Langit tak selalu cerah, bapanya terlibat dalam pemberhentian pekerja sacara beramai-ramai di sebuah syarikat penerbangan.
“Masa saya tengah belajar lagi. Maka ayah saya cuba buka kedai makan. Kadang rasa macam tak rehat sangat pun. Kedai makan tu, sarapan sampailah ke malam. Malam pula nak kena beli barang basah dekat pasar. Balik sampai dua tiga pagi.
“Lama kelamaan tak boleh nak survive tutup kedai makan, kita buka kedai dobi. Sama juga cerita dia. Kena tipu macam-macam, pun tutup juga,” kongsi Anas Azami.
Syugra di bawah telapak kaki ibu.
Tak mahu menghampakan harapan ibu tercinta, Anas mengambil keputusan menunaikan permintaan ibunya.
“Mak saya cakap boleh tak buka pengajian al-Quran. Mula-mula tu saya masih buat macam biasa. Bila mak saya dah dua tiga kali sebut. Ini benda yang mak saya nak sangat saya buat.
“Kalau sebelum ini banyak impian mak saya yang saya tak dapat tunaikan, tak dapat jadi doktor saya cuba tunaikan untuk jadi guru al-Quran,” katanya.
Pusat pengajian al-Quran
Mengimbas perjalanan membuka pusat pengajian al-Quran, Anas berkata, beliau membuka sebuah pusat pengajian di Sepang dengan menggunakan semua wang simpanannya.
“Mula-mula kita mulakan tu memang kosong, saya keluarkan semua simpanan saya sendiri kosong, mak saya pun ada support sikit walau tak banyak. Namun ketika itu tak berjaya,” ujarnya.
Sekalipun usahanya terkandas di tengah jalan, Anas tidak berputus asa.
Ikhtiarnya tidak terhenti di situ sahaja apabila beliau memberanikan diri menganjurkan pengajian secara percuma di masjid-masjid dan sekolah.
Di halau qariah masjid
Anas mengakui pernah melalui pengalaman pahit, termasuk dihalau oleh qariah masjid walaupun memberi khidmat mengajar al-Quran secara percuma.
“Pengalaman itu memang sukar untuk saya lupakan. Saya berasa sangat sedih kerana saya dihalau. Bagi saya, pegawai masjid itu sendiri yang abaikan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat tentang al-Quran walaupun ia diberi secara percuma.
“Ketika itu, saya dilayan seperti pengemis hanya disebabkan saya membuat kempen mengaji di sekolah dan surau,” luahnya.
Begitupun, pengalaman dan cabaran itu bukan penghalang kepada Anas untuk terus membantu umat Islam meningkatkan kualiti bacaan al-Quran mereka.
Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran getir, semangat untuk mendidik anak bangsa tidak pernah padam dalam sanubari Anas.
“Niat saya adalah untuk membantu anak bangsa saya yang beragama Islam untuk pandai mengaji. Ramai yang dah serik belajar mengaji sebab guru terlalu garang, kaedah terlampau susah, tiada masa dan sebagainya,” ujarnya.
Faktor guru garang dan kaedah pembelajaran yang sukar difahami sering menjadi faktor penolak kepada umat Islam di luar sana untuk belajar mengaji.
Selain itu, tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang gagal mengetepikan perasaan malu kerana dalam usia dewasa masih merangkak membaca ayat suci al-Quran.
Naik taraf kerjaya
Maka dengan itu, bermulalah pembukaan Azdan Quranic Center yang beroperasi sejak tiga tahun lalu iaitu pada 1 Mac 2018.
Memilih kerjaya sebagai guru al-Quran sepenuh masa adalah tugas mulia dan menawarkan pendapatan lebih baik berbanding suatu masa dahulu.
Menurut Anas, dahulu ramai guru al-Quran terpaksa melakukan dua atau tiga pekerjaan bagi menampung kos sara hidup yang tinggi.
“Alhamdulillah, hari ini dengan menaik taraf kerjaya dalam bidang al-Quran, kami dapat membantu 100 kakitangan tetap berkongsi rezeki bersama Azdan Quranic Center, malah mempunyai rezeki lebih untuk dikongsi bersama keluarga dan insan lain.
“Ada sebelum ini hiudp sangat struggle, keluarga pun bukan dari keluarga senang sekarang mereka boleh support hidup keluarga. Sekarang ramai dah ada kereta, beli rumah sehingga dua rumah pun ada,” katanya lagi.
“Ibadah tanpa ilmu akan jadi sia-sia dan muflis akhirat. Saya ambil keputusan menyertai program anjuran RichWorks dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang diperkenalkan oleh mak saya.
“Dr. Azizan tekankan mengenai ilmu kepimpinan, kalau tak belajar mungkin saya tak mampu nak uruskan kakitangan dan masih berada pada tahap lama,” ujarnya.
Azdan Quranic Center
Hasilnya hari ini, Azdan Quranic Center menyasarkan jualan RM30 juta pada 2022, selepas mencapai RM10.4 juta tahun lalu.
Lebih membanggakan, syarikat tersebut turut menerima anugerah Brand Laureate, World Halal BestBrands kategori Online Quran Education, Excellent CEO in Islamic Education Industry dan Best SME Most Innovative Education in Islamic Learning.
Setakat Februari 2021, Azdan Quranic Center juga telah berjaya membantu lebih daripada 10,000 orang untuk pandai mengaji.
Kebanyakannya mereka terdiri dalam kalangan orang dewasa berusia 30 hingga 80 tahun.
Mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang azdan.my
5 Comments
Alhamdulillah atas perkongsian ilmu
-jangan putus asa
– belajar dri menyor yg berjaya seperti DW
– saya akan trus bljar wslau pun ada yg x suka saya bjar tentan bisnes bersama richworks ..
Good job! Terima kasih atas learning points anda. Jangan lupa kongsikan kepada lebih ramai orang. Semoga dipermudahkan urusan anda.
Alhamdulilah terima kasih berkongsi ilmu.big why yang besar,ilmu penting walaupun dalam beribadah,tidak putus asa dan teruskan usaha walau banyak halanggan.
Pengajaran saya dapat di sini, sesuatu manfaat kebaikan tidak boleh diberi secara percuma. Perlu dicaj setiap usaha yang kita lakukan.
Perlu ilmu dan bimbingan dalam setiap bisnes yg dilakukan.
Jangan putus asa Walaupun duit simpanan dah habis. Cepat cari guru untuk dibimbing berterusan.
Saya nak baiki dan ubah hidup saya
Awesome! Terima kasih atas perkongsian anda. Semoga bermanfaat buat anda dan lebih ramai orang.