Adakah anda gemar membeli-belah sewaktu Black Friday? Seronok bukan! Buat pengetahuan anda, Black Friday adalah salah satu hari membeli-belah yang istimewa lagi terkenal di Amerika Syarikat.
Acara ini kebiasanya berlaku pada hari Jumaat selepas Hari Thanksgiving, yang jatuh pada bulan November setiap tahun. Acara ini menandakan permulaan musim beli-belah untuk sambutan Krismas.
Pada hari Black Friday, peniaga menawarkan diskaun besar-besaran dan jualan hebat kepada pelanggan.
Ramai orang yang sememangnya menanti-nantikan hari ini untuk mendapatkan barangan dengan harga yang jauh lebih murah daripada biasa. Kedai-kedai kebiasaanya dibuka seawal pagi dan terdapat juga tawaran khas pada waktu tertentu yang menjadikan suasana beli-belah ini sangat sibuk lagi meriah.
Tradisinya, ramai pengguna akan beratur panjang di hadapan kedai-kedai untuk mendapatkan peluang membeli barangan dengan harga runtuh.
Selain daripada kedai fizikal, pembelian secara dalam talian juga menjadi semakin popular dengan laman web dan aplikasi beli-belah menyediakan promosi eksklusif untuk pelanggan dalam talian.
Walaupun Black Friday bermula di Amerika Syarikat, trend ini telah menular ke negara-negara lain di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Kini, semakin banyak peniaga tempatan yang mengadakan jualan dan diskaun pada hari tersebut untuk menarik pelanggan.
Selain Cyber Monday, Black Friday kini menjadi satu fenomena membeli-belah global yang dinantikan oleh ramai pengguna di seluruh dunia.
Sebagai usahawan, anda ada tak lakukan tawaran Black Friday bagi menarik lebih ramai lagi pelanggan?