Allah Tak Akan Uji Hambanya Melebihi Kemampuan

Allah Tak Akan Uji Hambanya Melebihi Kemampuan

Ingatlah bahawa Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita sendiri. Dalam kehidupan ini, tidak selalunya indah adakala kita akan berdepan dengan banyaknya ujian, cabaran dan dugaan di luar jangkaan yang akan menguji diri anda.

Tidak kira siapa pun kita, pekerja, majikan, usahawan baru, lama, jutawan, ahli politik dan lain-lain pasti akan berdepan ujian-ujian tertentu.

Hal inilah ada masanya buatkan kita lemah dan tersungkur namun bila mempunyai kepercayaan yang kukuh bahawa setiap kejadian dan perkara itu ditentukan Allah SWT kita akan mampu bangkit untuk menanganinya.

Seperti dalam rukun iman, salah satunya yang perlu diyakini malah kewajipan setiap umat Islam adalah beriman kepada qada dan qadar. Bagi kita di Malaysia yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah sudah menetapkan pendirian bahawa manusia mempunyai ikhtiar dan ikhtiar hanya akan terhasil jika selari dengan qadar Allah.

Bukannya bermakna jika kita menerima sesuatu kesusahan atau ujian, maka hanya berserahkan kepada ‘takdir’ bahawa ini sudah ditentukan-Nya.

Sedangkan ia hanya satu bentuk alasan yang diberikan kita sendiri. Jika terasa sangat berat, ingatlah bahawa Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan orang itu.

Description of the image

Sesi Business Coaching : Your 1ST Million or 10 Million telah dibuka! Daftar segera di disini.

Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Surah Al Baqarah , ayat 286).

Ayat tersebut bertujuan mengingatkan kita bahawa Allah tahu kita ada kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Kekuatan yang mungkin kita tak perasan ada dalam diri ini, menunggu sahaja untuk untuk keluarkan kekuatan itu.

Ayat ini juga membawa makna yang dalam dan penting dalam kehidupan manusia, khususnya dalam menghadapi cabaran dan ujian hidup. Memahami dan meyakini konsep ini dapat memberikan ketenangan dan keyakinan yang kukuh ketika menghadapi dugaan.

Baca juga : Insafi Kurniaan Usia Anugerah Allah SWT

Jelas bahawa Allah tidak akan membebankan, menguji, atau memberati seseorang itu apa yang orang itu terdaya dan termampu.

Maknanya bahawa segala masalah, ujian, bencana, kesakitan, kesedihan dan semua yang kita rasakan negatif menimpa diri sendiri, sebenarnya kita mampu dan boleh menghadapinya. Bangkit kembali.

Cuma bezanya lambat atau cepat saja, jangan cepat berputus asa dan percayalah setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Banyakkan bersabar dalam berdepan ujian atau musibah, dengan sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmah di sebalik musibah itu.

Tiada sesiapa yang mahu diri ditimpa musibah, kesusahan dan lain-lain. Kita juga sedaya upaya berusaha mengelakkan diri daripada rasa sedih dan berdukacita.

Sabar dan Ketabahan

Dalam Islam, sifat sabar dan tabah adalah sifat yang amat dipuji. Allah menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang sabar dalam menghadapi ujian. Apabila seseorang yakin bahawa Allah tidak akan memberikan ujian yang tidak dapat ditanggung, ia memberikan dorongan untuk bersikap sabar dan tabah dalam menghadapi segala rintangan.

Tawakal

Selain sabar, tawakal atau berserah diri kepada Allah juga merupakan aspek paling penting dalam menghadapi ujian. Memahami bahawa Allah adalah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana mengajar manusia untuk melepaskan kerisauan dan gundah gulana, serta mempercayai bahawa segala-galanya berada di bawah kawalan-Nya.

Salah satu doa ma’thur diriwayatkan Abu Daud dan diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada kita agar dijauhkan daripada perasaan keluh kesah dan dukacita seperti di bawah ini.

“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

Kesimpulannya

“Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya” bukan sekadar kata-kata yang dituturkan, tetapi ia merupakan janji Allah yang menenangkan hati setiap hamba yang menghadapi ujian dalam hidup. Dalam setiap detik kehidupan, ketika dugaan datang melanda, ingatlah akan janji Allah ini, ketenangan serta kekuatan akan mengalir ke dalam hati dan jiwa. Semoga setiap ujian yang dihadapi membawa keberkatan dan kekuatan kepada setiap hamba yang beriman.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply