Jika anda mahu menjadi yang terbaik bagi diri ini, soal kepimpinan diri merupakan suatu kemestian yang perlu diberi perhatian. Ia dapat membuatkan kita berfikir, belajar dan menggunakan kemahiran, bakat serta potensi yang ada dalam diri ini.
Kepimpinan diri dapat membawa kekuatan yang ada dari dalaman kita sebenarnya. Ia dapat mempengaruhi diri ini bagi membentuk sikap dan pemikiran agar selari dengan nilai, aspirasi, kekuatan, bakat dan matlamat ditetapkan.
Menurut pakar kepintaran emosi, Daniel Goleman menjelaskan bahawa kepimpinan diri dapat membezakan seorang pemimpin yang lebih baik dikalangan pemimpin lain.
Setiap kali kita bercakap kepada diri sendiri, sebenarnya kita sedang membina hubungan dalaman yang dapat menyokong pembangunan atau menghalangnya.
Sebab pentingnya kepimpinan diri :
Kepimpinan diri yang lemah boleh memberikan kesan terus kepada diri kita sendiri, dari segi pemikiran, kognitif, psikologi, perhubungan, kerjaya dan kesejahteraan, Jika seseorang itu lemah dalam kepimpinan dirinya, ia mmebolehkan anda tidak dapat berikan yang terbaik, membuang tenaga, negatif, berfikiran sempit, tidak sabar dan menjadi seorang yang ‘toksik’.
Orang biasa-biasa membawa diri mereka secara lemah termasuk kesempurnaan, terlalu tumpu soal kelemahan dan keterbatasan dan mengabaikan keperluan, sasaran serta nilai-nilai.
3 sebab untuk anda perlu labur dalam kepimpinan diri :
1 Anda tak akan dapat pimpin orang lain jika tak dapat pimpin diri sendiri
Sekiranya anda tidak memimpin diri sendiri dengan baik, anda tidak akan secara efektif dalam memimpin orang lain. Sebenarnya hubungan anda dengan diri sendiri merupakan asas untuk berhubung dengan yang lain.
Jika kita tidak dapat percaya kepada diri sendiri, kemungkinan besar sukar untuk mempercayai orang lain malah akan mengawal segala-galanya dari hal yang besar hingga kecil.
2 Energi tinggi dan prestasi terbaik
Bila anda ada kepimpinan diri, ia dapat membantu mengekalkan tahap mental, emosi dan tenaga yang tinggi. Ia dapat memacu kita bagi memaksimakan tenaga, daya tahan dan kesejahteraan. Jika kita tidak memimpin diri sendiri dengan baik, kemungkinan potensi diri yang ada tidak dapat dikeluarkan.
Seorang yang ada kepimpinan diri faham dengan nilai penting bagi amalan penjagaan diri untuk pastikan dapat bertindak meskipun di bawah tekanan di samping ada tenaga untuk soal bisnes dan kehidupan peribadi.
3 Keupayaan untuk adaptasi dan belajar
Mereka yang mempunyai kepimpinan diri yang kuat menyediakan untuk keterbukaan untuk belajar. Pemimpin itu percaya dengan pembelajaran sepanjang hayat. Mereka tidak dikuasai dengan ego sebaliknya mempunyai ‘growth mindset’ dan selalu mencari jalan bagi tingkatkan keupayaan diri dengan ilmu dan kemahiran lain.
Kesimpulannya, kepimpinan diri merupakan kemahiran yang diperlukan untuk terus membangunkan keupayaan diri ini. Ia dapat cungkil potensi diri sebenar yang ada malah beri impak positif kepada orang lain. Bukan itu saja, ia akan membawa kepada sebuah organisasi yang berjaya menerusi pemerkasaan orang di dalamnya yang jelas dengan hala tuju dan sasaran mereka.