Agresif – Fast Action, Fast Result

Agresif – Fast Action, Fast Result

‘Fast action, fast result’.
Jika anda nak berjaya dengan cepat, itu yang patut anda buat, betul? Jika anda main-main, tak agresif, nanti-nantilah, dan ingat-ingat lupa je apa yang dipelajari, tak ada maknanya ayat keramat itu.

Ingat! Bila anda belajar sesuatu ilmu, cepat-cepat praktiknya. Jangan tunggu masa yang sesuai, baru anda buat.

Bila anda asyik tunggu je, bila nak menjadi. Anda tahu, antara faktor yang menyebabkan seseorang itu gagal dalam bisnes adalah kerana, mereka lambat bertindak. Bila bisnes anda tak menjadi, mula lah anda salahkan banyak pihak. Bukan nak lihat pada diri sendiri.

Apa yang akan dapat bila anda agresif dalam bisnes?

  1. Result yang cepat
    Bila anda cepat buat keputusan, cepat lah hasil yang akan anda dapat, betul? Bila anda ingin jadikan bisnes sebagai kerjaya, anda kena ada fikiran yang positif dan sikap yang cepat bertindak. Jika anda lambat bertindak, anda mungkin terlepas peluang terbaik dalam bisnes anda.
  2. Bisnes yang berkembang
    Bila anda agresif mencari peluang kejayaan, bisnes anda akan berkembang dengan cepat. Berbanding peniaga yang pasif, yang menunggu peluang kejayaan. Anda yang harus cari peluang, bukan tunggu orang bagi peluang pada anda. Anda perlu cipta dan bina sendiri peluang itu. Anda boleh berkolaborasi dengan pihak-pihak tertentu seperti dengan mengadakan event di majlis-majlis seperti Mood Republik.
  3. Kongsikan kejayaan
    Sekiranya anda dah berjaya, anda boleh kongsikan kisah kejayaan dan teknik kejayaan anda dengan peniaga lain. Dengan pengalaman yang anda ada, anda juga boleh buat duit. Anda boleh adakan seminar kejayaan. Jika ia mendapat banyak permintaan, anda boleh kenakan bayaran pada mereka yang hadir. Ini kerana, anda perlu menyewa dewan, bahan-bahan seminar dan bayar tenaga manusia yang telah anda gunakan.
  4. Senaraikan apa yang nak dibuat
    Kadang-kadang, idea datang dalam masa yang tidak diduga. Jangan lupa untuk bawa bersama note book dalam beg anda. Manalah tahu, tiba-tiba dapat idea, betul? Jadi, sentiasa bersedia untuk ambil nota apa sahaja idea yang lalu dalam kepala kita. Sebab idea adalah Ilham dari Allah…mungkin Allah nak berikan rezeki kita dengan Dia berikan kita ILHAM. Dengan idea tersebut, anda boleh senaraikan apa yang harus anda buat.
  5. Gunakan peluang yang ada

Cara terbaik untuk promosikan bisnes adalah dengan gunakan online dan offline marketing. Anda boleh gunakan media sosial atau banting, flyers dan banner.

Cari teknik yang sesuai dengan perniagaan anda dan kawasan tempat tinggal anda. Jika anda ada klinik, anda boleh gunakan offline marketing. Untuk memberitahu orang-orang di kawasan anda tinggal, yang mereka boleh dapatkan rawatan di klinik anda.

Jika anda jual produk kecantikan, kesihatan dan feysen, anda boleh gunakan online marketing. Kerana pasarannya lebih luas.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply