Apa Usahawan Boleh Belajar Daripada Orang Cina Berniaga. 3 Perkara Penting

Apa Usahawan Boleh Belajar Daripada Orang Cina

Orang Cina berniaga boleh dikatakan sinonim dan terkenal dengan kepandaian mereka dalam keusahawanan bukan saja di Malaysia malah boleh dikatakan banyak negara di dunia ini.

Anda boleh lihat, kebanyakan tempat di luar negara termasuk Malaysia sendiri mempunyai Chinatown yang menjadi lokasi kebanyakan orang Cina berniaga. Bahkan jika dilihat bisnes-bisnes kecil dan besar terutama di bandar-bandar termasuk kampung dimiliki oleh orang Cina.

Lihat saja negara China, ia merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah sekitar $14.7 trilion bersamaan RM59.42 trilion pada 2020.

Jika dilihat dengan mendalam, kepandaian dan kehebatan orang Cina dalam bisnes bukannya suatu warisan atau keistimewaan yang ada pada mereka saja sebaliknya ia juga boleh dipelajari oleh bangsa usahawan yang lain jika tahu caranya.

Contohnya, RichWorks sendiri sejak 2008 telah melatih lebih 1.1 juta usahawan di negara ini malah melahirkan usahawan jutawan dan banyak bisnes yang terkenal terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini.

Justeru itu, jom lihat apakah yang membuatkan mereka mampu membina bisnes yang berjaya hingga ke hari ini? Dan apakah bangsa usahawan boleh belajar daripada mereka?

3 Perkara Penting Boleh Dipelajari Daripada Orang Cina Berniaga :

1. Semangat dan budaya kerja kuat

Antaranya, orang Cina atau kaum Tionghua dikenali dengan semangat juang dan budaya kerja yang kuat dalam bisnes.

Malah ia juga dimanifestasi ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang disambut hari ini. Bagi kaum Cina, tahun baru beri signifikan yang cukup bermakna sebagai permulaan dalam nasib kehidupan mereka.

Orang Cina akan bercuti rehat dan meraih pulangan ketika tahun baru. Selebihnya, dalam tempoh setahun lalu dan akan datang akan digunakan sepenuhnya dengan bekerja keras dan berniaga tanpa kenal erti penat lelah.

Budaya sebegini boleh dijadikan contoh oleh bangsa usahawan yang mana perlunya membuat bisnes itu dengan ada kesungguhan dan komited.

Bangsa usahawan tidak boleh sekadar berniaga dengan buat ala-ala saja dan lebih teruk hanya separuh jalan. Jika ini berlaku, sampai bila-bila sukar untuk seseorang usahawan itu berjaya.

Seperti kata MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa usahawan yang berjaya, bila dia buat sesuatu dengan sebaik-baiknya.

“Orang yang berjaya, mereka mulakan sesuatu dan buat yang terbaik sampai habis.”

Datuk Wira Dr Azizan Osman

2. Konsep tolong-menolong orang Cina berniaga

Orang Cina dilihat mempunyai semangat tolong-menolong yang kuat dikalangan mereka bagi mencapai matlamat. Mereka akan saling bantu-membantu antara satu sama lain dengan melengkapkan sesama mereka.

Contohnya, sekiranya ada membuka restoran atau kedai makan di kawasan itu, mereka akan menyokong usahawan lain dengan membeli barangan mentah dikalangan mereka. Hal in akan mewujudkan suatu kitaran ekonomi yang lengkap dan kuat membantu mengembangkan bisnes dikalangan mereka.

Maka dengan sokongan yang ada, susah untuk bisnes yang dijalankan gulung tikar disamping semangat berpersatuan yang menyokong ahli-ahli mereka.

Perkara seperti ini boleh dilihat dalam circle SPIRE dan Titanium di RichWorks juga, usahawan-usahawan dididik agar dapat menyokong antara satu sama lain dengan semangat malah peluang bisnes juga.

Setiap usahawan tidak ada mahu menjatuhkan satu sama lain, sebaliknya bersaing dengan sihat dengan melakukan usaha yang sebaiknya.

3. Sikap berani

Kebanyakan tokoh-tokoh bisnes orang Cina mempunyai keberanian dalam memulakan bisnes termasuk benda yang baru. Contohnya ini jelas dapat dilihat daripada tokoh bisnes ini seperti Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong yang mengasaskan Genting berhad.

Tiada pendidikan tinggi pun, datang dari keluarga miskin, tetapi hasil keberaniannya bersama kerja kerasa dibuat berjaya mengubah daripada sebuah kawasan hutan yang bergunung-ganang menjadi pusat peranginan yang terkenal.

Sebelum itu, mendiang sendiri pernah dikatakan gila, menerima ejekan apabila mengatakan hasrat untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Namun lihat sekarang ini, siapa yang gila sebenarnya?

Kesimpulannya, bangsa usahawan boleh mengambil iktibar dan pelajaran daripada orang Cina yang pandai menjalankan bisnes.

Bangsa usahawan perlu pastikan adanya kesungguhan dan komited dalam menjalankan bisnes bagi mencapai big why masing-masing.

Jangan cepat mengalah, biarkan kutukan dan ejekan orang lain dalam usaha yang anda lakukan dalam bisnes. Jadikannya sebagai pembakar anda untuk lebih berusaha dan melakukan yang terbaik lagi.

Paling penting adanya ilmu, strategi, sistem dan MenThor yang dapat tunjuk ajar bangsa usahawan ini. Belajar daripada mereka yang betul-betul dapat membantu anda iaitu MenThor yang ada proven results.

Jangan lagi terus buang masa, langgar dinding dan tembok disebabkan tiada orang bimbing anda. Boleh saja jika nak lakukan sendiri namun ia lebih mencabar dan berkemungkinan besar memerlukan masa yang lebih lama lagi untuk berjaya.

Artikel terbaru

Leave a Reply