Digital Brand Excellence Bawa Jenama Melalui Online Platform

Digital Brand Excellence Bawa Jenama Melalui Online Platform

Malaysia adalah negara yang sedang membangun, kerajaan sangat menggalakkan usahawan  memulakan perniagaan dengan memilih platform e-dagang ataupun digital. Ini kerana ekonomi digital masa kini sangat hebat yang mana ia terlalu pantas menyumbang 35 peratus kepada dagangan dunia sehingga berjumlah US$17 trilion pada tahun 2009.

Sehubungan dengan itu, kami di RichWorks mewujudkan satu program iaitu Digital Brand Excellence (DBE), di mana ia memberi peluang kepada ahli Titans untuk belajar dan membina jenama yang terkenal melalui online platform. Sekaligus, boleh membantu meningkatkan jualan atas talian dan e-dagang, kepada produk dan servis yang mereka sedang lakukan.

Kebanyakan usahawan di luar sana, sangat mahir membuat bisnes dan menjual secara offline, tetapi sangat sedikit yang mahir berniaga di Social Media atau tahu menggunakan Search Engine (SEO) secara optimum. Bahkan ada yang masih zero tentang pengetahuan digital, sehingga mereka tidak sedar bahawa banyak peluang yang mereka boleh cipta dengan berniaga melalui online platform di samping produk dan servis mereka dapat dikenali sehingga seluruh dunia.

Bagi founder yang terlibat dengan DBE, kami akan meminta mereka menghantar staff untuk kami ajari mereka satu persatu. Ini kerana kami ingin staf berlatih dan belajar bagaimana menggunakan medium-medium online seperti Facebook, Youtube, Website dengan sangat mahir dan sekaligus mereka boleh ketahui bagaimana dapat tingkatkan jualan syarikat. Selain itu, ini bagi membina sifat kepimpinan dan bertanggungjawab staf terhadap tugasan yang diberikan oleh founder sendiri.

Antara subjek yang kami akan fokuskan adalah Social Media Track dan Search Engine Track bagi menaikkan jenama mereka di ranking pertama dalam setiap online platform. Website, Facebook, Youtube, Instagram dan pelbagai lagi antara platform yang dapat membantu usahawan membina jualan yang lebih banyak. Selain dari mereka dapat mengumpul database, ia boleh digunakan apabila meraka ingin mempromosikan produk ataupun servis dengan menghantar email atau sms kepada pelanggan. Sangat tepat dan fokus kepada pelanggan, ini membantu anda untuk mendapatkan maklumum balas yang lebih pantas.

Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan objektif syarikat dicapai dan pengetahuan staf mengenai digital ini dapat ditingkatkan. Selain dari membawa jenama mereka berada di ranking pertama dan dapat tingkatkan jualan yang lebih banyak daripada online platform.

Artikel terbaru

Leave a Reply