Berapa Banyak Jumlah Pendapatan YouTuber Sebulan? Ini Jawapannya

Berapa Banyak Jumlah Pendapatan YouTuber Sebulan? Ini Jawapannya

Salah satu cara utama YouTuber mendapat bayaran ialah melalui YouTube Partner Program (YPP), yang membayar pencipta kandungan sebahagian daripada hasil iklan yang diperoleh daripada video mereka.

Pempengaruh boleh memperoleh 55% daripada hasil iklan video jika mereka menyertai YPP. Bagi melayakkan diri menyertai program itu, mereka mesti telah mengumpulkan 1,000 pelanggan dan 4,000 jam masa tontonan dari video berdurasi mereka.

Sebagai sebahagian daripada YPP, pencipta juga boleh memperoleh wang melalui langganan dan keahlian saluran.

Mulai tahun depan, pencipta kandungan pendek yang mempunyai 1,000 pelanggan dan 10 juta tontonan dalam masa 90 hari juga akan dapat memperoleh bahagian hasil iklan daripada Shorts.

YouTuber dibayar setiap bulan oleh platform tersebut. Mereka diberi anggaran pendapatan dalam tempoh sebulan dan kemudian pada permulaan bulan berikutnya, gaji mereka dimuktamadkan dan dimasukkan ke baki mereka.

Tak Sangka Dibayar Sebanyak Ini

Beberapa faktor menentukan jumlah pendapatan pencipta daripada hasil iklan, termasuklah bilangan tontonan video dan topik kandungan mereka.

Niche kandungan tertentu seperti kewangan peribadi adalah berharga kepada pengiklan yang melihat khalayak tersebut sebagai pelanggan yang menarik.

“Ia pasti mempunyai lebih banyak potensi daripada yang saya jangkakan kerana saya tidak menyangka YouTube akan hingga ke tahap ini,” kata Nate O’Brien, yang membuat video tentang kewangan peribadi, pelaburan dan keusahawanan.

“Saya fikir mungkin hadnya ialah 100,000 pelanggan untuk YouTuber kewangan,” jelasnya.

O’Brien mendapat bayaran sebanyak $54,600 sebulan pada tahun lepas.

Kurang Iklan, Kurang Pendapatan

Sementara itu, pencipta kandungan ASMR kurang menjana pendapatan berbanding yang lain kerana mereka selalunya tidak mahu video mereka diganggu dengan iklan di pertengahan tayangan.

“Salah satu kelemahan menjadi pencipta kandungan ASMR ialah anda hanya boleh meletakkan iklan pada permulaannya sahaja jika anda tidak mahu mengganggu penonton anda,” ujar pencipta kandungan ASMR, Sarah Lavender, yang menerima bayaran sebanyak $6,113 dalam sebulan pada tahun lepas kepada Insider.

YouTuber sering menambah pendapatan mereka daripada iklan dengan beberapa aliran pendapatan lain seperti barangan dan kandungan yang ditaja. Ramai daripada mereka juga sering menyiarkan pada platform media sosial yang lain.

Kelly Anne Smith, pencipta kandungan kewangan peribadi mempunyai lapan aliran pendapatan termasuklah menjual kursus dalam talian dan bimbingan kewangan.

Dia juga mempunyai akaun Patreon dan menjana wang daripada program bonus Instagram. Namun begitu, YouTube adalah sumber tunai terbesarnya.

“Saya tahu dari awal bahawa anda boleh menjana wang daripada YouTube,” katanya. “Tetapi saya tidak pernah terfikir bahawa ia akan berubah menjadi seperti hari ini dan apa yang boleh saya lakukan sekarang.”

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply