Bina Imej Bisnes Yang Baik Ambil Masa Tapi Sekejap Saja Untuk Musnahkan. 4 Cara Tingkat Imej Bisnes Anda

Cara Tingkat Imej Bisnes Anda

“Bukan semua orang akan suka dan gembira dengan apa yang kita buat atau pencapaian kita, tetapi kita jangan ambil peduli dengan kejian atau pujian manusia sangat, kita seharusnya fokus untuk perbaiki diri dan beri manfaat kepada orang ramai” – Datuk Wira Dr Azizan Osman-

Pedulikan apa yang orang nak kata, yang penting bisnes anda berjalan dan anda masih lagi ada pelanggan yang setia bersama anda. Apa yang perlu anda buat ialah, tingkatkan lagi imej bisnes anda dan perkuatkan lagi pemasaran bisnes anda dengan menggunakan online dan offline marketing. Luaskan juga pasaran bisnes anda dan bukan hanya tertumpu pada masyarakat setempat.

Jangan nak risau dan pening kepala lagi kerana kami akan kongsikan dengan anda cara terbaik nak tigkatkan imej bisnes. Pedulikan dengan orang yang dengki dengan anda. Nak tahu lebih lanjut?

4 Cara Tingkat Imej Bisnes Anda:

  1. Gunakan Iklan Yang Menarik

Ada banyak teknik iklan yang anda boleh gunakan untuk promosi barangan anda. Lagi bagus kalau anda dapat guna iklan yang memujuk atau boleh bangkitkan semangat orang nak membeli. Cuba anda lihat iklan di media sosial, tv, majalah atau di tepi-tepi jalan. Menarikan?

Kalau iklan makanan, tengok je gambar yang terpapar di iklan tersebut, terus rasa terliur.

Jika ia iklan produk kesihatan, anda boleh tengok potongan harga yang mereka berikan sehingga anda rasa tak sabar nak dapatkan produk tersebut. Jadi, anda boleh jadikan iklan mereka sebagai contoh pengiklanan produk anda.

  1. Manfaatkan Saluran Media Sosial

Amat tak logik kalau anda berniaga, tapi tak guna media sosial dalam promosikan barangan anda. Betul ke betul?

Media sosial adalah alat pemasaran yang boleh meningkatkan jualan anda berkali ganda. Itu pun kalau anda pandai guna lah. Ada sesetengah peniaga, ada media sosial tapi mereka tak pandai nak manfaatkan dengan betul.

Update atau post gambar pun ikut suka hati mereka je. Kalau anda nak orang tahu pasal bisnes anda, ringan-ringankan lah tangan tu menaip kat media sosial anda.

Menurut Datuk Wira Dr Azizan Osman, cara terbaik anda nak update di media sosial adalah sekurang-kurangnya 8 kali sehari. 6 kali post berkaitan tips, teknik marketing, quotes atau sebagainya dan 2 kali baru lah promosi produk anda. Dengan ini, barulah media sosial anda tak sunyi lagi.

  1. Buat Atau Taja Event

Anda juga boleh tingkatkan imej bisnes dengan buat event sendiri atau join sesuatu event dengan jadi penaja. Mungkin sekarang ada kekangan buat event offline, namun online masih boleh dilakukan.

Jika dulu, anda bolehlah buka booth di program tersebut. Ambil peluang ini dengan mengedar flyers kepada semua orang yang hadir, buat quiz atau cabutan bertuah untuk menarik pelanggan.

Untuk tingkatkan imej bisnes, anda juga boleh buat promosi percuma dengan minta pihak penganjur atau pengacara majlis mempromosikan produk anda. Bukan tu saja, melalui cabutan bertuah, anda boleh mengumpul database untuk digunakan dalam proses pemasaran yang lain.

  1. Website Appearance

Sama ada anda suka atau tak, pastikan bisnes anda mudah orang nak cari di website. Untuk tingkatkan imej bisnes anda, pastikan segala maklumat yang anda bagi adalah betul seperti nama bisnes anda, lokasi dan maklumat produk anda. Ia perlulah sentiasa dikemaskini setiap isi kandungannya.

Bukannya 2-3 tahun sekali baru nak update. Nanti, bila pelanggan masuk ke website anda untuk dapatkan info, mereka akan lihat maklumat yang sama je setiap tahun dan tidak up-to-date. Jadi, mulakan kemaskini website anda sekarang supaya ia mudah untuk dijadikan tempat rujukan.

Amacam? Anda dah boleh buat bisnes yang berganda-ganda untungnya dari pesaing anda. Biarkan mereka terus mengutuk dan mengeji anda asalkan anda boleh buat bisnes yang lagi maju dari mereka.

Artikel terbaru

Leave a Reply