Bina Pengaruh di Tempat Kerja Dengan 5 Cara Ini

Bina Pengaruh di Tempat Kerja Dengan 5 Cara Ini

Tugas majikan di pejabat hanya beri arahan kepada staf, betul ke? Salah! Jangan ingat sebagai bos, anda dah tak perlu nak buat apa-apa. Kalau tiba-tiba staf berhenti 24 jam, siapa yang nak buat semua kerja-kerja yang ditinggalkan? Melainkan syarikat anda besar dan mempunyai ramai pekerja yang perlu mengikut arahan.

Jadi majikan bukan sekadar memberi arahan, tapi perlu tahu bagaimana mempengaruhi staf untuk bekerja dengan efisien. Membina hubungan dengan mereka tak meletakkan diri anda rendah namun ianya penting untuk membina persekitaran yang produktif dan rangkaian profesional. 

Mempengaruhi staf di tempat kerja

Terdapat beberapa cara berkesan untuk cipta hubungan dengan staf di tempat kerja untuk membina hubungan yang kukuh.

1. Menghargai kerja mereka

2. Berikan maklum balas positif, galakan dan sokongan

3. Komunikasi yang konsisten dan jujur

4. Luangkan masa untuk perbualan yang berkualiti

Menjalinkan hubungan baik dengan staf sering menjadikan kerja berpasukan lebih mudah dan boleh meningkatkan produktiviti anda. Ia juga boleh meningkatkan kualiti kerja anda dengan sokongan dari staf yang hebat.

Bina pengaruh di tempat kerja dengan perhubungan

Bina hubungan di antara majikan dan staf untuk mempengaruhi staf bekerja dengan lebih baik dan bersemangat, bukan bererti membina perhubungan cinta ya. Pastikan ada batasan di tempat kerja, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah berumah-tangga.

1. Rendah diri dan akui kesilapan

Sesetengah bos suka meletakkan kesilapan sendiri pada staf. Ini membuatkan mereka berasa tidak senang untuk setia dengan anda dan mempengaruhi mereka untuk berfikiran negatif tentang anda. Jadilah orang yang bertanggungjawab. 

Contohnya kempen di bawah pimpinan anda, bila tak berjaya cari tahu di mana silapnya dan bukan salahkan mereka.

2. Kata-kata yang produktif

Cakap lepas hanya akan menyakiti hati orang lain, belajar untuk perbincangan yang baik dan saling menghormati. Apabila timbul konflik atau perselisihan faham, bersikap terbuka untuk beri idea daripada pelbagai perspektif dan bukannya mensasarkan satu idea untuk menang atas idea lain. 

Walaupun pendapat anda mungkin berbeza tentang penyelesaian sesuatu masalah, selesaikan dengan aman dan ingat bahawa semua orang sedang cuba menyelesaikan masalah yang sama. Berikan kata-kata yang penuh semangat dan positif agar staf lebih produktif.

3. Berikan pujian

Tak salah berikan pujian atas pencapaian dan kejayaan staf anda kerana ini menunjukkan anda sangat menghargai kerja keras serta mengambil berat tentang mereka. Maklum balas yang berguna dan membina adalah penting di tempat kerja dengan tujuan menjadi lebih positif. 

Apabila perlu mengkritik, gunakan perkataan yang betul. Strategi ini boleh membantu anda melihat staf sebagai rakan sepasukan yang kejayaannya adalah kejayaan anda. Pastikan pujian anda ikhlas dan elakkan menggunakan perkataan yang sarcastic. 

Selain memuji pencapaian besar, anda juga boleh menghargai perkara kecil yang dilakukan oleh staf anda. Memuji staf anda boleh membawa lebih positif kepada perspektif anda dan meningkatkan cara orang lain melihat anda.

4. Kenali staf anda

Dengan mengenali staf, lebih mudah untuk anda mengekspresikan betapa anda mengambil berat tentang  mereka. Bukan nak menyibuk hal peribadi staf, tapi untuk membina perhubungan yang lebih rapat dan mesra. 

Anda boleh kekal profesional sambil mengenali staf secara peribadi seperti ambil tahu tentang keluarga, hobi dan aspirasi kerjaya mereka. Dengan maklumat peribadi ini, anda boleh terus menunjukkan minat dengan mengingati dan memberi ucapan selamat untuk hari penting mereka seperti ulang tahun kelahiran, dapat anak, pindah rumah dan sebagainya. 

Keprihatinan anda boleh membantu anda berhubung secara lebih peribadi dengan staf anda dan mengukuhkan hubungan tersebut di dalam dan di luar tempat kerja.

5. Melibatkan diri dalam aktiviti syarikat

Melibatkan diri dalam aktiviti syarikat boleh membina persekitaran kerja yang positif dan mengeratkan hubungan dengan staf. 

Pertimbangkan untuk mengadakan team building atau percutian bersama tanpa gangguan kerja untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Atau anda juga boleh jemput mereka untuk jamuan makan. 

Bina hubungan untuk bina bisnes berjaya

Ramai orang ingat, hubungan antara majikan dan pekerja perlu ada batasan. Ya, betul! Tapi itu tak bererti anda perlu letakkan jurang yang terlalu jauh. Mengeratkan perhubungan boleh membawa kepada kerjasama yang lebih baik di tempat kerja. Kejayaan bisnes anda adalah usaha bersama staf anda.

Artikel terbaru

1 Comment

  • Learning Point
    1.. Ambil berat kebaikkan staff
    2.Bile staff kslpn, tegur dgn cara
    berhemah. Buat bantu kerja dia
    same2 Jika ada masa. Tu yg sy buat
    dgn staff.
    3.Bertolah ansur Dan
    sentiasa jaga mnjaga hubungan dgn staff. Beri pujian Dan ambil idea jug.. Sllu ucap t kaseh pd staff

Leave a Reply