Saya tertarik dengan beberapa komen bahawa bagaimana saya mengajar tentang bisnes dan pemasaran sedangkan (kata mereka) saya tidak pernah ada bisnes, run bisnes.
Tulisan saya ini agak panjang tetapi ia akan meletupkan sel otak anda Insha Allah untuk berfikir. Di sini suka saya kongsikan senarai pengalaman perjalanan bisnes saya.
Dan faham satu perkara penting, di Malaysia, anda bukan boleh sesuka hati sebut anda jutawan melainkan anda benar-benar bayar cukai selayaknya kepada LHDN.
Di bawah ini adalah perjalanan saya dalam berniaga walaupun mula kecil dan tiada modal hingga kini.
Bagi mereka yang kata saya tidak pernah ada bisnes :
1. First time saya “berniaga” adalah jual nasi lemak dan bihun goreng di sekolah rendah, sekolah Cina – Darjah 2 (1982).
2. “Perniagaan” seterusnya adalah darjah 4, mengajar tuisyen kepada 2 budak darjah 1, budak Melayu sekolah Cina. Ibu dan ayah mereka minta saya tolong ajar tuisyen dan saya dibayar satu subjek RM25/sebulan. Saya mengajar 3 subjek sahaja – 1984.
3. “Perniagaan” seterusnya adalah mengajar tuisyen kepada pelajar PMR – Umur 16 tahun.
4. Mula ‘bermain’ saham pada umur 17 tahun menggunakan akaun kakak.
5. Umur 18: Ambil exam insuran dan jadi agen Insuran – tidak pernah close case.
6. Umur 18: Jual vacuum cleaner Rainbow Hydrocleaner. Buat demo by appointment dari rumah ke rumah. Berjaya jual berpuluh biji, patutnya dapat RM550/biji tapi tak dapat duit sebab leader kata saya bawah umur – Duit tak dapat.
7. Umur 18: Jadi broker agen hartanah untuk Raine Horne Zaki Partners – 1 biji hartanah pun tidak mampu jual.
8. Umur 19-22: Masuk UiTM (Dulu ITM) Segamat. Mula berniaga dalam kolej. Jual nasi lemak/ nasi goreng/ bihun/ ambil order upah dobi/ jual rokok/ jual kalkulator/ bantal/ tempahan fotostat buku / ajar tutorial/ jual handphone (handphone baru masuk Malaysia).
9. Umur 22-24: Kerja mula basic RM1,500/bulan dan sambung belajar secara part-time pada waktu yang sama.
10. Umur 24 (1998) – 26 (2000) : Berhenti kerja dan berniaga.
– Jual kelapa – gagal
– Jual sabun basuh baju – gagal
– Jual produk kesihatan- gagal
– Agen Kontrak Pengilangan GMP produk kesihatan-gagal
– Berhutang dengan along/ bank – hampir bankrup / mati
11. Umur 27 (2/1/2001): Mula bekerja sebagai trainee door to door marketing & sales untuk produk kad kredit HSBC (100% Komisen) di bawah syarikat pemasaran di Melaka dan pada masa yang sama ambil exam Unit Trust untuk cuba jadi agen unit amanah secara part-time tapi tidak menjadi.
12. Umur 27 (1/9/2001): Masih bekerja syarikat yang sama. Berjaya lalui seluruh latihan dan melayakkan diri untuk ditawarkan memulakan syarikat perniagaan sendiri, syarikat pemasaran dan pengiklanan kontrakdi bawah prinsipal tersebut di Melaka untuk projek pemasaran client HSBC Bank dan kemudian Standard Chartered Bank.
13. Umur 28 (2002) – Dari 1 orang dalam syarikat menjadi 300 orang. Portfolio pemasaran terbesar di Malaysia untuk client TMNet Streamyx.
