25 Bisnes Tanpa Modal Untuk Anda Mula

Bisnes Tanpa modal

Ramai yang menyangkakan, modal besar diperlukan untuk memulakan bisnes. Ini adalah tanggapan salah! Sebenarnya, ada saja bisnes tanpa modal atau dengan modal kecil. Malah bagi mereka yang nak mulakan perniagaan, elakkan mengeluarkan modal besar jika masih tidak ada pengalaman apatah lagi ilmu, sistem dan Mentor yang dapat bimbing untuk lebih cepat capai matlamat dan berjaya.

Kesilapan ramai orang di luar sana apabila semuanya nak cepat, nak buat terus yang besar, nak untung cepat, nak berkembang cepat malah kalau boleh tak nak yang ada risiko pun. Sebab itu, ada mereka yang terpengaruh hingga ‘meleburkan’ duit mereka dalam pelaburan atau bisnes yang tidak sah dalam pelbagai skim penipuan pelaburan & perniagaan.

Lagi teruk, duit yang ‘dileburkan’ merupakan duit simpanan hari tua mereka. Apa akan jadi selepas itu, ada yang terpaksa bekerja semula bagi yang sudah pada umur persaraan dan bagi anak muda duit yang disimpan untuk berkahwin atau membeli rumah dan sebagainya habis begitu saja.

Jadi, untuk mulakan bisnes sebaiknya mulakan ikutlah kemampuan anda. Lebih baik buat persediaan seperti pergi belajar kerana ilmu ini sangat-sangat penting. Tidak kira di mana pun tahap bisnes anda berada.

Tahap ilmu anda akan menentukan tahap pendapatan anda.

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Tidak ada rugi pun anda untuk menuntut ilmu yang bermanfaat. Belajar daripada guru yang telah terbukti ada results.

Selain itu, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ada berkata, mulakan apa di tangan anda. Buat apa yang anda tahu dan mahir lebih mudah berbanding benda baru. Betul tak? Nak tahu lebih lanjut anda boleh baca di sini.

Bagi anda yang mencari idea bisnes tanpa modal, kami senaraikan anda tiga kategori yang boleh anda pilih.

3 kategori bisnes tanpa modal yang boleh anda pilih.

Bisnes Perkhidmatan Dan Servis
Bisnes Bakat
Bisnes Online/Digital

Jangan takut untuk memilih mana-mana bidang yang anda rasakan sesuai. Jika anda tidak memulakan sesuatu, anda akan tetap berada di tahap yang sama. Malah, jika anda melihat pada usahawan berjaya, pasti anda menyedari bahawa mereka juga bermula secara kecilan dan melakukan pelbagai bisnes sebelum menemui bidang yang menguntungkan dan sesuai buat mereka. Jom kita lihat contoh bisnes tanpa modal untuk anda rujuk:

Bisnes Perkhidmatan Dan Servis

Terdapat banyak bisnes perkhidmatan dan servis yang boleh anda mulakan tanpa modal. Malah, bisnes ini mampu berkembang pesat dan memberi keuntungan berlipat ganda pada anda jika tahu strategi yang sesuai.

Apa yang lebih menarik ialah bisnes ini tidak semestinya memerlukan kelulusan tinggi tetapi hanya ketekunan dan minat anda. Antaranya ialah:

  1. Menjaga haiwan peliharaan
    Jika anda pencinta haiwan, tidak ada salahnya anda menawarkan khidmat menjaga haiwan peliharaan. Kami beri contoh kucing. Tawarkan khidmat menjaga haiwan comel ini bagi pemilik yang selalu sibuk dan selalu keluar daerah. Jika anda tidak mempunyai modal langsung, anda boleh meletakkan kos makanan dan kebersihan ditanggung oleh pemiliknya.
  2. Cat rumah
    Tidak semestinya anda perlu menjadi pakar hiasan dalaman untuk menceburi bidang ini. Adakalanya, pemilik rumah hanya mahu sedikit sentuhan warna baru di kediaman mereka. Tawarkan khidmat ini dan dapatkan komisen dari tenaga yang anda curahkan. Jangan lupa meminta deposit sebagai langkah permulaan untuk mengelakkan anda mengeluarkan modal sendiri.
  3. Potong rumput
    Sebenarnya, servis ini sangat diperlukan dan mendapat permintaan tinggi. Sayangnya, ianya jarang diceburi anak tempatan. Sebenarnya, servis ini menguntungkan jika anda mendapat kepercayaan ramai pelanggan. Mana tahu dengan bermula dari diri anda, anda mampu mengembangkan bisnes menjadi sebuah syarikat yang menggaji lebih ramai pemotong rumput suatu hari nanti.
  4. Perancang majlis / event planner
    Jika anda seorang yang kreatif, anda boleh memulakan bisnes ini. Kami tidak maksudkan anda menawarkan servis untuk merancang majlis yang besar. Sebenarnya anda boleh melakukan servis ini untuk majlis kecil yang modalnya dalam bentuk upah oleh pelanggan anda. Sekarang, event planner mendapat permintaan yang tinggi untuk membuat kejutan pada yang tersayang. Anda boleh menawarkan khidmat dekorasi kecil meja makan atau mana-mana lokasi ringkas yang dipilih mengikut bajet pelanggan anda sendiri. Mudah, kan?
  5. Penjaga orang tua
    Tidak semua anak-anak memilih untuk menghantar orang tua mereka ke Rumah Penjagaan tetapi tuntutan kerja dan tanggungjawab lain memaksa segelintir untuk terpaksa berbuat demikian. Jika anda seorang yang ingin berkhidmat pada orang lain, apa salahnya anda menceburi bidang ini? Tawarkan kelainan di mana anda hanya menjaga mengikut jam yang diminta. Dengan itu, anda boleh merancang dan tidak perlu terikat pada seorang pelanggan.
  6. Cuci kereta
    Sebenarnya, anda boleh tawarkan khidmat ini tanpa modal dan tanpa tapak atau bengkel sekalipun. Jika anda mempunyai peralatan terhad, tawarkan khidmat cuci kereta yang asas dulu sebelum bisnes anda berkembang kelak.
  7. Petukangan
    Sebarkan khidmat anda ini di kawasan anda dahulu jika anda pandai bertukang atau membaiki perabot.
  8. Pembersihan rumah
    Bagi anda yang tinggal di bandar-bandar besar, anda boleh menawarkan khidmat ini di mana anda boleh pergi ke rumah dan membersihkan rumah pelanggan anda.
  9. Khidmat pindah rumah
    Tidak semua orang mampu menguruskan barang mereka untuk berpindah rumah. Tawarkan khidmat ini bagi mereka yang ingin mengurus dan mengemas barang mereka secara teratur. Terhadkan pada menguruskan dan menyusun barang ke dalam kotak dahulu sebelum anda mampu menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan mengangkat barang kelak.
  10. Ejen perlesenan
    Tidak semua orang tahu dan ada masa untuk menguruskan lesen dan memperbaharui lesen mereka. Anda boleh menawarkan khidmat ini berdasarkan komisen yang mereka berikan.

Bisnes Bakat

Jika anda seorang yang berbakat, apa salahnya anda menjadikan bakat anda sebagai punca pendapatan? Malah, bisnes ini juga boleh dilakukan tanpa modal langsung.

  1. Penulis sampingan
    Anda berbakat menulis? Ambil upah untuk menulis buku secara digital atau konvensional
  2. Jurulatih Peribadi
    Jika anda seorang mahir bersukan, anda boleh tawarkan khidmat ini pada mereka yang memerlukan kemahiran dan bakat anda
  3. Pendidik
    Bidang ini khas buat anda yang ada kelulusan dalam pelajaran. Ramai pelajar di luar sana memerlukan bimbingan tambahan jadi apa kata anda tawarkan khidmat ini pada mereka.
  4. Ajar Musik
    Anda pandai bermain alat muzik. Ini pun boleh jadi sumber pendapatan tanpa modal. Hanya guna kemahiran dan pakat sudah memadai.
  5. Tukang masak
    Tukang masak bukan satu pekerjaan semata-mata. Jika anda mahir pelbagai resepi, kenapa tidak tawarkan khidmat ini? Lebih-lebih lagi jika anda pakar pola pemakanan sihat atau untuk ibu dalam pantang. Anda boleh memberi servis tambahan tersebut sekaligus menambah keuntungan untuk anda.
  6. Servis jahitan atau sulaman
    Jika anda atau keluarga anda sudah ada peralatan menjahit, tidak salahnya anda menawarkan khidmat ini. Sudah pasti ianya menjadi tanpa modal dan hanya memerlukan kesungguhan anda, bukan?
  7. Solekan
    Alat solek pastinya menjadi keperluan bagi kaum wanita. Jika anda ada peralatan lengkap, apa salahnya pelaburan untuk diri sendiri ini menjadi asas untuk bisnes tanpa modal buat anda?
  8. Jurugambar
    Sekarang, nak menjadi jurugambar tak memerlukan kamera ribuan ringgit. Jika anda berbakat mengambil gambar dengan telefon pintar, hasilnya pasti sama dengan kamera tersebut. Jadi beranikan diri untuk tawar perkhidmatan ini.
  9. Kelas senaman
    Tidak semestinya anda memerlukan studio untuk kelas senaman. Sebenarnya, anda boleh anjurkan kelas di rumah atau di taman-taman rekreasi. Contohnya, kelas yoga.
  10. Guru lukisan
    Anda pandai melukis? Apa kata anda serap bakat anda pada mereka yang ingin belajar melukis? Ilmu anda itu pasti akan mempunyai legasi dan anda juga mendapat sumber pendapatan baru.

