Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas – Your First Million Summit. RichWorks Bakal Taja 10 Usahawan Ikuti Program Mentoring Bernilai RM250,000

RichWorks International Sdn Bhd sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan telah pun melancarkan program Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Your First Million Summit semalam.

Pelancaran mega ini juga mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik, portal berita dan blog. Agensi berita, Bernama, Astro Awani, TV3, TV9, Sinar Harian, The Star, The Edge Market, The Sun Daily, Bebas News, Siakap Keli, Oh Bulan, IBS Focus, Says Seismik, Hot FM, Kool FM, Zulyusmar, dan KLSE Screener.

Your First Million Summit ini bakal berlangsung pada 26-28 Februari ini dengan membawa usahawan jutawan yang telah berjaya capai sales 1 juta pertama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac 2020 hingga hari ini.

RichWorks akan bawakan kepada anda Real People, Real Business, Real Results dengan bagaimana mereka dapat kembali bangkit dan menyaksikan peningkatan sewaktu PKP.

1.8 juta usahawan mahu dilatih 2021

Pada 2021, RichWorks menyasarkan untuk melatih dan membimbing lebih 1.8 juta usahawan melalui platform Bina Bisnes Berjaya. Selain itu, setiap minggu hari Sabtu pada Februari hingga Mac, akan dibawakan Seminar Virtual Online Bina Bisnes Berjaya.

Timbalan Naib Presiden Kanan, Richworks International Sdn Bhd, Radz Mohd berkata, jumlah itu disasarkan bagi membantu peniaga atau usahawan yang ingin belajar dan mendalami ilmu perniagaan dalam tempoh mencabar ini.

Jelasnya, seminar itu menyediakan usahawan dengan ilmu, latihan dan bimbingan untuk bangkit mengatasi impak Covid-19 dan pada masa sama membina bisnes yang berjaya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Matlamat utama kami adalah untuk memupuk semangat keusahawanan dan menggalakkan daya kemampuan perniagaan. Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk membantu mendorong ekonomi dan memastikan pembangunan sosio ekonomi inklusif dan bermakna.

“Maka kerana itulah tema Seminar Bina Bisnes Berjaya ini berpaksikan pada kebangkitan perniagaan pasca Covid-19,” katanya lagi.

Tajaan 10 usahawan bertuah

Sementara itu, Richworks juga akan memberi tajaan bimbingan perniagaan -Mentorship kepada 10 usahawan bertuah untuk dilahirkan menjadi jutawan dalam tempoh 6 bulan ke 1 tahun.

Radz memberitahu, tajaan selama setahun itu membabitkan jumlah tajaan berjumlah RM250,000 dengan syarat usahawan itu perlu memiliki perniagaan sendiri, kedua jualan sebulan sekurang-kurangnya RM30,000 dan beberapa syarat lain lagi.

Pemohon hanya perlu menghantarkan tulisan tentang cita-cita perniagaan dan aspirasi mereka untuk capai RM1 juta pertama dan pemohon yang terpilih akan ditemu ramah oleh pihak RichWorks.

Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Your First Million Summit

Untuk kesemua program di atas, Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Your First Million Summit bangsa usahawan boleh mendaftar melalui laman web www.BinaBisnesBerjaya.com.

Artikel terbaru

Leave a Reply