Bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 dengan ekonomi ditutup kecuali sektor essential sekitar 3 bulan namun kini dalam PKP 2.0 dengan kebanyakan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan pematuhan SOP yang ketat.
Cabaran-cabaran pada tahun lalu sudah berjaya diharungi namun bagaimana pula ketika ini? Apakah yang boleh lakukan berbeza ketika ini untuk berdepan cabaran masa ini? Apa perlu dilakukan jika PKP2.0 diteruskan lagi?
Bangsa usahawan sendiri bertanggungjawab bagi memastikan bisnes dapat bertahan malah berkembang pada tempoh ini. Anda sendiri yang bertanggungjawab untuk memacu bisnes mencapai apa matlamat dan goal yang ditetapkan.
Jangan biarkan bisnes anda begitu saja, berhenti berikan alasan kerana takdir tapi tiada apa-apa usaha dilakukan untuk menangani cabaran dan masalah dihadapi.
MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman memberitahu, ini adalah bisnes anda jadi jangan tunggu sebab anda adalah pemandu untuk bawa bisnes ke destinasi yang dikehendaki.
Lihat balik bisnes dan ubah perancangan dibuat agar sesuai dengan keadaan semasa. Kemudian fokus perkara itu agar mendapatkan hasil yang lebih baik lagi.
Apa pun, selalu lihat kembali pada big why anda supaya usahawan tidak lama down sebaliknya cepat bangkit semula. Kalau anda tidak serius, tak ada kemahuan tinggi boleh buatkan semangat anda turun naik malah selalu menurun saja.
“Kalau anda jujur nak buat sesuatu, anda tidak akan rest. Jangan menipu dengan diri sendiri.”
Lakukan Berbeza Ketika Ini
Lihat apa yang boleh dilakukan berbeza termasuk tukar business model atau pelan ketika ini dengan mengambil kira pandemik yang sedang melanda, inisiatif-inisiatif dibuat pihak berkuasa, prosedur operasi standard (SOP) semasa dan sebagainya.
Cari cara berbeza untuk kita berfikir dalam bisnes. Selepas itu, bertindak, adjust dan buat sampai habis.