Belajar Dari Kesilapan! 4 Kesilapan Dalam Marketing Yang Dilakukan Oleh Jenama Terkenal

Belajar Dari Kesilapan! 4 Kesilapan Dalam Marketing Yang Dilakukan Oleh Jenama Terkenal

Marketing adalah proses penting dalam perniagaan. Tak kiralah sama ada perniagaan anda baru nak start atau anda dah lama berniaga, anda sebagai usahawan tak boleh ambil mudah soal marketing.

Marketing adalah jantung kepada sesebuah perniagaan, tanpa marketing bisnes anda boleh mati. Apa yang berlaku, bila seseorang usahawan pandang ringan tentang marketing, pelanggan anda akan mula tidak nampak bisnes anda dan mula  mencari peniaga lain yang boleh bantu selesaikan masalah mereka.

Pentingnya marketing sehinggakan jenama besar yang dah wujud beratus tahun pun masih sanggup mengeluarkan belanjawan yang besar untuk marketing.  Seperti apa yang Dr Azizan Osman selalu cakap “Coke, KFC, McDonalds tak pernah berhenti buat marketing walaupun Coke dah berusia lebih seratus tahun dan KFC serta McDonalds dah ada cawangan di seluruh dunia..”

Isunya, ramai usahawan buat marketing tapi main hentam sahaja atau suka ‘ikut-ikut orang’ sehingga mereka tak jelas apa sasaran sebenar marketing yang mereka lakukan. Tapi, apa yang penting ialah mereka segera belajar dari kesilapan dan cepat-cepat perbaikinya.

Kami nak kongsikan dengan anda 4 kesilapan dalam marketing yang pernah dilakukan oleh jenama terkenal dan apa akibat yang mereka perlu tanggung.

1) Bila Hershey’s Salah Tukar Logo

Pada tahun 2014, Hershey’s yang merupakan syarikat pengeluar coklat yang diminati ramai cuba untuk menukar logonya menggunakan bentuk produk coklat keluaran mereka yang terkenal – Hershey Kiss.  Malangnya, logo tersebut kelihatan sama dengan emoji ‘najis’.

Sebelum mengeluarkan sebarang logo, lebih baik untuk ujinya terlebih dahulu dengan melakukan sedikit kajian atau bertanyakan pendapat orang ramai.

2) Logo Baru GAP hanya bertahan beberapa hari

Kadang-kadang, dalam keghairahan peniaga untuk membuat pembaharuan, mereka terlupa untuk dapatkan respon atau maklum balas dari pelanggan. Terutamanya bagi perniagaan yang dah wujud sekian lama. Contohnya jenama fesyen terkenal, GAP. Mereka mahu menukar logo yang telah dipakai selama 20 tahun kepada logo baru, tapi hanya mampu bertahan kurang dari seminggu setelah mendapat maklum balas dari pelanggan yang lebih menyukai logo lama. Bagi mereka logo lama telah terkenal, dan menggunakan logo baru seolah-olah menunjukkan GAP seperti jenama baru.

Kesilapan yang GAP lakukan ialah, mereka mahu mengambil langkah baru dan perubahan tanpa mereka tanyakan pendapat pelanggan mereka yang dah lebih 20 tahun memilih jenama GAP dengan logo lamanya.

GAP merasakan mereka perlu perubahan besar dan penjenamaan semula tapi tiada asas yang kukuh kenapa mereka perlu buat perubahan besar. Ini telah menyebabkan kekeliruan kerana pelanggan mereka merasakan jenama GAP dengan logo lama adalah yang terbaik.  Pengajarannya, anda tak perlu buat perubahan jika tak perlu.

3) Salah penggunaan Auto Reply di Social Media boleh merosakkan jenama

Pada 2013, seorang pengguna telah melaporkan satu aduan di mana media sosial American Airlines dan auto reply telah diset dengan jawapan “Thanks for your support! We look forward to a bright future…” di mana ia tak bertepatan dengan aduan yang diberikan oleh pelanggan.

Dalam membuat pemasaran, aduan dan komen negatif juga memainkan peranan. Termasuklah cara kita menanganinya, ianya juga akan memberi impak kepada jenama.  Jika anda menggunakan banyak laman sosial dalam urusan perniagaan, pastikan anda ada team yang terlatih untuk menangani aduan dan komen negatif.

4) Tak sensitif dengan situasi boleh merosakkan jenama.

Ketika berlaku insiden “Boston Bombing” pada tahun 2013, jenama makanan terkenal di Amerika Epicurious telah memuat naik satu posting di halaman sosial mereka yang berbunyi “our thoughts are with everyone in Boston” sebagai tanda simpati kepada insiden yang berlaku.

Tetapi, tidak lama selepas itu mereka memuat naik satu lagi status yang berbunyi “in honour of Boston, may we suggest a whole-grain cranberry scones. ” Status mereka dilihat sebagai tidak sensitif dengan keadaan yang berlaku dan seolah-olah mengambil peluang dari kesedihan yang menimpa penduduk Boston.

Akibat dari tindakan ini, mereka menerima kecaman yang teruk.

Dalam perniagaan, satu aktiviti yang penting ialah marketing dan ianya melibatkan pembinaan jenama, dan bagaimana orang ramai melihat produk dan perniagaan anda. Malangnnya, untuk mencapai objektif ini, ramai peniaga sanggup mengeluarkan modal yang banyak tetapi mereka tak tahu perkara asas tentang marketing. Sehingga ada yang terpaksa menanggung kerugian kerana teknik pemasaran yang mereka lakukan tidak effektif.

Sebagai MenThor Pemasaran dan Usahawan, Dr Azizan Osman sangat berpengalaman luas dalam bidang pemasaran dan ini terbukti dengan bagaimana beliau membimbing anak didiknya yang asalnya datang belajar dengan tanpa bisnes dan tanpa produk sehingga kini dah mampu anda jenama sendiri dan mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun.

Kunci kejayaan sesebuah perniagaan adalah bergantung kepada pemasaran.

Artikel terbaru

Leave a Reply