CaryaZara : Mula Sebagai Ejen Hingga Menjadi Founder Butik Sendiri

CaryaZara : Mula Sebagai Ejen Hingga Menjadi Founder Butik Sendiri

Siapa sangka bekas pensyarah ini boleh mengubah hidupnya dengan membina bisnes yang berjaya hingga memiliki butik sendiri, CaryaZara.

Cita-cita Cik Naimey sejak kecil untuk menjadi pensyarah sudah digantikan dengan kini sebagai usahawan yang berjaya. Ia bermula bila titik perubahan dalam hidupnya untuk bantu keluarga dan lebih ramai orang lagi.

“Sehingga saya lihat rupanya berniaga bukan saja pilihan akhir dalam kerjaya kita tapi pilihan pertama.”

“Saya melihat, perhatikan dan fikir balik sebelum cakap dengan diri, kalau aku habiskan belajar hanya untuk kerjaya aku saja tapi kalau teruskan berniaga, buat betul-betul boleh bantu adik-adik untuk berniaga dan ada kerja. Malah boleh bantu ramai orang lagi untuk ada kerja,” jelasnya.

Itulah permulaan Cik Naimey, kenapa beliau berniaga!

Perjalanan CaryaZara

Butik ini telah dibuka pada 2013 dan Cik Naimey mula kenal dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman daripada surat khabar ketika itu dan kemudian beliau ikut Facebook.

Mula 2014, baru beliau pergi program dan kelas yang dianjurkan RichWorks berikutan situasi bisnes ketika itu dengan jualan sangat teruk malah owner juga sedang ‘down’.

“Saya yakin ayat ini sentiasa ada dalam diri orang baru atau lama berniaga, mesti tertanya-tanya – kenapa ye aku berniaga; kenapa ye aku buat apa aku buat sekarang? Kalau kesusahan ini yang kena aku lalui.

“Itu sebab saya mencari, rupanya kena cari ilmu. Walau dulu saya mengajar bab bisnes, rupanya sebelum ini tak cukup ilmu bisnes yang aku ada, ilmu yang aku ada dulu hanya sukatan.

“Itu bukan ilmu dapatan, ilmu yang kita kutip sepanjang pengalaman kita atau orang lain. Sebab itu saya mula cari guru, masuk kelas dan seminar, sebab tahu saya perlu something untuk grow CaryaZara,” jelasnya.

Sebelum itu, beliau juga pernah rasa nak give up. Tapi Cik Naimey dapat bangkit kembali kerana beliau ada Big Why yang jelas dan bagaimana beliau nak capai apa yang beliau nak capai dalam hidup ini.

Malahan ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) tahun lalu, bisnes beliau berdepan cabaran namun dengan bimbingan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman sebagai ahli Titanium membantunya untuk bersedia dan cari jalan untuk atasinya.

Nasihat Cik Naimey kepada orang lain, bagi mereka yang baru bermula berniaga agar melaburkan sedikit daripada duit yang ada untuk ilmu.

“Bagi saya ilmu ini sangat-sangat penting. Kalau saya waktu bermula dulu 2013, bila saya tahu impak ilmu pada perniagaan sanggup untuk bayar walaupun mahal.

“Seandainya ilmu itu dapat bawa CaryaZara jauh lebih tinggi dan berjaya lebih cepat di samping elakkan melakukan banyak kesilapan sebelum ini,” katanya lagi.

Ilmu ini adalah shorcut ke arah kejayaan anda.

Justeru itu, anda di luar sana macam mana? Adakah anda ada membuat pelaburan dalam ilmu bisnes daripada MenThor yang terbukti berjaya?

Jangan terlepas untuk ikuti program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Mula Berniaga (NMB) yang akan bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

Percuma saja, hanya perlukan komitmen anda untuk belajar, ambil catatan dan bertindak dengan ilmu berkenaan dalam bisnes anda nanti. Moga program ini dapat sedikit sebanyak bantu anda, dapat mula berniaga dengan langkah yang betul agar mendapatkan hasil.

Artikel terbaru

11 Comments

  • June Rahman

    TEAM RICHWORK SAYA SEKARANG EJEN MAMASAB DAN MEMPUNYAI ANAK2 TEAM..
    JADI KEKANGAN SAYA..
    ADAKAH SAYA BOLEH GROW BISNES NIE & 1DAY SY NAK ADA BSIENS SENDIRI YG SUPPLIER PRODUCT MAMASAB & PRODUCT SDRI..

    • Team RichWorks

      Hai cik Puan June Rahman Team Richworks sentiasa ready untuk bantu cik puan. Boleh terus rujuk Team kami di talian wasap.my/60167136638. Kami bantu sebaiknya.

  • Eyfaa Wan Khalid

    Saya pun nak BERJAYA macam orang yang dah pun BERJAYA

    • Team RichWorks

      Wow Cik Puan pun pasti boleh berjaya! Cuma perlukan komitmen anda untuk ready dibimbing. Kami di Richworks sentiasa ready untuk anda, sebarang pertanyaan boleh terus rujuk kami di talian wasap.my/60167136638

  • Nao berjaya seperti rkaan rakan-rakan

  • Nak ubah hidup,untuk dapatkan sale yang melonjak

    • Team RichWorks

      Yes Cik Puan Fadzillah pasti boleh! Jika perlukan support daripada Team Richworks, kami sentiasa ready. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk Team Richworks di talian wasap.my/60167136638.Kami sentiasa ready beri yang terbaik untuk anda.

  • noraziella harun

    Bagaimana saya nk join group elite…utk pegi lebih jauh bisnes sy?

    • Team RichWorks

      Hai cik puan Team Richworks sentiasa ada bersama Cik Puan, sebarang pertanyaan boleh terus rujuk kami di talian wasap.my/60167136638. Kami bantu anda sebaiknya

  • Che Noor Maar Bt Junoh

    Macamana saya nk tahu perniagaan yang sesuai dengan saya?

Leave a Reply