2009
Titik permulaan
Kewujudan program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 2009 ternyata menjadi titik mula kepada RichWorks ketika itu untuk mula ‘sibuk’ menganjurkan program ini berterusan dari tahun ke tahun. Peserta yang menyertai program ini akan mula jatuh cinta dengan program yang mana dapat memberi semangat baru buat mereka yang menyertainya.
Selepas diperkenalkan pengasas kepada RichWorks iaitu Dr Azizan Osman. Program pertama yang dijadualkan pada 1 hingga 2 Ogos 2009 di Malaysia International Echibition & Convention Centre (MIECC), Kuala Lumpur ini membantu seramai 1,299 orang peserta yang hadir untuk mengubah hidup mereka. Dan seterusnya, program ini terus mendapat perhatian dan demi membantu lebih ramai peserta, kami anjurkan 6 lagi program IMKK pada bulan November dan Disember.