Aduhai Mimpi

Aduhai mimpi

 Bila seorang gadis bermimpi dipatuk ular, orang akan mengaitkan, tak lama lagi akan datanglah seseorang meminang.

Sekalipun mimpi yang dialami cukup mengerikan, namun natijahnya akan membuatkan si gadis tersenyum tersipu.

Benar atau tidak sesuatu mimpi, bukan sembarangan orang yang boleh mentakwilkan atau mentafsirkan mimpi.

Rujuklah kepada mereka yang ada ilmu tentangnya asal tidak melanggar batas syariat Islam.

Jangan jadikan mimpi beban dalam kehidupan. Baik atau tidak sesuatu mimpi yang dialami, Islam ada cara untuk menanganinya.

Tapi tahukah anda, hakikat mimpi dibahagikan kepadadua kategori iaitu:

 1 Mimpi yang benar

Selalunya mimpi para nabi dan orang-orang soleh yang mengikuti para nabi.

Namun ja juga boleh berlaku kepada orang kebanyakan dengan izin Allah.

2 Mimpi kosong

Lebih mudah menyatakan ia sebagai mimpi yang tidak membawa apa-apa makna. la terbahagi pula kepada beberapa bahagian. Antaranya:

a. Permainan syaitan ia lebih dikenali sebagai mimpi buruk

b. Bermimpi malaikat menyuruhnya melakukan sesuatu yang haram. Mimpi ini juga salah satu daripada tipu daya syaitan.

c- Mimpi yang terhasil daripada apa yang difikirkan sebelum tidur

Tapi bagaimana jika seseorang bermimpi sesuatu yang buruk? Rasulullah s.a.w ada jawapannya:

Daripada Abu Salamah Rasulullah saw bersabda, “Jika ada di antara kalian bermimpi suatu mimpi buruk yang tidak disukainya, maka hendaklah berludah ke sebelah kirinya dan memohon perlindungan daripada Allah, maka itu tidak akan membahayakannya,”- HR Bukhari.

Selain melakukan perkara di atas, Rasulullah juga berpesan, daripada Jabir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seseorang daripada kalian bermimpi melihat sesuatu yang tidak disukainya, maka hendaklah meludah ke sebelah kiri tiga kali, memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan tiga kali dan merubah posisi tubuh daripada posisi sebelumnya.” (HR Muslim)

Apa pun berbicara soal mimpi buruk para ulama menjelaskan, setelah melakukan perkara-perkara di atas, sebaik baiknya bangunlah solat sunat dua rakaat dan mohon perlindungan daripada Allah daripada gangguan syaitan. Insya-Allah, kita akan dilindungi Allah.

Artikel terbaru

Leave a Reply