Anda Punca Bisnes Mati?

Anda Punca Bisnes Mati

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk tahun 2020 bakal melabuhkan tirai. 12 bulan berlalu dan pelbagai perkara yang telah dilalui terutamanya dalam bisnes. Berapa ramai antara anda tidak sedar pun bahawa cepatnya waktu berlalu, masih banyak perkara lagi yang belum dicapai.

Kalau ikutkan hati nak semua perkara selesai. Tetapi ada saja yang menghalang. Kenapa? Dalam  membangunkan bisnes anda tak boleh nak buat seorang diri, anda tak boleh nak fikirkan bahawa hanya anda seorang yang mampu untuk menyelesaikan isu yang berlaku, dan anda masih perlukan orang lain untuk membantu. Kenapa?

Inilah antara punca waktu anda sedang berada di tahap yang selesa atau anda berada di atas, secara tidak sedar dan sedar, anda adalah pembunuh dalam bisnes.

Banyak perkara yang berlaku dan isu yang timbul apabila anda gagal untuk selesaikan dengan cara anda sendiri tanpa mendengar, memerhati dan bertanya dengan orang lain.

Kebanyakan usahawan hanya ingin mementingkan diri sendiri tanpa ada rasa kepercayaan kepada orang lain kerana dalam hati dan fikiran masih ragu-ragu dengan kemampuan orang lain terutamanya staff anda sendiri.  Adakah perasaan ini bagus dalam bisnes anda? Sampai bila akan berlaku?

Siapa Punca Bisnes Anda ‘Mati’?

Dalam era ekonomi sekarang, suka atau tidak anda tak akan boleh bina bisnes di tahap yang selesa. Cukup sekadar hanya mendapat profit yang rendah dan gembira dengan kehidupan sekarang.

Namun, bukankah sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain? Buat sekadar buat tetapi tiada hala tuju akan menyebabkan bisnes anda akan merundum dan secara tak langsung semakin lama semakin hilang.

Nak bina bisnes bukan mudah, tetapi nak jatuhkan bisnes sangat mudah. Selagi anda bermain pada tahap yang sama, sukar untuk anda membuat perubahan dalam bisnes.

Berapa pentingnya staf kepada anda? Ironiknya, apa yang anda boleh fikir sekiranya bekerja tanpa staf sedangkan yang membantu dalam syarikat itu namanya staf.

Tetapi mengapa anda tidak jadikan mereka sebagai ‘alat penggerak’ yang efektif untuk menjimatkan masa, tenaga dan kewangan anda? Sampai satu tahap anda tak mampu nak buat semua benda, dan akhirnya anda masih perlukan insan bernama staf untuk membantu anda dalam mengemudi dunia bisnes.

Jangan bagi alasan staf tak pandai, staf akan mengambil kesempatan dan staf akan tahu rahsia dalam syarikat. Buang pemikiran ini!

Fikir sejenak, kalau bukan staf, siapa lagi yang akan bantu anda dalam bisnes dan mengapa dalam dunia ini ada orang yang bagus dan ada orang tak bagus?

Anda adalah orang yang menghalang potensi mereka dan anda juga orang yang tak pernah nak fikirkan apakah cara yang boleh lakukan untuk jadikan staf sebagai aset paling bernilai dalam syarikat.

Alasan tidak percaya, alasan keraguan, dan pelbagai lagi alasan yang timbul antara punca anda tidak boleh fikirkan yang terbaik untuk staff. Jadi, apakah azam anda sebelum melangkah ke tahun 2021? Dah tak banyak masa lagi nak tunggu.

Cuba senaraikan dan tulis apakah yang anda nak ubah untuk jangka masa setahun akan datang?

Hafiz Jasmi
Vice President Menthorship Program

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply