Beza Ilmu Google Dengan Berguru

Saya mulakan topik minggu ini dengan kenyataan di atas, bahawa ilmu Google atau melalui pembacaan buku dan sebagainya tidak membuatkan ramai usahawan berjaya.

Namun pembacaan daripada dua sumber itu tidak dinafikan dapat membantu usahawan, bergantung kepada tahap kefahaman mereka.

Kebelakangan ini, saya perasaan terdapat segelintir yang mula menyebarkan ‘dakyah’ bahawa untuk berjaya dalam bisnes tak perlu pun belajar dan dapatkan bimbingan guru, cikgu, coach atau mentor.

Saya nak jawab dengan soalan ini, jika ilmu di Google sudah bagus, pasti banyak bangsa usahawan berjaya dan capai jualan jutaan ringgit setahun.

Namun adakah ianya berlaku ketika ini? Adakah ramai usahawan di luar sana yang capai jualan jutaan ringgit tanpa bimbingan seseorang???

Realitinya tidak… Memang betul ada saja orang yang berjaya atas usaha mereka sendirian namun ia akan mengambil masa yang lebih panjang, memakan tenaga untuk try and error.

Berlainan dengan usahawan yang mendapatkan ilmu dan bimbingan mentor. Mereka boleh dikatakan mendapat jalan pintas untuk capai sasaran.

Saya selalu beri contoh aplikasi Waze, yang mana kita meletakkan destinasi untuk dituju sebelum ia menunjukkan mana jalan lebih dekat dan ambil masa lebih pantas.

Begitulah juga seorang mentor, berdasarkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi dalam perniagaan iaitu syarikat pemasaran saya pada 2001 dan membimbing usahawan dari pelbagai industri sejak 2008 lagi.

Alhamdulillah, saya dapat kenal dan tahu bagaimana sesebuah bisnes atau usahawan itu mampu berjaya, malah memiliki formula dan strategi yang proven success.

Ia terbukti sudah melahirkan ramai usahawan jutawan dan mentransformasi bukan saja bisnes, malah kehidupan mereka dan pasukan. Pastinya untuk pergi belajar, anda mahu mentor yang ada bukti dan hasilnya.

Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing.

Bagi RichWorks, kami tak menjamin seseorang usahawan itu boleh 100 peratus capai kejayaan kecuali dia sendiri turut komited dalam merealisasikannya. Ikuti latihan dan bimbingan kami dengan komitmen tinggi.

Itulah antara kunci yang saya lihat sepanjang membimbing usahawan. Kebanyakan mereka trust the process, ikuti panduan dan nasihat diberikan.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Beza Ilmu Google Dengan Berguru” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Leave a Reply