14. Umur 29 (2003): Syarikat pemasaran Regal-Tycoon Holdings dinobatkan syarikat kontrak pemasaran terbaik di bawah prinsipal untuk projek TMNet dan mendapat anugerah ‘Owner of the Year’ dan ‘Chairman’s Platinum Award Winner 2003’. Hanya 11 orang dari seluruh dunia. Portfolio client ketika itu mencecah RM15 juta setahun.
15. Umur 30 (2004) : Expansion syarikat ke KL. Projek TMNet & Celcom.
16. Umur 31 (2005): Syarikat berkembang ke Pulau Pinang.
17. Umur 32 (2006): Syarikat berkembang ke Johor Bahru dan total portfolio client syarikat melebihi RM60 juta. Projek termasuk TMNet & Digi.
18. Umur 33 (2007): Prinsipal minta kembali ke Kuala Lumpur selepas expansion dan dinobatkan sebagai Ketua Organisasi Malaysia dan syarikat mempunyai portfolio menghampiri RM100 juta. Portfolio: TMNet, MAKNA, WWF dan Budimas.
19. Umur 34 (2008): Menamatkan kontrak syarikat dengan prinsipal dan decided untuk run independant syarikat pengiklanan dan pemasaran saya tanpa bergantung kontrak dengan mana-mana prinsipal. Dan mula established syarikat sebagai akredited advertising agency and marketing consultant firm. Dan masih run sehingga hari ini.
20. Umur 35 (2009) : Set-up beberapa buah syarikat lain di bawah Richworks Group of Companies termasuk Event Organiser, Training & Coaching, Marketing Consultant Firm, Corporate Services, Publications company, Property Investment Companies dan banyak lagi. Boleh baca di laman web Richworks.
21. Umur 41 (2015) Alhamdulillah apabila dapat membantu lebih ramai anak bangsa membuka minda dan berkongsi ilmu pengalaman melalui seminar-seminar atau perkongsian secara online sama ada secara percuma atau berbayar. Setakat hari ini, lebih 650,000 orang yang telah hadir program anjuran kami Masya-Allah Tabarakallah.
22. Umur 47 (2021) Komited menggunakan seluruh pengalaman jatuh bangun dan selepas dijangkiti Covid-19 yang hampir meragut nyawa untuk beri lebih banyak manfaat kepada bangsa usahawan. Peluang kedua yang diberikan ini akan saya gunakan untuk terus membantu lebih ramai bangsa usahawan di Malaysia. Insha Allah.
*Saya percaya dengan prinsip, jika anda mahu mengajar orang lain jadi usahawan dan jutawan yang berjaya, anda sendiri mestilah telah terbukti berjaya dan membayar cukai yang membuktikan anda telah mencapai tahap yang membuktikan anda boleh berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain.
Saya tidak percaya dengan apa sesetengah orang di mana untuk berjaya dalam bisnes mesti kena anak orang kaya, mesti ada banyak modal, mesti kena dapat pinjaman kerajaan atau bank.
Dan saya juga percaya matlamat membina perniagaan adalah untuk membina kekuatan ekonomi dan kewangan agar dapat membayar zakat serta membantu lebih ramai orang lain Insha Allah.
Kenapa saya share ini?
1. Saya tidak suka bila ada yang kata, susah nak berniaga nak start kena guna banyak modal. Belum apa-apa mentaliti dah kata susah then susahlah.
2. Saya tidak suka orang kata saya jual air liur. Jika air liur begitu senang dijual, kenapa tidak semua orang boleh buat seminar dan create result sebagaimana begitu banyak kejayaan anak didik kami Insha Allah.
Boleh tonton di YouTube: Azizan Osman. Saya membantu mereka yang mahu dibantu dan mahu dibimbing. Masa, dewan, sound system dan macam-macam lagi kos. Ini semua bukan percuma. Walaupun banyak seminar kami sebelum ini adalah percuma.
3. Saya bukan pakar motivasi. Saya berkongsi dan bercakap berdasarkan pengalaman yang telah terbukti Insha Allah serta formula-formula yang saya kumpulkan dan simpulkan agar lebih mudah orang lain follow.
4. Seminar saya ada yang free, video-video keusahawanan percuma untuk anda belajar sesuatu dan boleh digunakan dalam bisnes.
Dan tidak ada sesiapa pun yang dipaksa untuk membayar apa-apa jika anda tidak mahu belajar dari saya. Baca buku dan baca melalui internet jika anda mahu. Cuma, saya ajar ikut apa yang telah terbukti berjaya kepada saya dan anak-anak didik yang telah aplikasikan apa yang dibimbing mereka Insha Allah.
5. Saya amat mementingkan tindakan dan result. Dan saya tahu seminar saya bukan untuk semua orang. Tetapi sesiapa yang pernah benar-benar laluinya, ikutinya dan aplikasikannya, Insha Allah akan dapat result yang luar biasa.
Saya ada bukti-bukti kejayaan anak-anak didik saya. Jika mereka belajar dan belum berjaya, saya yakin itu adalah kerana mereka tidak benar-benar komited melakukan tindakan dan komitmen mengaplikasikannya atau ia hanyalah proses tindakan mereka yang tidak cukup luar biasa.
Kenapa saya mula mengajar dan excited mengajar?
Pada tahun 2000, saya pernah jatuh hampir bankrup dan dikejar along. Saya pernah minta tolong 3 orang jutawan Melayu untuk berjumpa mereka, bukan untuk minta duit tetapi nak minta nasihat tetapi tidak ada seorang pun mahu berjumpa saya sedangkan mereka asalnya dulu juga dari keluarga susah seperti saya.
Arwah ayah saya kerja Jabatan Parit Tali Air sahaja. Mak suri rumah. 3 orang jutawan Melayu tersebut tidak mahu berjumpa dengan saya tetapi seorang jutawan Cina yang tidak pernah sekolah sanggup jumpa saya dan beri nasihat kepada saya.
Kejadian itu membuatkan saya berjanji, sekiranya saya menjadi jutawan satu hari nanti, saya berjanji untuk bersedia berkongsi ilmu saya bagaimana untuk merubah hidup dan kewangan dengan berniaga Insha Allah.
Banyak perkara sentap yang berlaku yang mould diri saya sejak saya sekolah Cina 12 tahun ketika kecil. Saya didedahkan tentang mesti berniaga dan kuasai ekonomi dengan bisnes.
Tetapi pada masa yang sama, anak bangsa saya sendiri bukan semua nak perbaiki hidup mereka. Kita jauh tertinggal dalam penguasaan ekonomi dan bisnes. Kita nak tunggu bila untuk bangkit?
Kenapa nak teruskan hidup biasa-biasa jika anda boleh hidup luar biasa bila ada ilmu?
Dan kenapa nak sakit hati bila lihat orang lain bangsa kita sendiri berniaga? Atau sakit hati melihat usaha dan pencapaian orang lain?
Ramai orang nak bisnes pula tetapi gagal atau rugi bertahun-tahun kerana sebenarnya tidak ada ilmu terutamanya ilmu pemasaran dan ego sombong tidak mahu belajar.
Maaf zahir batin jika ada perkongsian saya ini mungkin tidak selesa di hati anda. Dan niat saya juga untuk memberi inspirasi buat yang perlukan.
Yakinlah Allah SWT boleh ubah hidup sesiapa sahaja yang Dia suka. Kita kena cari jalan untuk buat apa yang Dia suka dan belajar dari orang lain yang telah terbukti berjaya!
P/S: Bisnes tidak semestinya produk fizikal. Syarikat arkitek, peguam, khidmat nasihat, perunding kejuruteraan adalah contoh perniagaan yang tidak berasaskan produk fizikal tetapi semuanya bermodalkan ‘air liur’. Persoalannya ialah, adakah orang sanggup bayar untuk ‘air liur’ anda?
MenThor & Pakar Pemasaran No.1 Asia!