Bisnes Macam Main Game?

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Bisnes macam main game?

Petik dari kata-kata MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, buat bisnes ni macam game, ‘understand the game’. Bila difikirkan balik, memang betul! Lagi tepat untuk orang yang sudah ada bisnes, dan nak kembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Cuba bayangkan anda main game, mesti ada level yang berbeza. Pada setiap level tu jugalah ada dugaan dan cabaran yang tersendiri. Makin tinggi level, makin mencabar game tu akan bawa anda. Betul tak? Bisnes pun macam tu juga. 

Bisnes Ni Sama Macam Main ‘Game’…Adakah Anda Faham ‘Game’ Anda?

Bisnes Macam Main Game

Sebagai seorang usahawan, kena selalu fokus dalam ‘game’ ni. Sekali je hilang fokus, terus tak faham dengan bisnes sendiri. Bahayakan macam itu? Fokus ini termasuklah dari segi leadership, kembangkan team dengan train dan pilih key leaders sebagai ‘future leader’.

Bermula dari sekarang, founder atau usahawan seperti anda kena pilih game apa yang anda nak main. Sebab, kita tak mampu berlatih dan main untuk jadi semua benda. Sebab tulah bila nak berkembang anda kena ada lebih ramai orang.

Katakanlah anda nak capai RM1 juta pertama atau lebih daripada tu, sudah tentu anda kena main game yang berbeza. Bukan apa, nak capai RM1 juta tak sama macam nak capai RM1,000 atau RM10,000.

Cuba fikirkan semula, adakah anda nak main game di tahap yang sama atau nak naik level yang lebih tinggi supaya bisnes anda dapat berkembang?

Tanya diri sendiri ya…

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Etika Jawab Panggilan Telefon

Etika Jawab Panggilan Telefon

Trend perniagaan pada hari ini lebih menggunakan medium laman sosial untuk mengendalikan urusan jual beli kerana ia lebih jelas dan butiran yang di sampaikan adalah

Tips Untuk Anda Ditemu Bual

Tips Untuk Anda Ditemu Bual

Sama ada anda dijemput untuk sesi Bual Bicara, ditemu bual atau anda sendiri mengelolakan rancangan Bual Bicara mahupun Live anda sendiri, ianya adalah bagus untuk