Bagaimana Sam Walton Membina Empayar Walmart?

Bagaimana Sam Walton Membina Empayar Walmart?
Bagaimana Sam Walton Membina Empayar Walmart?

Menurut pengasas rangkaian pasar raya Walmart, Sam Walton bahawa pelanggan merupakan bosnya.

Walton memahami kepentingan pelanggan dan begitu obses untuk memberikan pelanggannya dengan harga yang paling rendah. Beliau juga berusaha keras untuk mewujudkan pengalaman beli-belah yang paling baik boleh dialami pelanggan.

Cuba anda fikirkan apa benda yang terakhir anda pergi beli-belah? Beli barangan dapur, perabot atau tv baru?

Dua faktor utama ini iaitu harga yang rendah dan pengalaman beli belah menjadi perkara penting ketika mendapatkan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Pengalaman beli-belah termasuk soal kebersihan kedai, mudah untuk mencari barangan, layanan staf, suasana kedai, pencahayaan dan lain-lain.

Antara faktor yang membantunya untuk mendapatkan harga yang terendah bagi pelanggannya dengan cara mewujudkan budaya (culture) dan menetapkan beberapa prinsip yang difokuskan. Walton tidak amalkan gaya hidup yang sangat mewah, meskipun beliau merupakan bilionaire.

Beliau juga faham bahawa jika mahu menjadikan bisnesnya memberikan harga yang terbaik kepada pelanggan, Walton perlu potong kos tak perlu dan tunjukkan bagaimana gaya hidup yang berhemat. Bukan hanya bercakap dan beritahu kakitangan dan rakannya untuk berjimat.

Dalam pada itu, Walmart memilih untuk ‘menang’ bersama pelanggan mereka. Sebolehnya Walmart akan membeli pada harga paling rendah daripada vendor dan kemudian memberikan harga rendah itu kepada pelanggan-pelanggan.

Malah, Walton juga mempunyai kelebihan berbanding pesaingnya. Sam menggunakan strategi bagi merendahkan harga barangan jualan berbanding pesaing namun beliau akan membuat duit dengan lebih banyak secara keseluruhannya kerana dapat menjual lebih dari segi kuantiti.

Hal ini yang menyukarkan pesaing Walmart untuk fahami pada awalnya. Mereka tidak mahu menurunkan harga kerana tak mahu hilang margin keuntungan.

Menurut Walton, pengguna akan membeli menggunakan kakinya. Mereka akan keluar dari kedai tanpa beli apa-apa dan terus ke Walmart.

Bukan itu saja, Walton juga sering bercakap soal perubahan kerana bisnes peruncitan sebenarnya ada sukar. Kita perlu sentiasa berubah dan buat adaptasi dengan trend dan situasi semasa. Seperti pandemik yang berlaku ketika ini, cara dan trend orang membeli juga sudah dan terpaksa berubah. Orang sudah lebih terbuka kepada online.

Berikut kami juga kongsikan beberapa peraturan yang dibuat Sam Walton bagi membina empayar bisnesnya.

10 rules Sam Walton bina bisnes berjaya – Walmart :

  1. Komited dalam bisnes yang diusahakan.
  2. Kongsi rezeki atau keuntungan diperolehi bersama semua rakan kongsi dan team.
  3. Motivasikan rakan kongsi anda. Duit saja tak cukup.
  4. Berkomunikasi sebolehnya semua kepada rakan anda.
  5. Hargai semua perkara yang dilakukan bagi bisnes.
  6. Raikan kejayaan, pelajari kegagalan. Jangan terlalu serius, seronok dalam apa diusahakan.
  7. Dengar kepada semua dalam syarikat.
  8. Melebihi jangkauan pelanggan-pelanggan.
  9. Kawalan perbelanjaan melebihi pesaing anda.
  10. Berfikir di luar kotak. Jika semua orang buat ikut cara sama, kemungkinan ada peluang baik boleh ditemui jika melakukan cara berbeza.

Artikel terbaru

4 Comments

Comments are closed.