Sehari satu parcel sahaja yang dihantar kepada pelanggan.
Pasti situasi yang amat membimbangkan buat sesiapa sahaja bangsa usahawan apabila produk yang dijual kurang mendapat sambutan.
Beliau akhirnya terpaksa mencongak baki wang yang tinggal untuk meneruskan kehidupan dan bertahan dalam satu tempoh sekiranya barang dijual masih tiada sambutan.
Itu situasi yang pernah dilalui oleh pengasas Addar Global Sdn Bhd, Norhaslinda Rosli.
Stok tak terjual
Produk atau perkhidmatan mesti menonjol dan dilihat oleh pelanggan tegas Norhaslinda.
Katanya, ketika itu beliau berdepan cabaran apabila stoknya tidak terjual walaupun hanya ribuan unit sahaja.
“Puncanya mudah, saya tiada ilmu berkaitan perniagaan dalam talian, pemasaran dan pengurusan menyebabkan stok hanya 1,000 unit ambil masa dua tahun untuk dijual.
“Ketika menyertai program teknik pemasaran Millionaire Marketing Mastery (MMM), saya masih ingat kata-kata Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman menekankan bahawa produk mesti buat pelanggan nampak dan diwar-warkan.
“Waktu itu Dr Azizan beri contoh, dalam ramai-ramai peserta, bagaimana nak buat saya (Dr Azizan) nampak, adakah perlu melompat atau apa-apa tindakan lain yang membuatkan orang nampak anda, begitu juga dengan produk,” jelasnya.
Berlaku keajaiban atau tidak
Sedar akan kelemahan diri dan tak mahu perniagaan yang diusahakan gulung tikar beliau mengambil keputusan menyertai kelas anjuran RichWorks.
Pada Oktober tahun 2015, beliau mengambil keputusan menyertai program Intensif Menjana Kekayaan dan Kewangan (IMKK).
“Lepas itu saya beranikan diri lagi, dengan sisa-sisa duit yang saya ada, itulah ngam-ngam dalam akaun, saya daftar kelas MMM, petang sebelum kelas itu baru saya bayar.
“Saya memang tak ada duit lagi dah, saya siap tanya adakah something miracle will be happen tak?, sebab saya betul-betul tak tahu apa yang perlu saya buat,” katanya.
Setelah enam bulan mendapat tunjuk ajar daripada Dr Azizan, jualan produknya meningkat sedikit demi sedikit.
“Dapat antara RM30,000 hingga RM50,000 sebulan. Masa tu saya rasa, saya dah cukup hebat dah.
“Saya tinggalkan RichWorks dalam masa tempoh dua tahun 2017 dan 2018,” ujarnya.
Jualan stuck
Namun, beliau mengalami hasil jualan yang statik dan tidak berlaku peningkatan.
“Jualan saya juga tak boleh naik, hanya sekitar RM50,000 dan RM60,000 sahaja tak boleh pergi lebih daripada itu,” katanya lagi.
Selain jualan stuck, beliau juga pernah ditipu dengan individu yang kononnya menawarkan perkhidmatan pemasaran, tetapi langsung tidak mendatangkan hasil.
“Duit pula semakin habis dan tiada pulangan diperolehi, apatah lagi keuntungan. Keadaan semakin lama semakin mencabar,” ujarnya.
Tidak mahu perniagaannya tersekat, beliau mengambil keputusan untuk menyertai semula program anjuran RichWorks pada 2019 dan kini berada dalam program Mentoring Titanium.
Addar Beauty
“Kini 40,000 unit boleh dijual dalam masa sebulan. Dulu bermula dengan tiga pekerja, sekarang berkembang kepada 65 pekerja, memiliki Wisma Addar, mampu memiliki rumah bernilai 5.6 juta dan memiliki aset simpanan lebih 6 juta.
“Alhamdulillah, saya juga seronok apabila dapat berkongsi rezeki dan menyumbang lebih banyak kepada masyarakat,” katanya.
Hasilnya pada 2021 jualan mencatatkan RM16.6 juta berbanding RM4.27 juta pada 2020 dan mensasarkan jualan RM30 juta pada tahun ini.
Bagi mereka nak jana pendapatan secara percuma dan mendapatkan produk Addar, boleh ke laman sesawang www.addarbeauty.com
Langkah demi langkah
Buat bangsa usahawan yang baru melangkah ke dunia perniagaan, Norshalinda menasihatkan supaya tidak berlengah-lengah untuk menuntut ilmu.
“Kalau orang itu baru nak mula berniaga, taka da ilmu langsung benda paling dia kena dapatkan ilmu tu dulu.
“Benda paling penting adalah cara kita memasarkan produk kita untuk orang di luar tahu kewujudan produk kita.
Kalau kita ada produk orang tak tahu kita ini wujud memang susah,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Norhaslinda berkata salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk memperkenalkan produk adalah menerusi ‘zero kos marketing’.
“Bila kita dikenali senang untuk kita jual. Langkah demi langkah susun strategi agar perjalanan perniagaan lebih mudah,” kongsinya.
3 Comments
Assalamualaikum wrt wbt
Bagaimana hendak memulakan perniagaan service contoh perniagaan wiring rumah dan pemasangan paip.
Sekian, wassalam
Assalmulikum mcm mana yah untuk lebi meningkatan hasil jual
Dan pemseran ?
Waalaikumussalam, terima kasih atas comment anda. Boleh tinggalkan nombor telefon atau WhatsApp kami di 0192442244. Semoga dipermudahkan urusan!