Butik Kosmetik.com by Empayar AilQairy – Kisah Kebangkitan Mereka

“Kami tak uruskan company dengan cara betul, jadi kami diburu(LHDN) dan kena bayar cukai RM100,000.”

Itulah luahan Ketua Pegawai Eksekutif Butik Kosmetik.com by Empayar AilQairy, Tuan Qairy Maheran sebelum menyertai dan dibimbing MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman serta RichWorks.

Kepakaran mereka adalah untuk membimbing BBNU (‘Budak Baru Nak Up’) untuk berbisnes secara online dengan cara yang betul hingga bergelar jutawan walaupun hanya menjual produk orang saja.

Tuan Qairy yang merupakan bekas guru yang sudah 18 tahun bertugas memberitahu, beliau kenal RichWorks pada 2019 selepas dipaksa isterinya, Puan Aily untuk sertai kelas MMM yang kini dikenali sebagai Marketing Mentoring.

“Wife paksa saya untuk pergi kelas pertama namun saya tak nak pergi kerana percaya sudah cukup ilmu dan sudah ada team.

“Bila berlaku insiden baru cari RichWorks untuk lihat apa kami buat silap dan perlu betulkan,” katanya ketika ditemu bual sebelum ini.

Kongsi Tuan Qairy lagi, kesilapan mereka sebelum ini apabila tidak menguruskan database. Kami ada networking yang ramai tapi kami tak simpan maklumat-maklumat itu.

Sepatutnya sekurang-kurangnya buat usahawan perlu simpan di Excel bagi rujukan dan pengoperasian sesebuah bisnes.

Selain itu, sebelum dibimbing semua dilakukan oleh mereka sendiri.

“Sepatutnya nak grow bukan semua kerja kita nak buat. Ini tidak, media sosial, posting saya buat, edit gambar, pergi hantar dekat Pos laku, ambil stok dan boleh kata semua benda kita buat.

“Sedangkan bila kita ada ilmu, dengan cara betul bagi leverage semua kerja itu, kongs rezeki dengan ornag lain, kemudian jaga team yang kami nampak benda itu dengan RichWorks,” ujarnya.

Itulah titik permulaan di mana Tuan Qairy rasa Datuk Wira Dr Azizan Osman hadir pada masa kami tidak ada apa-apa.

Sebab itu saya rasa kalau usahawan di luar sana untuk cari tempat bernaung untuk bisnes dengan cara betul, perlu carilah Datuk Wira Dr Azizan Osman dan juga RichWorks.

Pencapaiaan Butik Kosmetik.com by Empayar AilQairy

Selepas sertai RichWorks, jualan pada 2019 berjumlah RM4.1 juta dan kemudian RM10.2 juta pada tahun lalu.

“Pada tahun ini, walaupun orang cerita tahun 2020 dan 2021 ini, kita susah ketika PKP dan sebagainya.

“Tetapi dengan bimbingan dan fokus betul , setakat sekarang sales kami Januari – Jun sebanyak RM6.3 juta berbanding RM2.4 juta dalam tempoh sama tahun lalu,” jelasnya.

Selain itu, pencapaian lain, mereka buka butik yang asalnya di tingkat atas, kini berada di bawah dan sekarang Kosmetik.com sudah ada 2 lot kedai kiri & kanan, sebelah warehouse dan sebelah butik.

Malah daripada 2 orang staf saja sebelum ini, mereka telah mula kongsikan rezeki dan mengagihkan kerja dengan 18 orang staf masa ini.

Pesanan kepada usahawan di luar sana:

Pada CEO Kosmetik.com Tuan Qairy, benda betul orang di luar perlu buat adalah selain ubah mindset ini, simpan energi ke arah positif adalah upgrade ilmu.

Upgrade ilmu untuk sistemkan bisnes anda. Ketika ini penting online, cari dan gunakannya untuk betulkan sistem anda.

“Jika kita tak berubah, tapi teknologi tetap berubah. Apa kita kena buat adalah kena ikut teknologi untuk berubah dan adaptasi supaya dapat bantu lebih ramai orang lagi dengan buat bisnes yang berjaya,” ujarnya.

Jom belajar daripada ilmu dan pengalaman orang yang telah jatuh dan berjaya bangkit semula, ia menjimatkan masa, tenaga dan wang anda dengan belajar dari kesilapan mereka.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Butik Kosmetik.com by Empayar AilQairy – Kisah Kebangkitan Mereka” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



2 Comments

  • mohd azammi mohamad

    terima kasih atas Richworks sb kongsikan ilmu..terima kasih

    • Team RichWorks

      Sama-sama tuan, semoga tuan peroleh ilmu yang bermanfaat. Sekiranya tuan mempunyai sebarang soalan berkenaan program kami boleh hubungi kami di hotline: 0192442244

Leave a Reply