Bagi mendapatkan kemahiran baru dan kepakaran, seseorang itu memerlukan praktis, praktis dan praktis. Tiada sesiapa yang boleh menyangkalnya.
Bagaimanapun, mengikut kajian saintifik menunjukkan bahawa kualiti praktis itu sama pentingnya dengan kuantiti.
Malahan penyelidik juga percaya tahap kepakaran tinggi datangnya daripada praktis tahap tinggi bukannya disebabkan bakat sendiri.
Dengan kata lain, ia bukannya bergantung pada bakat yang ada ketika anda dilahirkan. Sebaliknya bagaimana anda secara konsisten dan ada tujuan untuk berusaha bagi meningkatkan prestasi anda.
Konsep ini dikenali sebagai deliberate practice atau praktis bertujuan yang sangat bagus.
Deliberate practice merupakan aktiviti yang berstruktur tinggi dengan tujuan spesifik untuk menambah baik prestasi.
Ia tidak sama daripada kerja dan melakukan tugas berulang kali. Praktis ini memerlukan usaha tanpa ganjaran wang dan taklah menyeronokkan.
4 komponen penting Praktis Bertujuan (Deliberate Practice) mengikut K. Anders Ericsson:
1/ Anda perlu bermotivasi untuk melakukan tugas dan berusaha keras untuk tambah baik prestasi.
2/ Tugas yang dibuat perlu ambil kira apa ilmu sedia ada bagi pastikan ia jelas dan difahami.
3/ Anda perlu menerima maklum balas informatif yang segera dan maklumat keputusan prestasi anda.
4/ Anda perlu mengulang tugas yang sama.
Ingat, sangat penting bagi mendapatkan maklum balas prestasi anda ketika praktis. Tanpanya, mustahil untuk anda dapat belajar dengan efisien dan kemajuan yang besar.
Praktis ringkas tidak cukup untuk mendapatkan kemahiran. Aktiviti melakukan berulang kali saja tidak membawa kepada peningkatan prestasi.
Praktis dilakukan perlulah – bertujuan, sasar untuk tambah baik prestaso, direka bagi tahap kemahiran sedia ada, digabung dengan maklum balas segera dan dibuat berulang-kali.
2 Comments
daripada ini apa yang dapat saya belajar adalah saya lebih memahami ,untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya ..saya perlu untuk memahami bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yang berilmu dan sentiasa bersemangat ,bukan atas dasar semangat tetapi perlulah disusuri dengan ilmu perniagaan serta kesungguhan yang baik.
Terbaik!! terima kasih atas sharing cik puan, semoga cik puan peroleh ilmu yang bermanfaat. Sekiranya cik puan mempunyai sebarang soalan berkenaan program kami boleh hubungi kami di hotline: 0192442244