Cara Berhenti Daripada Overthinking

Cara Berhenti Daripada Overthinking

Berfikir dengan mendalam merupakan suatu perbuatan yang dapat memberikan hasil yang lebih baik bagi kita. Bagaimanapun, berfikir dengan mendalam boleh bertukar kepada ‘overthinking’ atau berfikir berlebihan yang memberikan kesan tidak baik kepada seseorang itu.

Mereka yang overthinking adakala membayangkan perkara negatif yang boleh mendatangkan kebimbangan melampau hingga menjejaskan kehidupan

Selain itu, ia juga menyebabkan masa diambil untuk buat keputusan lebih lambat, mungkin sebabkan anda rasa ‘stuck’, sukar untuk berfikir di luar kotak dan penyelesaian baru disamping ‘penat’ dari segi pemikiran.

Berikut kami kongsikan dengan beberapa perkara yang dapat mengelakkan anda overthinking agar dapat membuat keputusan dengan lebih cepat dan baik lagi dalam bisnes atau kehidupan.

5 tips untuk anda berhenti overthinking :

Ke tepikan kesempurnaan

Kesempurnaan merupakan penghalang terbesar bagi anda dapat membuat keputusan dengan lebih cepat dan berkesan. Selagi tidak sempurna penyelesaian yang difikirkan, selagi itu mereka yang cari kesempurnaan tidak akan buat keputusan dan tindakan.

Mereka ini melihat jika keputusan dibuat tidak ‘betul’ maka dia seorang yang gagal. Perlu tahu semua benda, buat jangkaan sebarang kemungkinan dan pelan yang begitu teliti.

Bagi mengatasi perkara ini, anda boleh tanya beberapa soalan ini untuk elakkan overthinking dalam diri dan bisnes.

Tanya sama ada keputusan yang akan dibuat berikan impak postif yang besar dalam keutamaan anda? Berdasarkan maklumat sedia ada, apa langkah yang boleh diambil?

2. Masalah yang betul

Sebelum buat keputusan, tulis apa tujuan, keutamaan atau mereka yang akan menerima impaknya. Melalui perkara ini, ia akan membantu membezakan antara masalah yang penting dan kurang penting untuk anda dikirkan.

3. Tetapkan dateline sendiri

Perlu menetapkan dateline sendiri bagi keputusan tertentu dengan lebih cepat. Contoh mudah, jika anda diberikan masa sebulan untuk menyiapkan sebuah pembentangan, maka ia akan mengambil 1 bulan untuk siap. Tapi jika anda hanya diberi seminggu, ia dapat disiapkan seminggu bagi pembentangan sama.

Prinsip sama, Parkinson’s Law juga terpakai dalam overthinking yang berlaku mengikut masa yang diberikan. Jika diberikan masa satu minggu sedangkan ia boleh diputuskan dalam sehari, maka ia akan membuang masa dan tenaga anda.

4. Wujudkan rutin sendiri

Anda perlu wujudkan rutin sendiri yang boleh mengelakkan daripada melakukan banyak keputusan kecil. Hal ini kerana untuk diri kita, dalam sehari membuat beratus keputusan seperti makan apa, bangun pukul berapa, nak pakai baju yang mana dan lain-lain.

Setiap keputusan dibuat ini akan mengurangkan lagi tenaga minda anda dan berkemungkinan tinggi anda akan overthinking apabila anda penat. Justeru itu, bila anda dapat elakkan buat keputusan kecil, maka lebih banyak tenaga ada untuk buat keputusan yang lebih penting.

5. Menggunakan intuisi atau gerak hati

Intuisi bila digabungkan dengan pemikiran anda akan membantu dalam membuat keputusan yang lebih cepat, baik dan tepat. Ia juga memberikan lebih keyakinan pada keputusan yang dibuat berbanding hanya bergantung kepada intelektual sahaja.

Tindakan ini membolehkan minda kekal bertenaga dan seterusnya dapat membuat keputusan yang lebih bijak tanpa berfikir secara berlebihan. Sehubungan itu, kita perlu mengimbangi untuk berfikir dengan mendalam yang dapat berikan kelebihan kepada anda tanpa bertukar kepada overthinking.

Artikel terbaru

Leave a Reply