Bah melanda 2022, cabaran rakyat Malaysia & RichWorks bersama anda

Cabaran dan RichWellBantu Mangsa Banjir

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah terus mencatat peningkatan pada 3 Januari 2022 berbanding hari sebelumnya. 

Di Pahang, hujan berterusan menyebabkan pertambahan mangsa iaitu 2,188 masih berada di 51 PPS.

Di Johor pula, jumlah mangsa bertambah kepada 3,841 orang berbanding 2,553 orang.

Di Melaka, jumlah mangsa meningkat kepada 2,537 mangsa daripada 656 keluarga berbanding 1,778 mangsa daripada 462 keluarga.

Di Negeri Sembilan jumlah mangsa banjir membabitkan 22 PPS meningkat kepada 2,041 individu daripada 554 keluarga berbanding 1,892 individu daripada 505 keluarga.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir kekal 137 orang daripada 42 keluarga di dua PPS di Dungun.


Cabaran dihadapi orang ramai

Sebelum ini, hujan lebat luar biasa ditambah dengan air pasang besar antara 17 hingga 19 Disember 2021, mengakibatkan banyak lokasi di Selangor ditenggelami air.

Baru hendak pulih, anggota masyarakat termasuk usahawan yang terjejas susulan penularan Covid-19, kini mereka terpaksa pula berdepan musibah banjir hingga menanggung kerugian besar.

Begitupun, bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. 

RichWorks bersama hulurkan tangan

RichWorks masih membuka ruang kepada bangsa usahawan terjejas banjir untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang boleh diberikan berdasarkan kepakaran dalam membina bisnes yang berjaya sejak 13 tahun lalu.

Mereka yang terkesan boleh terus hubungi RichWorks di talian 019-2442244 untuk menetapkan temu janji agar pihak kami boleh hubungi anda semula.

Anda tidak keseorangan, RichWorks membuka pintu seluas-luasnya untuk membantu anda.

Malah pada 24 Disember lalu, RichWorks menyerahkan sumbangan kilat berjumlah RM500,000 yang dikumpulkan daripada usahawan-usahawan di bawah bimbingan kami dan RichWorks sendiri. 

Semoga sumbangan ini dapat memberikan harapan buat penerima agar kembali bangkit daripada cabaran ini.

Meskipun kami juga terkesan, dengan 42 staf terkandas bila pejabat, kenderaan staf dinaiki air, komputer dan laptop rosak pada 18 Disember lalu. Usaha membantu mereka yang terkesan dan memerlukan tetap digerakkan kerana kami faham situasi yang dihadapi ramai orang di luar sana.

RichWorks juga akan terus menghulurkan bantuan menerusi Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) kepada mereka yang memerlukan dari semasa ke semasa. Jika anda nak menyumbang, layari richworks.com/richwellbantu/.

Doa kami agar kesemua rakyat Malaysia diberikan perlindungan dan keselamatan serta dipermudahkan segala urusan dalam tahun baharu ini. Aamiiin.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply