Bisnes Viral, Sampai Bila Mampu Bertahan?

Bisnes Viral, Sampai Bila Mampu Bertahan?
Bisnes Viral, Sampai Bila Mampu Bertahan?

Viral atau tular bersifat natural, tidak dirancang, tidak dilakonkan dan tidak diada-adakan. Namun, kini terdapat banyak pengisian media sosial yang diusahakan agar viral.

Meskipun begitu, netizen kian bijak menafsir dan menilai sama ada pengisian tersebut bertujuan meraih publisiti, strategi marketing bagi melonjakkan sales atau bersifat memberi kesedaran.

Sebagai contoh, pernah tular ketika bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri duduk makan di meja makan dan di atas meja makan itu terdapat supplemen.

Supplemen tersebut telah habis licin dijual di merata farmasi di seluruh Malaysia. Kes yang sama juga terjadi dengan selipar jenama tempatan iaitu Bata yang digayakan oleh pejuang negara tersebut. Dengan hanya sekelip mata, 2 produk ini menjadi kegilaan ramai!

Bisnes viral atau bisnes trend ini juga berusia pendek dan singkat. Personaliti bisnes ini adalah bagi mencorak serta memenuhi gaya hidup dan bukannya keperluan hidup.

Tidak ada lifestyle yang bertahan lama malah paling mengecewakan tatkala usahawan membuat pinjaman bank sehingga ratusan ribu bagi membuka bisnes viral, pinjaman tak selesai lagi, tapi bisnes bungkus dulu!

Bisnes Viral, Sampai Bila Mampu Bertahan?

Jangan gusar jika anda mampu merancang dan tangkas dalam mengikuti rentak trend yang laju setiap hari.

Tahukah anda di China mereka sudah siap merancang trend sepuluh tahun ke hadapan pada hari ini? Perkembangan ekonomi negara di China pula dikatakan adalah terpantas di dunia maka tidak hairanlah mereka bertindak begitu.

Jika anda sedang menjalankan bisnes viral sekarang, anda perlu melakukan teknik itu bagi memastikan kestabilan bisnes anda. Anda juga boleh mengaplikasikan teknik retargetting.

Teknik ini adalah dengan bahasa mudahnya anda panggil semula pelanggan anda dengan cara menawarkan diskaun return customer, cabutan bertuah, contest dan lain-lain dengan syarat anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai nama dan nombor telefon mereka.

Kini di dalam arus pengaruh media sosial yang luas dan kuat, amatlah digalakkan jika anda menjual personaliti diri anda berbanding produk.

Terbukti usahawan yang muncul di khalayak dan turut menjual produk mereka lebih dikenali kerana personaliti diri lebih mahal daripada terlalu menjual produk atau servis anda. Pelanggan lebih menyukai aktiviti santai di media sosial usahawan berbanding kerap menjual produk.

Ini terbukti apabila kita melihat jutawan selebriti di media sosial ‘galak’ berkongsi perihal peribadi mereka. Tindakan itu bertujuan untuk mendapatkan engagement di mana secara tidak langsung pelanggan yang berpotensi akan kerap membuka laman sosial mereka lantas peluang itu diambil bagi mempromosikan produk mereka.

Teknik ini juga berkesan bagi mempengaruhi pelanggan agar ketagih untuk mengetahui aktiviti dan kisah hidup mereka.

Artikel terbaru

Leave a Reply