Apa Boleh Dilakukan Bila Sales Tak Meningkat

Apa Boleh Dilakukan Bila Sales Tak Meningkat

Pening kepala nampaknya anda di luar sana. Kenapa? Sales anda kejung tak bergerak-gerak? Statik di tahap yang sama, bulan demi bulan. Atau bila sampai tengah bulan sahaja, agak sukar anda nak buat jualan.

Apa nak buat ni? Sendulah sendiri di bucu katil! Orang tak membeli dengan anda kerana mereka tak nampak perniagaan anda dengan jelas. Tahu tak, menurut kajian, setiap hari manusia akan nampak lebih 300 jenama samada di media sosial, di TV, di jalan raya, di majalah…dan anda rasa mereka nampak jenama anda?

8 perkara boleh lakukan untuk saksikan perubahan dalam sales :

  1. Hantar Nota Terima Kasih

Bila agak-agak dah tengah bulan, apa kata anda cuba hantar Email atau SMS “Terima Kasih Atas Sokongan Anda” kepada para pelanggan. Kat sinilah gunanya database pelanggan yang anda ada.

Anda juga boleh berikan tawaran istimewa untuk mereka yang dapat SMS atau emel tersebut jika mereka datang dengan seorang lagi rakan. Amacam?

Kalau dah ada 500 database, sekurang-kurangnya 200 yang datang, bawak lagi seorang kawan..takkan tak boleh jual sesuatu kepada mereka? Tapi mestilah ada database pelanggan anda.

  1. Berikan Hadiah E-Book Percuma

Kadang-kadang, orang tak datang membeli dengan kita kerana kurangnya perhubungan di antara kita dengan pelanggan. Pelanggan ini perlu disayang-sayang dan dimanja-manja.

Perlu selalu berhubung dengan mereka. Apa kata anda cuba berikan e-book percuma kepada mereka melalui emel atau SMS (PDF File). Bagus kalau anda ada e-book sendiri, yang bercerita sedikit tentang perniagaan anda, sedikit tips dan maklumat.

Kalau tak ada, tanya sahaja Encik Google kerana ada banyak e-book percuma yang anda boleh muat turun. Bila anda dah berikan e-book percuma kepada mereka, Ting…! Tiba-tiba mereka akan ingat anda.

  1. Berhubung Dengan Database Anda Melalui Video Tutorial

Peniaga perlu pandai bermain dengan emosi pelanggan. Di tengah-tengah bulan ni atau ada waktu-waktunya, mereka bukan tak mahu membeli, tetapi emosi mereka tidak ‘ditikam’ dengan perasaan perlu membeli dari anda.

Pada saat inilah anda kena berikan mereka video istimewa. Anda boleh buat video dan tunjukkan apa-apa yang menarik yang ada dalam perniagaan anda, atau buat satu video tutorial, atau buat live feed yang boleh menyebabkan mereka terfikirkan anda.

Content dalam video juga perlulah ada sedikit elemen menikam kalbu, ayat-ayat yang memukau perasaan dan perkongsian-perkongsian yang buatkan mereka rasa mesti membeli dari anda.

  1. Buat Karnival Atau Hari Terbuka

Anda pernah tengok kedai-kedai besar buat hari terbuka kan?

Anda pun boleh buat juga. Ini satu idea menarik yang kami nak kongsikan, jika anda ada database pelanggan, anda boleh jemput mereka datang ke kedai anda, atau jika berniaga secara online, jemput mereka berikan daftar dengan anda untuk anda berikan preview produk terbaru, atau tawaran terbaru eksklusif untuk mereka sahaja!

Atau, anda juga boleh berikan mereka yang hadir ke hari terbuka atau karnival anda jualan stock clearance. Jualan ini sebenarnya sebagai penarik untuk mereka masuk ke kedai anda dan beli macam-macam lagi.

  1. Lancarkan Kempen Cabutan Bertuah

Anda hanya perlu buat sedikit promosi dan cari hadiah yang menarik untuk pikat hati mereka berbelanja di kedai anda.

Anda berikan satu tarikh dan jumlah minima perbelanjaan, contohnya, sesiapa yang berbelanja minima RM100 dari tempoh 10-25 haribulan, akan berpeluang mendapat cabutan bertuah yang merupakan (apa hadiahnya!) yang akan dibuat pada 30 haribulan…Ini contoh.

Bila anda lancarkan kempen seperti ini, anda sebenarnya dah ‘create excitement’ di hati pelanggan untuk membuat tindakan.

  1. Buat Posting Menarik Tentang Kisah Anda

Kadang-kadang, ada ramai peniaga yang suka menyorok di belakang tabir. Pelanggan tak kenal anda, tak tahu siapa anda, dan tak tahu pun kisah anda.

Jadi, bila sales atau jualan dah sendu ni, apa kata anda mulakan dengan membuat posting tentang kisah anda. Anda boleh menulis atau buat live video bercerita tentang, kenapa anda buat bisnes ini, perjalanan anda nak buat bisnes dan macam-macam lagi.

Perkongsian cerita seperti ini, membuatkan pelanggan mudah ‘connect’ dengan anda. Lebih-lebih lagi jika apa yang anda alami sama seperti apa yang mereka alami.

  1. Berikan Khidmat Konsultansi Percuma

Jika anda ada kepakaran dalam bidang-bidang tertentu, anda boleh war-warkan bahawa anda akan berikan khidmat rundingan percuma kepada pelanggan.

Fikirkan tentang apa masalah pelanggan yang anda boleh bantu dan mulakan sesi konsultansi percuma. Contoh, jika anda sebuah perniagaan berasaskan pembinaan, anda boleh buat sesi percuma, konsultansi berkenaan renovasi rumah.

Sesi ini sebenarnya hanyalah cara untuk anda berhubung dengan mereka dan bina keyakinan mereka bahawa anda boleh bantu mereka selesaikan masalah yang dihadapi.

  1. Cari Ilmu, Banyakkan Berdoa Dan Bersedekah

Iye…Sebesar mana pun marketing anda, hanya Allah lah yang membuka mata pelanggan untuk nampak dan menggerakkan hati mereka untuk datang membeli dengan anda.

Kalau sales dah sendu, carilah lagi ilmu bagaimana nak tingkatkan jualan, apa lagi teknik yang digunakan dan banyakkan berdoa juga bersedekah.

Jangan asyik nak pikat hati pelanggan, pikat juga hati Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki, memohon bantuan dan petunjuk darinya.

Artikel terbaru

Leave a Reply