Carilah Keberkatan Allah SWT Dalam Setiap Perbuatan

Hidup yang berkat.
Umur yang berkat.
Rezeki yang berkat.
Keluarga yang berkat.
Anak-anak yang berkat.
Kerja atau perniagaan yang berkat.

Keberkatan atau Barokah ialah sedikit seperti banyak dan banyak seperti melimpah ruah sehingga ia boleh memanfaatkan ramai orang.

Keberkatan adalah berganda-ganda atau digandakan. Mungkin sesuatu itu nampak sedikit tetapi bila ada keberkatan, ia seperti berganda-ganda atau melimpah ruah.

Kunci keberkatan?

Syukur kepadaNya
Perbaiki dan jaga solat Fardhu & Sunat (Dhuha, Tahajud, Fajr, Witir, Tasbih, Sebelum/Selepas solat fardhu)
Perbanyakkan selawat (Ini memang “magik” kuasaNya)
Sedekah (Ini lagi “magik” Allah swt)
Kasihi anak yatim
Khidmat dan bahagiakan ibu bapa/ suami
Khidmat dan jaga keberkatan rezeki ditempat kerja dan dari perniagaan/pelanggan
Bahagiakan orang lain/jiran/ahli keluarga/sanak saudara/sesiapa sahaja
Buat apa yang Allah swt dan Rasul saw suka, jauhi apa yang mereka tidak suka atau benci

Kesan bila tiada keberkatan?

Banyak/kerap ada ujian/cabaran yang tidak diduga (Bila tidak jaga di atas)
Duit “bocor” – keluar tanpa rela berpunca dari keadaan seperti kereta selalu rosak (walau baru), anak-anak ada sahaja sakit
Hati tidak tenang atau tenteram
Sentiasa diuji
Perselisihan suami/isteri/anak-anak/ibu bapa
Rezeki tersangkut- tiada peningkatan rezeki wang/anak
Sentiasa marah-marah atau pertengkaran
Ada banyak jadi sedikit, ada sedikit tapi “hilang” atau terpaksa habiskan
Hidup rasa kosong tiada erti
Kemurungan

Hidup ini walau apapun yang kita lakukan, jika kita jaga hubungan dengan Allah SWT, kita perbanyakkan selawat ke atas kekasih-Nya, kita sujud selalu kepadaNya, In sha Allah lebih mudah segalanya serta mudah mendapat pertolongan.

Tak percaya sudah. Ini berdasarkan perjalanan yang sudah dilalui.

Semoga Allah SWT jadikan kita semua sentiasa istiqamah di dalam memperbaiki diri kita untuk kejayaan dunia dan akhirat serta diberikan keberkatan di dalam setiap perkara In sha Allah.

Jangan suka cari salah orang lain, pegang prinsip ini, walau apapun yang berlaku, semak diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain. Semoga bermanfaat!

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Carilah Keberkatan Allah SWT Dalam Setiap Perbuatan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



2 Comments

Leave a Reply