Belajar Jadi Pemimpin Dulu Sebelum Memimpin! Ini 6 Caranya

Belajar Jadi Pemimpin Dulu Sebelum Memimpin! Ini 6 Caranya

Ramai orang yang idamkan jawatan sebagai pemimpin tapi tak tahu bagaimana nak laksanakannya.

Ada yang menjadi terlalu tegas sehingga orang melarikan diri manakala ada pula yang penuh dengan sifat empati hingga orang lain mengambil kesempatan ke atas dirinya pula.

Hmm, macam mana nak buat ni?

Belajar memimpin diri sendiri dahulu

Sebenarnya, pemimpin terbaik memimpin diri sendiri sebelum memimpin orang lain. Apa maknanya? Pastikan anda benar-benar memahami kekuatan dan peluang anda dan tahu bagaimana orang lain melihat.

Ambil langkah untuk mempertimbangkan perkara yang mendorong anda dan jenis nilai yang anda ingin berikan kepada orang lain.

Meningkatkan kesedaran diri dengan cara ini boleh menjadikan perjalanan sepanjang hayat yang membantu anda memimpin orang lain dengan kaedah paling berkesan.

Dapatkan maklum balas

Dapatkan maklum balas daripada pelbagai sumber termasuklah daripada ‘atas, bawah dan seberang’. Pemimpin pasukan yang hebat bukan sahaja berkongsi maklum balas dengan pasukan mereka malah meminta dan menerima maklum balas daripada banyak sumber.

Mereka berusaha untuk memahami bagaimana mereka mampu memberi kesan kepada orang lain. Untuk memaksimumkan maklum balas, pemimpin harus menjemput orang lain untuk memberitahu mereka apabila perkara betul dan silap yang boleh diperbaiki.

Bersikap terbuka kepada idea baharu

Pemimpin memainkan peranan penting dalam menggalakkan pasukan mereka untuk berkongsi fikiran dan pendapat yang dimiliki. Kekal terbuka kepada idea baharu bagi menggalakkan inovasi dan bukannya membiarkan pasukan kekal terperangkap dalam corak kerja lama.

Tolak diri anda keluar dari luar zon selesa

Apabila kita terlalu selesa, kita tidak akan belajar. Apabila pemimpin mendorong diri mereka untuk mengambil risiko, mereka menunjukkan contoh positif buat pasukan dan memberi mereka keberanian untuk melakukan perkara yang sama.

Jika anda gagal, jangan takut untuk mengakuinya. Kongsi apa yang telah dipelajari daripada kegagalan tersebut kepada pasukan dan nyatakan bahawa ia langsung tidak menghalang anda daripada mencuba perkara baharu di masa hadapan.

Beri perhatian kepada dinamik pasukan

Kita akan mudah larut dalam tugasan harian, namun sebagai ketua kumpulan anda perlulah masa untuk memeriksa dinamik pasukan. Tanya diri anda, “bagaimana pasukan beroperasi? Apakah perkara berfungsi dengan baik dan bagaimanakah penerimaan pasukan bila dicabar?”

Luangkan masa dengan mereka untuk membina hubungan yang lebih kukuh dan uruskan konflik yang timbul sebelum ia berkembang menjadi isu yang lebih besar.

Ukur prestasi pasukan anda dari pelbagai aspek

Pasukan berprestasi tinggi mendapat keputusan yang lebih baik dan mereka melakukannya dengan menyesuaikan proses dan hubungan sesama mereka.

Ia tidak mencukupi untuk mengukur apa yang dicapai oleh pasukan. Pemimpin pasukan juga perlu mempertimbangkan bagaimana kerja itu dilaksanakan dan bagaimana perhubungan dalam pasukan itu.

Pemimpin pasukan yang mengharapkan hasil yang hebat tapi mengabaikan aspek-aspek ini menyukarkan pasukan mereka untuk terus berjaya bersama dari semasa ke semasa.

Mereka perlulah beri perhatian kepada hasil, proses dan perhubungan secara holistik bagi membantu memastikan kejayaan jangka panjang pasukan.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Ahmad

    Luar biasa articlenya , sebelum kita kita menguasai atau memimpin orang lain. Kita perlu tanya pada diri sendiri dulu apakah kita sudah memimpin diri sendiri sebelum melalukaknnya pada orang lain.. internal preparation kemudian external akan mengikuti.

Leave a Reply