Buat Survei Segera

Buat Survei Segera

Sebelum libatkan diri dalam kerjaya perniagaan, ramai yang terlepas pandang untuk lakukan survei. Anda tahu, survei boleh jadikan anda lebih tahu untuk jual apa, kepada siapa, bagaimana nak mula, dan teknik-teknik yang perlu digunakan dalam perniagaan.

Survei tak semestinya anda edar kerta suntuk di isi oleh orang ramai, tapi boleh je anda sendiri yang buat dengan pemerhatian di media sosial, pasaraya-pasaraya, atau kawan-kawan dan masyarakat sekeliling.

Tambahan pula, bila anda pernah gagal dalam bisnes. Anda memang kena buat survey supaya bisnes anda tak gagal lagi.

Dengan survei, anda boleh kaji semula apa kesilapan yang anda buat dahulu. Bila berniaga, jangan ikut orang kerana kita tak tahu rezeki kita di mana.

Berikut merupakan kelebihan membuat survei

1/ Tahu Kehendak Pasaran

Anda kena tahu apa kehendak dan keperluan pelanggan. Sekarang, jika anda berniaga pakaian, ia sangat mengikut trend. Dan trend tersebut cepat pula berubah kepada trend dan design yang lain.

Mungkin anda juga sedar dengan perubahan ini. Contohnya dulu tudung bawal crepe sangat popular dikalangan wanita, tapi sekarang ia beralih kepada bawal pucci-pucci. Begitulah seterusnya.

Anda kena sentiasa peka dengan perubahan ini supaya anda tidak ketinggalan dan mampu memenuhi kehendak pelanggan.

Tapi jangan lupa, walaupun trend ini sentiasa beralih, sesuatu produk ini masih lagi ada peminatnya yang tersendiri.

Jadi, anda jangan secara total lupakan trend yang lama kerana, mana tahu ada yang masih mencarinya dan ANDA ada menyediakannya untuk mereka.

2/ Tahu harga pasaran

Lumrah bagi manusia, semakin murah harga barang, semakin ramai yang membelinya. Tapi harus ingat, jika anda jual dengan harga yang murah, tapi ia tiada kualiti langsung, tetap tidak ada yang mahu beli.

Cuba anda fikir, jika anda jual dengan harga yang mampu milik, ditambah pula ada diskaun jika dibeli dengan kuantiti yang banyak, pasti anda tak menang tangan nak mengawalnya, betul?

Sebelum anda nak berniaga, anda mesti dapatkan barangan tersebut dari pemborong atau pembekal dahulu.

Jadi, cari pemborong dan pembekal yang mampu berikan anda servis bagus dengan kualiti yang terbaik. Buat perbandingan harga antara pemborong-pemborong tersebut supaya anda tidak rugi.

3/ Tahu demografi

Jika anda beniaga di luar bandar, anda kena tahuapa yang mereka suka, apa yang mereka perlukan, harga yang mampu dimiliki, design dan sebagainya. Kerana taraf hidup di luar bandar dan bandar ada bezanya. Sama juga dengan cita rasa, trend, dan mampu milik barang yang agak berbeza dengan bandar.

Jika di bandar, kebanyakkan penggunanya lebih trendy, bergaya, berpendidikan dan bekerjaya. Manakala di luar bandar, mereka lebih banyak bekerja sendiri, dengan kos sara hidup yang tak setinggi di bandar.

Itu semua antara faktor yang anda harus tahu bila nak mula berniaga, faham?

Artikel terbaru

Leave a Reply