Bisnes Online / Digital

Hampir semua bisnes online sebenarnya tanpa modal atau modal yang sedikit. Namun, seperti bisnes lain, anda perlu bijak merancang supaya masa yang anda peruntukkan tidak sia-sia.

  1. Dropship
    • Pastinya kebanyakan kita tahu dan selalu terlihat peluang menyertai dropship sesebuah bisnes di luar sana. Sistem dropship ini memberikan orang ramai memulakan bisnes dengan menjual produk orang lain.
    • Ada bisnes yang menawarkan dropship mereka dengan caj penyertaan yang sangat rendah malah ada juga tanpa sebarang caj pun – percuma.
    • Hal ini memberikan situasi menang-menang kepada dropshipper atau pemesan hantar di mana mereka umpama ada bisnes sendiri dan boleh mendapatkan komisen daripada jualan produk dibuat dengan kadar komisen yang ditetapkan manakala pemilik atau stokis bisnes dapat memasarkan dan menjual produk dengan lebih pantas.
    • Sebagai dropshipper. Anda perlulah rajin membuat marketing produk itu untuk menjualnya. Sistem sokongan daripada bisnes yang baik diperlukan bagi memudahkan dropshipper dapat menawarkan produk itu di tempat atau circle mereka.
    • Selain itu, ada bisnes yang menetapkan indeks kayu pengukur (KPI) atau syarat minimum jualan bagi dapat memastikan dan mendorong dropshipper melakukan jualan setiap bulan dan sebagainya.
  2. Program Affiliate
    • Program affiliate ini boleh dikatakan hampir sama dengan dropship. Cuma bezanya anda hanya menjadi orang tengah dan tak perlu close jualan kepada pelanggan. Hal ini kerana closing dan presentation lengkap akan dibuat pemilik melalui laman web khas yang disediakan.
    • Hanya perlu membawa bakal pelanggan ke laman web khas disediakan itu melalui link affiliate anda. Sekiranya bakal pelanggan itu membuat pembelian, maka komisen anda akan dikira dan kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank.
    • Mudahkan program affiliate ini? Tapi ada juga cabarannya – bagaimana anda nak meyakinkan orang lain untuk pergi ke laman web itu dengan klik pada link yang anda sediakan. Anda kena tahu macam mana nak memberikan pengenalan yang sangat berimpak untuk buatkan orang nak klik pada link affiliate itu.
    • Produk-produk yang biasa digunakan untuk program affiliate ini seperti eBook, tempahaan penginapan, pembelajaran video, tiket seminar dan sebagainya. Terdapat juga bagi produk fizikal yang menggunakan program affiliate seperti platform terkenal, Amazon.
  3. Tulis eBook
    • Bagi mereka yang ada kepakaran dan ilmu tertentu, bolehlah cuba untuk menulis eBook. Ia sangat mudah untuk dimulakan sebab ia kepakaran anda sendiri dengan hanya memerlukan sebuah laptop.
    • Cuma anda perlu tahu macam mana nak menterjemahkannya dalam penulisan dan bagaimana ‘design’ dalam eBook itu bagi menarik pembaca.
    • Apa saja perkara yang bermanfaat kepada orang ramai boleh anda bukukan dalam eBook dan boleh dijual.
    • Selain itu, eBook ini juga boleh menjadi ‘kad nama’ anda yang menunjukkan bahawa anda seorang yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam perkara yang ditulis itu. Apatah lagi jika penulisan anda itu telah memberikan manfaat kepada orang ramai dan mendapatkan feedback yang baik. Maka keyakinan orang terhadap anda dalam perkara itu lebih tinggi dan akan memudahkan produk atau perkhidmatan ditawarkan di masa akan datang.
  4. Khidmat Digital Dan Marketing
    • Jika anda pakar dalam bidang digital, anda boleh menawarkan khidmat ini. Digital marketing adalah luas termasuk copywriting, Seo dan reka bentuk website sendiri
    • Dengan menjanjikan kepakaran anda, anda mampu mendekati organisasi atau individu yang memerlukan khidmat ini terutama dalam bidang pemasaran
  5. Kaunseling Dan Motivasi
    • Bisnes ini menjadi pilihan popular di online apabila ramai yang memerlukan bimbingan tanpa perlu bersua
    • Tawarkan khidmat ini dengan mengadakan kelas bimbingan secara maya dan juga secara peribadi jika anda memang seorang yang mempunyai pengalaman dan aura untuk memberi kaunseling dan motivasi yang betul
    • Namun, kami ingin ingatkan anda bahawa sebagai kaunseling dan motivator, anda juga perlu mempunyai guru atau mentor supaya bimbingan anda memberi kesan positif yang baik untuk mereka yang mengikuti anda di platform online.

Jika anda mahukan lebih banyak idea untuk bisnes online, anda boleh merujuk pada artikel 50 idea bisnes online yang boleh anda lakukan.

Macam mana, okay tak? Jangan biarkan modal menjadi halangan untuk anda berniaga. Sebenarnya banyak lagi bisnes yang boleh anda mulakan seperti menjadi ejen-ejen produk atau perkhidmatan i.e. takaful, insurans, unit amanah, penapis air & udara dan banyak lagi. Semua ini boleh dijalankan dengan modal yang kecil bagi mendapatkan lesen tertentu dan sebagainya malah ada yang tanpa modal saja. Malah ia boleh dijalankan bukan hanya sepenuh masa tapi secara part-time pun boleh.

Pulangan ditawarkan adalah lumayan bergantung kepada usaha dan tindakan anda dalam sales & marketing dengan sokongan pihak syarikat dari segi ilmu dan bahan produk/perkhidmatan. Anda tak perlu memikirkan pembangunan produk, bekalan dan promosi sebab pihak syarikat yang akan buat semuanya.

Di sini anda boleh belajar dan mendapatkan pengalaman dalam menjalankan bisnes yang boleh digunakan dalam bisnes anda sendiri di masa akan datang jika anda mahu.

Bahkan jika bisnes-bisnes ini dijalankan dengan adanya tambahan ilmu, sistem dan Mentor yang terbukti berjaya, kami percaya anda boleh pergi jauh hingga ke tahap lebih tinggi. Buktinya sudah ada dengan results yang diperolehi lebih 13 tahun pengalaman RichWorks melatih dan membimbing orang ramai dalam keusahawanan dari kosong hingga menjadi jutawan.

Artikel terbaru

8 Comments

  • Aisyah

    As salam doc slmt pg..sy ingin mnjd dropship ,tp sy segan dan malu utk memulakan sesuatu perkara itu.bagaimana yg harus sy lakukan ya doc.tq

  • Lucy

    Terima kasih banyak. Artikel ini banyak membantu membuka minda saya demi mencari idea perniagaan yang hendk diceburi… Saya masih bekerja sepenuh masa sebagai pensyarah di IPG namu berhasrat untuk memilih untuk bersara awal pada bulan Julai 2023.

    Saya sangat berharap akan mendapat bimbingan sepenuhnya dari Richwork sebagai persediaan saya untuk menceburi bidang keusahawanan.

    Tolong bimbing saya.

    Terima kasih

    Dr. Lucy Gawis (PhD)

  • Saya dah berusia tetapi masih ingin nak jalankan perniagaan seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Masalah saya banyak tools yang saya tak tau guna, seperti website, canva, fb ads, tik tok dan banyak lagi. Macam mana saya nak atasinya. Saya belajar berterusan tapi entahlah. Lagi banyak belajar lagi jem. Tapi saya tak putus asa. Apa yang terbaik pastut saya buat?

    • Team RichWorks

      Hai Tuan Zakaria! Kami ada tips untuk Tuan mendalami ilmu strategi dan marketing business. Tuan boleh hubungi talian 0192442244

  • Nazrulhisham

    Tuan Dr,sy perlukan khidmat nasihat untuk memilih jenis bisnes selepas saya bersara tahun dpn

  • Ruzaimidahalan

    Assalammualaikum Dr, Saya ingin melakukan perniagaan atau kerja sampingan yang boleh membantu masalah kewangan keluarga yang agak merudum selepas anak saya yang ketiga mengelami masalah jantung..agak sukar dan terhad untuk mencari kerja yang sesuai utk keadaan kesihatan anak yang perlu perjagaan yang lebih teliti dan rapi sambil berkerja yang tetap..apakah jenis perniagaan atau kerja yang sesuai untuk saya lakukan pada sama boleh membantu menjaga anak2 saya dirumah? Dan dapat melakukan kerja membantu masalah kewangan keluarga

    • Team RichWorks

      Waalaikumussalam. Terima kasih atas perkongsian dan persoalan. Sekadar pendapat, kami kongsikan di posting ini berkenaan 25 Bisnes Tanpa Modal Untuk Anda Mula. Anda boleh memilih bisnes yang bersesuaian dengan kemampuan dan lakukan tindakan segera untuk dapatkan hasil yang segera. Selain itu, jom tonton Megalive Pasca Raya pada 5 Mei 2023 jam 9pm ini di Facebook Page Azizan Osman Official. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply