ALHAMDULILLAH, saya nak kongsikan kesyukuran dan rasa teruja bila dapat bersama kumpulan kecil sekitar 200 usahawan di Jakarta pada akhir Julai lalu.
Program sehari dari pagi hingga petang itu direalisasikan hasil kerjasama strategik antara RichWorks International bersama rakan kami, RichWorks International Indonesia dengan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (KEMENPAREKRAF) yang menaungi sekitar 30 juta usahawan di bawah mereka.
Sokongan dan pengiktirafan diberikan kepada RichWorks oleh Menterinya, Bapak Dr. Sandiaga Uno yang yakin dengan kepakaran RichWorks dalam membimbing bangsa usahawan sejak 2008.
Pak Sandiaga sendiri mengatakan ketika sesi live di Jakarta bersama saya dan peserta bahawa kerjasama RichWorks juga untuk membantu rakyat Indonesia dengan penyediaan 4.4 juta peluang pekerjaan pada 2025.
Semuanya bermula hasil pertemuan pada awal Jun lalu, yang mana beliau terus menilai berdasarkan result yang ada.
Jika di Malaysia RichWorks sudah terbukti mampu bantu usahawan membina bisnes berjaya, ada proven results kenapa nak buang masa, sebaliknya ambil bawa masuk ke sana.
Namun, semua ini takkan berlaku tanpa ada persediaan dari saya dan RichWorks sendiri.
Persediaan adalah aspek yang sangat penting dalam berdepan apa jua cabaran.
Ia kunci kepada banyak perkara. Kadang-kadang kita tak dapat sesuatu perkara itu bukan disebabkan tidak mampu, tetapi mungkin belum lagi bersedia.
Sebab itu, kena persiapkan diri anda. Umpama berdepan peperiksaan, sekiranya kita bersedia lebih mudah untuk menjawab dan sebaliknya.
Tahukah anda, sebenarnya RichWorks berpeluang memasuki Indonesia pada 2012, namun ketika itu kami belum bersedia, tanpa adanya pasukan dan struktur kukuh.
Jika saya tetap teruskan, terdapat kemungkinan tinggi untuk kami terlepas peluang dan kepercayaan yang diberikan beberapa pihak untuk melihat perkara itu berjaya.
Saya ambil keputusan untuk undur seketika ke belakang. Kami perkuatkan organisasi dan pengurusan, hasilkan lebih banyak results dengan bimbing lebih ramai usahawan jutawan.
Biar kita mulakan dengan langkah yang betul. Jika mahu bermain dalam game yang besar, kena ada kapasiti untuk mengurusknnya.
Bukan main terjah saja. Meskipun saya berpegang kepada fast action and fast result serta persistence, saya juga percaya tentang kesediaan.
Bila kita bersedia, aturan Allah yang merupakan sebaik-baik perancang melorongkan jalan yang baik. Alhamdulillah, RichWorks dipertemukan dengan rakan niaga Indonesia yang menyokong misi dalam memberi nilai dan manfaat kepada orang lain.
Persoalan penting mengenai persediaan di sini ialah adakah anda telah siapkan diri untuk ambil peluang dan jika sudah, adakah anda betul-betul akan mengambil peluang itu?
Tiga tahun ini, kita akan berdepan dengan krisis ekonomi dan orang perlu mencari duit sampingan bagi kelangsungan hidup.
Krisis ini tak boleh dielakkan tapi peluangnya juga besar, yang mana anda boleh bermain dengan kecil atau besar. Itu pilihan anda.
2 Comments
Trimks atas kebersamaan..
Trimks Artikel nya…
Saya seneng tambah ilmu,tambah wawasan,untuk lebih peka dalam menjalani bisnis saya….
Wasalam
Salam hormat
H Sapri.
Terima kasih atas comment yang positif. Semoga bermanfaat!