Buat Orang Nampak Jenama Anda di Media Sosial Dengan 6 Cara Ini

media sosial

Media sosial kini telah menjadi platform yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Dari budak kecil sehingga warga emas tak terkecuali menggunakan media sosial.

Dahulu ia pernah menjadi satu platform untuk berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan, kini ia telah menjadi alat pemasaran utama bagi perniagaan kecil mahupun besar. 

Jika anda boleh buat orang nampak jenama anda di media sosial, perniagaan anda akan mudah dikenali dan berkembang dengan lebih pantas. 

6 cara buat orang nampak jenama di media sosial

1. Aktif di pelbagai platform

Selain platform utama seperti Facebook, Instagram dan TikTok, terdapat banyak lagi platform lain untuk kita berkongsi tentang aktiviti harian, minat, pendapat, review dan macam-macam lagi.

Pastikan anda mempunyai halaman, profil atau kumpulan dengan nama jenama anda di kebanyakan platform media sosial. Jika tidak semua, beberapa platform media sosial yang paling popular pun boleh dari tiada langsung.

Tapi jika nak dikenali, tak boleh kata tidak untuk pemasaran digital kerana inilah platform yang mudah untuk ramai orang nampak.

Fikirkan tentang audiens dan industri anda. Jika anda adalah syarikat B2B, mungkin Facebook bukan keutamaan, tetapi tetap penting untuk mencipta profile di situ.

2. Mempunyai strategi content yang jelas

Apabila audiens anda berinteraksi dengan anda, mereka akan melakukannya sebagai tindak balas kepada content anda. 

Ini menjadikan strategi penciptaan content sebagai kunci kejayaan dalam platform media sosial anda. 

Berikut adalah apa yang perlu anda sertakan dalam merancang content media sosial:

  • Kekerapan content disiarkan
  • Kreatif menggunakan nada suara sama ada lucu, serius atau sebaliknya
  • Tentukan masa yang tepat untuk siarkan content 
  • Fokus pada tulisan, gambar, video atau format lain sebagai content 
  • Penggunaan hashtag, kekerapan siaran dan butiran lain
  • Elakkan content yang sensitif

3. Berinteraksi dengan pengikut media sosial

Apabila audiens mula memberi respon kepada hantaran dan content anda, jangan sombong! Pastikan anda konsisten membalas segala komen atau mesej yang dihantar dengan jawapan yang positif dan menjawab segala pertanyaan. 

Jika ada kekangan masa, pastikan ada team anda yang dipertanggungjawabkan untuk membalas semua respon yang diterima.

4. Buat video secara live!

Tips kegemaran saya adalah dengan membuat video secara ‘live’ di media sosial seperti TikTok, Instagram atau Facebook. 

Apabila anda sedang live, secara tak langsung anda sedang mencipta suasana spontan, memberikan audiens pengalaman yang lebih peribadi dan menarik. 

Anda boleh membalas soalan secara langsung, berkongsi berita penting dan kelihatan lebih autentik dengan video yang tidak diedit. 

Ini menjadikan video live sebagai salah satu cara terbaik untuk berinteraksi dengan orang ramai.

5. Tambahkan media sosial ke laman web anda

Walaupun mencipta content di platform media sosial adalah sangat berharga, namun terdapat juga beberapa kelemahan. 

Salah satu masalah dengan rangkaian media sosial adalah audiens boleh terganggu dengan content lain. Mereka mungkin meninggalkan hantaran anda dan akhirnya melupakan jenama anda. 

Dengan menambah akaun media sosial ke laman web, anda boleh memastikan audiens melihat hanya kandungan anda dan mengelakkan mereka melihat hantaran daripada pesaing.

6. Manfaatkan content buatan pengguna

Macam mana tu? Begini, pengguna sekarang gemar membeli dan membuat content media sosial tentang barangan yang dibeli. 

Mereka mungkin buat review, outfit of the day, unboxing, tutorial atau idea kreatif lain. Dengan izin mereka, anda boleh gunakan kandungan tersebut menjadi kandungan media sosial anda.

Tapi jangan lupa beri kredit kepada pemilik content agar mereka senang untuk buat lagi dan berkongsi content lain dengan anda. Ini juga boleh menunjukkan kepada audiens bahawa anda menghargai mereka dengan berkongsi content yang mereka hasilkan.

Kena ada strategi

Untuk menggunakan dan memanfaatkan media sosial dengan sebaik-baiknya, anda perlu mempunyai strategi dan alat yang betul supaya jenama anda kelihatan terbaik di mata orang lain. 

Dengan 6 tips yang kami kongsikan ini, insya-Allah berguna untuk memperkukuhkan imej jenama anda di media sosial.

Bila sudah semakin dikenali ramai, jangan lupa diri dan mula membuat content yang negatif serta lari dari apa perkara betul yang anda dah mulakan. ‘Stay humble and stay positive, people will love your brand!’

Artikel terbaru

Leave a Reply