Malah Kak Siti dulu seorang pemalu, tak tahu buat marketing dan live serta teragak-teragak nak bertindak sebab tak ada ilmu yang betul.

Jualan beliau pun hanya sekitar RM11,000 sebelum mendapatkan bimbingan pada 2018. Bahkan, untung yang beliau dapat hanyalah sekitar RM200 – RM300 hasil perniagaan restoran miliknya.

Bagaimanapun, perubahan dan peningkatan mula dilihat selepas mendapatkan ilmu dan bimbingan bersama RichWorks dengan jualan hampir RM600,000 pada 2019.

Apa yang membanggakan, ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) dijalankan namun jualan beliau pada 2020 berjaya mencapai RM1.2 juta pertama buat Kak Siti.

Alhamdulillah, kini beliau juga berjaya membesarkan bisnesnya menjadi 2 lot kedai dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang lain. Kak Siti juga sekarang mempunyai seramai 22 kakitangan berbanding hanya 8 orang yang membantu dalam operasi restorannya.

DKS King Mee Kolok juga sudah mempunyai berbagai menu juadah terutamanya Mee Kolok, Western, tom yam, sate dan steambot & grilled. Malah kambing golek pun ada bagi buffet bulan puasa ini.

Apa kita boleh belajar dari kisah Kak Siti ini?

Beliau tidak mengalah meskipun sudah melakukan bermacam bisnes sebelum ini. Beliau sedar akan kekurangan ilmu dan mula mencari jalan untuk mendapatkan ilmu agar bisnes dijalankan dapat berkembang dan menyaksikan peningkatan.

Adakah anda sedang berada dalam situasi yang dialami Kak Siti sebelum ini? Tidak ada ilmu, buat bisnes ikut logik dan pertimbangan sendiri tanpa ilmu berkaitan hinggakan tidak nampak hasil meskipun sudah beberapa tahun berbisnes?

Sebab itu, RichWorks dalam bulan mulia ini membawakan program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Mula Berniaga pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini secara percuma.

Jangan terlepas peluang ini, jika anda sudah berniaga atau baru nak mula berniaga, suri rumah yang buat bisnes part-time, mereka yang tiada pekerjaan untuk hadiri program penting ini.

Beri peluang kepada diri ini untuk timba sedikit sebanyak ilmu daripada MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang telah terbukti membantu ramai orang di luar sana.

Daftar di www.BinaBisnesBerjaya.com.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Pengertian Raya Aidilfitri

Pengertian Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri kali ini pastinya disambut dengan berlainan. Demi memastikan keselamatan dan melindungi nyawa orang ramai, kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP

Senyuman Dalam Bisnes

Dalam bisnes, peniaga mesti selalu senyum. Senyuman bukan setakat dapat melembutkan hati pelanggan, tetapi ia merupakan amalan sedekah yang dituntut ketika berniaga. Rasulullah s.a.w sendiri

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan