Membeli-belah secara atas talian bukan sesuatu yang asing dewasa ini.
Ramai bangsa usahawan yang berjaya hari memulakan perniagaan mereka secara atas talian.
Ekoran trend ini, permintaan untuk penghantaran kurier digital semakin meningkat.
Sehinggakan perkhidmatan ini memerlukan lebih banyak tenaga buruh untuk menguruskan setiap pesanan yang masuk dan penghantaran kepada pembeli.
Permintaan untuk perkhidmatan kurier yang lebih cepat dan cekap sentiasa menjadi pilihan.
Jika anda, nak mulakan bisnes servis kurier, berikut adalah tiga jenis penyelesaian yang disarankan untuk memastikan ia menjadi pilihan orang ramai.
3 Penyelesaian Servis Kurier Untuk Anda:
1. Saluran pesanan kurier digital
Sebut tentang pesanan, pembeli tidak gemarkan proses tempahan yang sukar.
Borang pesanan mesti ringkas dan mudah diisi, tetapi pengusaha juga harus mempunyai individu untuk menguruskan data dan memuat naik sambungan pelayar e-Commerce atau e-Dagang kepada laman web.
Penting untuk menyediakan cara mudah dan ringkas bagi pembayaran seperti perkhidmatan bank atas talian, FPX. kad kredit atau debit, pindahan wang atas talian, e-dompet, auto debit, dan pembayaran tunai semasa penghantaran.
Terdapat servis nilai tambah lain seperti sistem rujukan, e-mel automatik, SMS dan paparan notifikasi, modifikasi penjenamaan, strategi pemasaran semula serta servis insuran boleh menambahkan nilai yang bagus untuk perusahaan anda jika dilakukan dengan betul.
2. Pasukan penghantar dan pengurusan
Bagi memastikan penghantaran yang sempurna dari gudang ke pintu rumah pembeli, pastikan pasukan kurier dan penghantaran dilakukan pada tahap kecekapan yang efisien.
Salah satu cara untuk memastikan semua ini dilakukan dengan baik adalah dengan mempunyai pemandu yang cekap dan penghantar kurier (motosikal) yang mempunyai fleksibiliti untuk memenuhi permintaan yang mencabar.
Pandangan masa sebenar (real-time insights) mengenai penghantaran juga adalah salah satu langkah bijak untuk memastikan pengalaman penghantaran yang lancar.
Analisis untuk setiap bungkusan, pengesanan individu, skor kepuasan pelanggan, notifikasi, notifikasi penghantaran segara yang boleh dimodifikasi dengan tawaran, serta penggunakan sistem geokoding maju yang meningkatkan kecekapan dan kepuasan pembeli.
3. Penghantaran lancar
Sebagai peniaga, mencari servis penghantaran yang sempurna dan mampu memuaskan hati setiap pelanggan adalah kunci untuk sesebuah perusahaan yang berjaya.
Servis kurier mesti mengambil kelebihan terhadap teknologi baharu untuk menepati kehendak pelanggan dan juga untuk kekal kompetitif.
1 Comment
3 Learning point :
1.Saluran pesanan kurier digital
2.Pasukan penghantar dan pengurusan
3.Penghantaran lancar