Apa Sebenarnya Yang Kau Sibukkan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Betul cakap sang bijak pandai, petunjuk dan hidayah boleh didapati di mana-mana, bukan setakat di masjid dan surau saja.

Malahan, dia boleh didapati di hotel 5 bintang, di tengah kotaraya, mungkin di tempat paling suci, atau tempat paling jijik, atau tempat paling tinggi atau ketika saat diri dipijak dan terperosok di celah-celah bumi.

Petunjuk dan hidayah bukan semata-mata untuk hal-hal agama, tapi juga dalam hal-hal kejayaan dunia, hal-hal bisnes, hal-hal nak jadi kaya, kerana kalau kau faham, itu semua pun untuk agama.

Pokok isunya, ramai orang tak mencari petunjuk dan hidayah. Mereka hanya hidup sekadar hidup. Kononnya busy buat sesuatu, busy being busy, tapi kau tak tahu kenapa dan untuk apa kau sibuk.

Sibuk sehingga lupakan tujuan hidup dan kenapa kau hidup. Sibuk sehingga tak tahu diri diberi nyawa sehingga saat ini kerana apa? Apa tanggungjawabnya?

Sibuk yang kosong

Yang tak membawa apa-apa. Atau sibuk yang terus menyesatkan, kerana sebenarnya kau hanya berpusing-pusing buat sesuatu yang tujuannya untuk memampukan kau untuk terus sibuk berpusing-pusing lagi, esok, lusa, selagi ada nyawa.

Dalam kesibukan kau buat-buat sibuk, kau langgar semua dinding, kau menghalalkan semua cara, janji kau boleh sibuk lagi esok, kononnya sibuk buat kerja – tapi kau hanya menjahanamkannya.


Ada orang cuba tarik kau dari sibuk yang pura-pura. Dia tarik, kau tak nak ikut, dia jerit kau tak nak dengar, kerana kau rasa kau sibuk..dan kau rasa mereka tak faham kenapa kau sibuk!

Sehingga akhirnya, kau semakin tenggelam dalam lubang sibuk. Dinding-dinding yang kau langgar kerana kononnya sibuk dah makin berlubang besar. Lantai yang kau pijak masa kau sibuk kini dah nak roboh. Masa tu, baru kau sedar… kau hanya sibuk membunuh diri sendiri.

Masa tu baru kau nak tanya, mana petunjuk! Mana hidayah!

Sedangkan kau sendiri ego nak meminta, ego nak bertanya dan ego nak undur ke belakang dan keluar dari sibuk dan tengok apa progres diri sendiri ketika kau sibuk.

Sebenarnya, kau dan ramai lagi tak tahu, apa sebab kau perlu sibuk dan apa yang kau perlu menyibukkan. Sibuk kau tak punya matlamat. Sibuk kau hanya untuk tunjuk kat orang lain-bahawa kau sibuk dan nampak penting!

Sibuk kau hanya untuk status yang boleh di up di FB dan IG!

Ironinya, bila kau tak tau kenapa kau perlu sibuk dan apa yang kau perlu sibukkan, sebenarnya… kau hanya menjahanamkan hidup. Bukan hidup kau seorang tapi juga orang keliling kau.

Anda Usahawan – Sesuatu Untuk Difikirkan-Apa Sebenarnya Yang Kau Sibukkan?


Tolong…! Berhenti sekejap dari kesibukan kau. Cari makna kenapa kau perlu sibuk sangat. Cari petunjuk dan hidayah.

Supaya kau tak terus mati dalam kesibukan. Dan bila Tuhan tanya, 24 jam yang Aku bagi, apa yang kau sibukkan…?

Dan kau tak boleh jawab sebab kau tak pernah sibukkan diri kau untuk Tuhan.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Etika dan Bisnes

Etika dan Bisnes

Apa pandangan anda bila anda lihat orang-orang tak beretika disekeliling anda? Mesti rasa macam nak bagi nasihat je kan? Sebelum anda bagi nasihat pada orang

PUNB - Apa Usahawan Boleh Perolehi?

PUNB – Apa Usahawan Boleh Perolehi?

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan kemudahan bagi usahawan bagi pembiayaan perniagaan dan sokongan perniagaan untuk bantu operasi dan pengurusan perniagaan. Jika anda dalam bidang

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Kisah Inspirasi Pengasas WhatsApp

Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita, malah di dunia pasti ada menggunakan aplikasi, WhatsApp bagi berhubung antara satu sama lain. Tahukah anda, jumlah pengguna WhatsApp aktif

Agresif – Fast Action, Fast Result

Agresif – Fast Action, Fast Result

‘Fast action, fast result’.Jika anda nak berjaya dengan cepat, itu yang patut anda buat, betul? Jika anda main-main, nanti-nantilah, dan ingat-ingat lupa je apa yang