Alasan Selalu Beri Bila Bisnes Gagal. Cuba Semak Diri Sekejap

Alasan selalu beri bila bisnes gagal

90% dari bisnes yang baru bermula akan gagal. Alamak! Macam mana ni? Baru rancang nak start bisness dah cakap pasal gagal.

Kami bukan nak takut-takutkan anda, tapi anda perlu tahu fakta ini supaya anda berhati-hati. Ramai orang suka nak buat bisnes, tapi ramai juga orang asyik tukar-tukar bisnes.

Bisnes pertama dah slow, bukak bisnes lain. Sampaikan bila setiap kali balik kampung atau jumpa kawan-kawan, orang akan tanya “Kau bisnes apa pulak sekarang ni?”

Macam pernah kena je kan… Inilah akibat berbisnes tanpa ilmu pemasaran yang dah terbukti menjayakan ramai usahawan.

Kami nak share dengan anda alasan yang selalu diberi oleh peniaga, bila mereka gagal dan bagaimana anda nak elakkan diri anda dari memberikan alasan yang sama.

7 alasan sering diberikan bila bisnes gagal:

  1. Susah

Bisnes ni susah lahhhhh…(sengau kan sikit sebut susah tu). Kan? Ramai orang bagi alasan bisnes itu susah bila mereka gagal. Sebenarnya, ramai orang yang gagal, buat apa perkara pun akan gunakan alasan susah.

Perasan tak? Gagal kurus, dia akan kata susah nak kurus ni, gagal peperiksaan dia akan kata susah exam ni…semua pun susah.

Betul, hidup ini memang susah. Bagi budak kecil, nak belajar naik basikal adalah sesuatu yang susah. Bahkan nak tulis huruf A pun susah bagi mereka, tapi bagi kita itu senang sahaja!

Pokok pangkalnya anda ada ilmu bagaimana nak buat, bagaimana nak berniaga. Dengan ilmu, anda dah tahu nak buat macam mana dan anda dah tak takut ianya akan susah lagi.

So, kalau rasa susah nak berniaga, carilah ilmu sebelum anda asyik buat-buat tak jadi lagi..

  1. Kena Tipu

Ini lagi satu alasan yang selalu orang berikan bila bisnes mereka gagal. Kena tipu dengan supplier, kena tipu dengan partner, kena tipu dengan staff… Memang betul, ini berlaku dalam dunia usahawan. Bagaimana nak atasinya?

Ilmu perniagaan dan pemasaran yang betul, InsyaAllah boleh bantu anda untuk mengelakkan ditipu. Contoh, bisnes partner makan duit bisnes. Soalan kami, macam mana mereka boleh gunakan dan keluarkan duit bisnes sesuka hati?

Jawapannya, sebab anda berbisnes tanpa sistem yang betul, keluar duit tanpa payment voucher, anda dan partner boleh sesuka hati rompak bisnes sendiri. Nampak?

Satu lagi, bila orang ada ilmu dan tahu kenapa mereka buat bisnes tu, walaupun ditipu mereka cepat tersedar dan bangun kembali. Mereka tak mudah nak main biola lagu sendu..”Tipah tertipu”.

  1. Salah Pilih Bisnes.

Alasan ni akan jadi kelakar bila anda dah berniaga hampir setahun atau lebih dari setahun, kemudian baru sedar anda salah pilih bisnes. Nampak sangat anda berbisnes setakat “cuba-cuba” dulu, dah rugi baru tahu.

Atau anda berbisnes “ikut-ikut kawan”. Sebelum berbisnes kita dah perlu buat sedikit kajian tentang permintaan, tentang target pelanggan, margin keuntungan, minat anda terhadap bisnes dan macam-macam lagi. Bukan setakat labur duit untuk modal dan terus berbisnes.

  1. Produk Tak Bagus.

Apa produk pun anda boleh jual jika anda tahu bagaimana nak memasarkannya. Produk bagus gila, eksklusif, hasil tangan selebriti terkenal pun takkan terjual jika anda tak tahu buat marketing.

Bak kata Datuk Wira Dr. Azizan Osman “sedap macam mana pun karipap tu, jika anda tak tahu nak memasarkannya, anda makanlah sendiri karipap tu…”

Tiada pengeluar yang mengeluarkan produk sebab mereka nak rugi, mereka akan cuba cari kebaikan produk yang dikeluarkan.

Hanya kita yang perlu tahu apa masalah orang ramai yang produk itu boleh selesaikan, dan beritahu seramai-ramai orang tentangnya dengan cara yang paling berkesan dan menarik hati supaya mereka akan beli dari kita. Masalahnya ialah, tahu ke nak buat pemasaran macam mana?

  1. Salah Lokasi.

Alasan ini selalunya diberikan oleh mereka yang buka kedai atau gerai secara fizikal. Sebenarnya lokasi tak berdosa dalam hal ini. Yang bersalah adalah anda tak cukup beritahu orang ramai tentang perniagaan anda.

Anda pernah tak dengar, orang sanggup travel dari jauh hanya kerana nak makan Rojak Pasemboq paling best di Pulau Pinang? Anda sendiri mesti pernah buat kan, sanggup pergi ke mana tempat yang jauh hanya kerana nak beli sesuatu kat situ?

Kuncinya ialah adakah anda cukup marketingkan perniagaan anda? Dalam era internet sekarang ni, lagi mudah untuk anda memasarkan perniagaan anda.

Anda hanya perlu tahu kekuatan perniagaan anda, dan jadikan ianya seperti satu kemestian untuk orang ramai mendapatkannya.

Pelanggan akan sanggup datang dari jauh hanya untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan anda.

  1. Kos Tinggi.

Ramai peniaga terpaksa tutup kedai kerana tak tahu nak menguruskan kos. Ramai juga yang berniaga sehingga terpaksa menanggung hutang sebab tak tahu nak uruskan kos.

Jadi kos tinggi dipersalahkan atas kegagalan mereka. Apa perniagaan pun memerlukan kos.

Ada bil yang perlu dibayar, ada kos bahan mentah yang perlu dibayar, ada kos pekerja yang perlu diuruskan.
Masalahnya, ramai antara peniaga tak tahu pun apa kos yang mereka perlu uruskan, dan bagaimana nak uruskan kos-kos tersebut.

Kos memang akan sentiasa meningkat, tapi ilmu perniagaan kita juga perlu kita tingkatkan supaya kita pun lebih tahu.

  1. Ditiru Pesaing.

Kita tak boleh elakkan perniagaan kita dari ditiru atau dari berhadapan dengan persaingan. McDonald pun ada pesaing, KFC ada pesaing, semua perniagaan besar pun ada pesaing mereka sendiri. Ramai peniaga, bila saja gagal mereka akan menyalahkan pesaing.

Kenapa tak jadikan persaingan itu sebagai satu faktor untuk kita buat lebih baik? Kenapa kita tak cari ilmu untuk pastikan kita lebih bagus dari pesaing?

Kenapa kita tak nak belajar teknik pemasaran yang jauh lebih baik dari pesaing? Tepuk dada tanya selera.

Artikel terbaru

Leave a Reply