CPRD Ambil Alih Tesco Malaysia & Thailand. Apa Usahawan Boleh Belajar

CPRD Ambil Alih Tesco Malaysia & Thailand. Apa Usahawan Boleh Belajar
CPRD Ambil Alih Tesco Malaysia & Thailand. Apa Usahawan Boleh Belajar

Rasanya ramai daripada kita sudah ketahui Tesco yang menjadi antara pasar raya menjadi pilihan rakyat Malaysia sudah dijual kepada C.P. Retail Development Company Limited (CPRD) dari Thailand pada tahun lalu.

Peruncit terbesar dari Britain, Tesco PLC menjualnya seluruh pegangan saham dalam Tesco Strores Malaysia dan Thailand dengan nilai USD10.6 bilion atau RM44.8 bilion pada Disember 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tesco, Ken Murphy memberitahu, penjualan itu juga membolehkan mereka memberi tumpuan kepada perniagaan di seluruh Eropah dan untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, memberi sumbangan besar terhadap defisit pencen dan nilai pulangan kepada pemegang saham.

Sehubungan itu, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd yang mempunyai sekitar 60 pasar raya Tesco dan Tesco Extra di seluruh negara secara rasmi ditukar nama kepada Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd.

Apa yang boleh kita belajar daripada penjualan Tesco di atas ini?

Meskipun situasi di atas ini merupakan game dan tahap berbeza, namun asas bisnesnya sama iaitu untuk memastikan menjana duit atau pulangan sebab itu perubahan perlu dilakukan.

Perubahan ini termasuklah perlunya menjual rangkaian mereka yang ada bagi memberikan fokus kepada pasaran Eropah. Penjualan ini akan menjana duit bagi mereka untuk digunakan bagi pelbagai perkara terutama tambah baik operasi mereka di Eropah.

Oleh itu, kesan pandemik memang benar, bukan saja jejaskan syarikat-syarikat besar malah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang majoritinya alami situasi sama di negara ini.

Namun, persoalan lebih penting di sini adalah apa langkah seterusnya diambil? Apa perubahan perlu bangsa usahawan lakukan berdepan situasi berkenaan?

Ada usahawan terpaksa tukar business model, ada yang dulunya sudah besar team terpaksa bermula dari kosong semula, ada yang terpaksa menghabiskan duit simpanan untuk pastikan bisnes dapat bertahan dan bermacam-macam lagi.

Ia perlu dilakukan, walaupun perubahan itu bukannya mudah demi untuk memastikan bisnes dapat terus bertahan dan berdaya saing.

Alhamdulillah, bagi bangsa usahawan yang bersama RichWorks malah mendapatkan didikan rapat daripada MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman dapat menanganinya dengan lebih baik lagi.

Apatah lagi, mereka ini mempunyai ‘unfair advantage’ berbanding yang lain dengan mendapatkan ilmu, strategi, panduan dan pandangan MenThor secara langsung tentang perancangan yang dirangka bagi menanganinya.

Ramai bangsa usahawan bersama RichWorks dapat bangkit kembali hingga saksikan pencapaian luar biasa malah pecah rekod mereka pada 2020 berbanding sebelum pandemik ini.

Sehubungan itu, sebolehnya bangsa usahawan perlu adanya MenThor bagi mereka yang betul-betul serius nak membina bisnes yang berjaya. Jika belum ada kemampuan, pastikan upgrade ilmu dari semasa ke semasa dalam berdepan keadaan dan cabaran pada masa ini.

Seperti kata Datuk Wira Dr Azizan Osman :

Kita fokus kepada apa kita boleh control & buat vs apa yang kita tak boleh control & buat”

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Artikel terbaru

Leave a Reply