RichWorks Komited Bantu Usahawan Ketika Lanjutan Total Lockdown

RichWorks Komited Bantu Usahawan Ketika Lanjutan Total Lockdown

Workshop Kuasai Social Media bekalkan usahawan kuasai bisnes online

RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks International) meneruskan sesi latihan dan bimbingan secara percuma setiap malam sepanjang tempoh lanjutan total lockdown yang bermula 15 hingga 28 Jun ini.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International, Radz Mohd., inisiatif tersebut diteruskan selepas Pengasas, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkongsikan ilmu dan kunci penting selama 12 hari bagi menyediakan usahawan dalam tempoh mencabar ini.

Katanya, lanjutan total lockdown, iaitu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan menggariskan 4 fasa bagi pembukaan sepenuhnya yang akan mengambil masa hingga akhir tahun ini sebenarnya memberi kesan kepada semua tahap usahawan.

Bantu Usahawan Ketika Lanjutan Total Lockdown

“RichWorks International mahu terus menyokong usahawan termasuk orang ramai untuk melihat peluang baru bukan saja dapat jana pendapatan dan bertahan malah menyaksikan peningkatan bisnes melalui ilmu, strategi yang terbukti berjaya.

“Bayangkan ketika sesi bersama Datuk Wira, sudah ada usahawan mendapat manfaat luar biasa hingga ada seorang usahawan dikenali sebagai Khairul yang jualan bisnes jatuh sekitar 80 peratus sejak 3 bulan lalu berjaya muktamadkan kontrak jualan RM43,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, ramai lagi usahawan yang mengikuti sesi bootcamp bermula 31 Mei lalu beri maklum balas positif dengan perubahan dan hasil luar biasa dalam bisnes seperti peningkatan jualan daripada RM60 sehari kepada RM578 sehari, selama 3 hari capai jualan RM2,240 hingga ada juga berjaya kembangkan tim bisnes dan banyak lagi.

“Sebab itu, RichWorks bawakan lapan tindakan asas bagi usahawan dalam sesi Bootcamp 102, bakal usahawan, peniaga, dropship, stokis mahupun ejen agar mampu bina bisnes berjaya.

“Jika sebelum ini, Datuk Wira berikan 12 kunci utama menjadi usahawan berjaya, Bootcamp 102 ini lebih teknikal kepada tindakan perlu dilakukan mereka untuk mendapatkan hasil,” ujarnya.

Dalam pada itu Radz memberitahu, pada hujung minggu ini dan minggu depan RichWorks akan membawakan pula program percuma selama 3 hari, Zero Kos Marketing dan Workshop Kuasai Social Media yang sangat penting pada masa ini.

“Semuanya 100 peratus percuma, 100 peratus kebajikan selari dengan perjuangan 13 tahun RichWorks bagi membantu seberapa ramai usahawan dan orang yang mahu menyaksikan perubahan dan kejayaan bisnes.

“Ilmu, strategi dan panduan diberikan ini sudah terbukti berkesan dan mengubah keadaan ramai usahawan yang melakukan tindakan selepas itu,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut dan info program keusahawanan percuma, usahawan dan orang ramai boleh ke akaun Telegram, Azizan Osman Official.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply