Cari Duit Sambil Goyang Kaki?

Cari Duit Sambil Goyang Kaki?

Seronokkan, bila kita tak payah berpenat lelah untuk buat duit. Semua orang nak duit dan kaya tapi tak semua orang sanggup bersusah payah untuk cari duit.

Sebelum anda sibuk cari duit, betulkan dulu niat, anda kaya supaya anda dpat lebih beramal dan membantu orang lain dengan kekayaan anda.

Tapi ingat, sebelum anda goyang kaki dan tunggu duit masuk, anda kena lalui beberapa proses untuk menubuh dan membina perniagaan tersebut.

Kami doakan anda kaya berjaya dunia dan akhirat.

Berikut merupakan idea untuk anda cari duit

1/ BUAT DUIT DENGAN BLOG

Blog bukan sahaja boleh bagi anda informasi yang bermanfaat, tapi boleh buat duit. Tapi, anda kena tahu lah cara-caranya yang betul.

Ada blogger yang mendaftarkan blog mereka di Nuffnang dan Adsense untuk menjual ruangan iklan di blog mereka. Mereka akan memperoleh pendapatan sekiranya ada pembaca yang melawat atau klik iklan tersebut.

Cara mudah yang lain ialah, anda boleh berniaga di blog anda sendiri. Anda boleh menjual produk kesihatan, pakaian, gadget atau cookies. Bila ada yang berkenan dengan produk anda, mereka boleh PM, WhatsApp atau direct message anda.

Selain itu, anda boleh menjana kewangan dengan membuat review buku, artikel, movie atau sebagainya. Tapi ini akan hanya boleh berlaku bila anda dah ada followers yang ramai, tapi anda dah boleh mulakan dari sekarang. Penulis buku, artikel atau penerbit movie akan sanggup bayar anda untuk dapatkan review dari anda.

2/ BUAT DUIT DENGAN ROYALTY

Anda suka menulis? Anda seorang yang berpengetahuan luas dalam sesuatu bidang? Anda juga seorang yang kreatif? Gunakan kelebihan yang anda ada ini untuk buat dan cari duit.

Contohnya, jika anda seorang pengembara, anda boleh terjemahkan hobi anda dengan menjadikannnya buku. Bila anda dah publishkan buku tersebut, anda akan dapat royalti hasil dari jualan buku itu. Semakin ramai yang beli buku anda, makin banyak lah royalti yang anda akan dapat.

Sama juga bila anda kreatif dalam bidang seni, anda boleh hasilkan skrip, lirik, drama dan sebagainya. Royalty akan diberi berdasarkan rating, jualan album dan kekerapan siar ulang lagu atau rancangan tersebut.

Anda hanya perlu tulis buku dan bia ianya terjual anda akan dapat royalti dari syarikat penerbitan.

3/ BUAT ONLINE BISNES

Ini ramai orang buat pada hari ini. Betul? Bisnes online adalah cara mudah nak cari duit tak kiralah secara part time atau full time. Pasarannya juga sangat luas. Anda boleh gunakan media sosial seperti blog, Facebook, Instagram, YouTube, Pinterest, Twitter, WhatsApp dan WeChat.

Bukan tu saja, nak mula berniaga tak semestinya anda perlu ada produk sendiri, cukup dengan hanya jadi stokis, ejen atau dropshipper. Jika anda dah ada modal yang cukup dan platform yang bagus, barulah boleh buka bisnes dengan jenama sendiri.

Dengan bisnes online, anda boleh berniaga dari rumah. Kerana, anda hanya perlu laptop, smartphone, atau tab dengan data internet yang mencukupi. Itu sahaja.

Jika anda ada semua ini, semuanya berada di hujung jari anda dan anda boleh lakukan bisnes anda di mana sahaja anda berada. Apa yang penting bila anda berniaga online, anda perlu komited dan konsisten.

Anda perlu lakukan dengan bersungguh dan sentiasa update media sosial anda. 8 kali sehari dengan 6 kali menyediakan maklumat yang menarik seperti quotes, tips pemasaran atau peringatan. 2 kali barulah promosikan barangan anda.

Jika anda ada menyediakan platform pembayaran secara online, lagi mudah untuk anda. Sedang tidur pun notifikasi “bayaran sudah di buat” boleh masuk ke telefon bimbit anda.

4/ PELABURAN SAHAM YANG PATUHI SYARIAH

Setiap apa yang kita kerjakan, kita buat mestilah mengikut syariat. Tambahan pula, jika ia melihatkan harta dan gaji yang akan digunakan untuk diberi makan pada keluarga. Sekiranya kita nak cari keredhaan dari-Nya, kita kena bermula dari awal iaitu niat yang jelas.Jika anda teringin nak melabur, carilah pelaburan yang patuhi syariat dan berdaftar.

Bukan pelaburan yang telah di senarai hitam oleh majlis fatwa kebangsaan. Sekarang, banyak bank menyediakan pelaburan yang dah patuhi syariat seperti SSP, ASB dan Unit Trust. Ini kerana, jika anda menukar pelaburan anda kepada pelaburan islamik, ia akan di pantau oleh penasihat syariah bank tersebut. Elakkan dari mengguna pelaburan konvensional kerana ia tidak mematuhi syariah dan urusan jual belinya ada unsur riba dan sebagainya.

5/ SEWA BILIK ATAU RUMAH

Anda boleh beli rumah, tak kiralah rumah flat atau apartment…dan sewakannya kepada orang luar. Jika anda sendiri yang tinggal di rumah tersebut, macam mana anda nak buat duit, betul?

Bukan itu sahaja, anda juga boleh sewakan bilik kepada mereka. Tetapkan setiap bilik dengan harga yang berbeza dan berapa penyewa yang boleh tinggal. Atau jika rumah anda fully furnish, anda boleh tetapkan harga yang sama bagi setiap orang. Sediakan perjanjian bertulis supaya kedua belah pihak mendapat manfaat yang sama.

Lagi untung sekiranya lokasi rumah anda berada di tempat yang strategik seperti kawasan universiti, kawasan perindustrian, kawasan yang dekat dengan kemudahan awam seperti mall dan bank, dan tempat yang mudah nak dapat pengangkutan awam. Pasti ramai yang berebut nak menyewanya.

6/ KELUARKAN PRODUK SENDIRI DAN LANTIK RAMAI AGEN DAN STOKIS

Anda juga boleh keluarkan produk sendiri seperti tudung, pakaian, produk kecantikan dan kesihatan. Kemudian, lantiklah agen atau stokis yang boleh promosikan dan jual barangan anda.

Jadi, anda hanya perlu pantau prestasi mereka dan sediakan stock barangan sahaja. Jika mereka dapat mencapai target, berikan mereka habuan bagi menaikkan lagi semangat mereka untuk lakukan yang terbaik lagi.

7/ LANTIK ORANG TENGAH / PEKERJA

Jika anda buat bisnes servis atau restoran, anda perlu cari pekerja yang betul-betul boleh buat kerja. Jadi, anda tak perlu nak penat-penat buat kerja.

Anda hanya bagi mereka arahan dan monitor sahaja mereka buat kerja tersebut. Jika sesuatu masalah berlaku dan tak dapat dikawal, barulah anda libatkan diri.

Artikel terbaru

Leave a Reply