Teknik pemasaran makanan Korea dalam drama-drama terbitan mereka memang mengagumkan! Ia sememangnya boleh membuatkan sesiapa saja yang melihatnya terliur hingga mahu menikmatinya sekarang juga. Apa yang mereka makan, itulah juga yang kita mahukan.
Sentiasa menjadi pilihan ramai, mari kita lihat senarai makanan popular Korea yang sering muncul dalam K-drama hingga membuatkan penonton tidak keruan melihatnya!
1. Tteokbokki
Hampir mustahil untuk mencari drama Korea yang tidak menampilkan tteokbokki sekurang-kurangnya sekali. Lazim dinikmati apabila bertemu rakan-rakan, tteokbokki sememangnya mudah didapati di sana apatah lagi harganya boleh dikatakan ‘mesra rakyat’.
2. Jjajangmyun
Jjajangmyun, yang merupakan mi kacang hitam adalah yang kedua selepas tteokbokki dari segi kekerapan ia muncul dalam K-drama. Penghantaran makanan adalah sebahagian besar budaya Korea, dan jjajangmyun ialah hidangan yang paling popular untuk dipesan.
Sesetengah mungkin mengenali hidangan dari drama The First Shop of Coffee Prince, di mana salah satu karakternya mengambil dua mangkuk jjajangmyun dan memakannya.
3. Ayam Goreng Korea
Siapa tahu KFC bermaksud Korean Fried Chicken? Jokes aside, ayam goreng Korea sebenarnya mempunyai rasa tersendiri seperti nama ‘Korea’ di hadapan namanya.
Rasa sosnya yang manis dan pedas pastinya sukar untuk ditolak, terutamanya pada waktu malam. Restoran ayam goreng di sana sering menjadi salah sebuah penaja dalam K-drama agar pelanggan rasa terliur dan membuat pesanan sebaik sahaja adegan makan muncul.
4. Patbingsoo (Ais Kepal Korea)
Pencuci mulut adalah satu kemestian dalam drama Korea dan ais kepal Korea adalah pilihan utama. Ais kepal boleh dikira sebagai pencuci mulut yang agak mewah dan harganya boleh mencecah sehingga $15.
Banyak negara mempunyai ais kepal versi sendiri namun negara Korea mempunyai kelainan tersendiri apabila menghidangkannya bersama pes kacang merah manis. Jika anda seorang peminat ais kepal, ini semestinya hidangan Korea yang wajib anda cuba!
5. Kimchi Jjigae
Berapa banyak lagi masakan Korea yang boleh diperolehi daripada rebusan Kimchi jjigae? Hidangan ini biasanya muncul dalam adegan di mana seorang pemimpin menikmati waktu makan di rumah, kerana kimchi rebus adalah satu hidangan klasik lazat yang mudah dibuat dan sangat sesuai dimakan dengan nasi putih yang baru dikukus.